Ini Wilayah Hijau: Epi Wound Breakdown


23 January 2015

Epi Wound Breakdown

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaaa atau dengan bahasa mudahnya luka jahitan tercabut. Luka mana? Kalau bersalin normal, luka celah mana lagi kannn...yer luka kat bahagian bawah tu lah.

Doctor Faryn mesti dah tahu saat baca tajuk je kan ;)

Hany sedari dan tahu lepas pergi checkup di Klinik Kesihatan, itu pun setelah 12hari selepas bersalin. Haha sebabnya memang tak kuat laaa nak tengok kan. Yang tahu sapu ubat, cuci dengan ubat saat mandi or tukar pad.

Yang jadi tahu, nurse yang melawat datang tengok. Terus suruh pergi check di KK. KK terus buat surat ke Hospital Ganu, yang check cakap kompem kena jahit balik. Dengar je dia cakap macam tu, terus bergenang airmata. Masa berjalan ke kereta menangis teresak esak la, sebab dah melalui kan. Dah la memang tak bius, ni nak kena merasa lagi sekali. ;(

Macam mana boleh terbukak...hmmm panjang citenya, tapi boleh katakan disebabkan hany 1st time, banyak benda la main ikut je. Disebabkan ini lah incik suami sambung cuti sampai 3minggu. Plan asal 2minggu je.hehehe ada kebaikan jugak kann...

Dan hany rasa sebab hany ganas bergerak kot. Honestly masa dalam wad, nak ambil baby dari babycot tu hany rasa hany bergerak banyak dan ganas sket. Lepas tu hany tak reti nak duduk, haha ornag lain pun 1st time elok je. Hmm nak buat camne, dah nak ditakdirkan...

Terus wassap membe membe, hany tak pergi HSNZ, pergi swasta, INTAN namanya, rumah bersalin tak silap. Ganu ni mana lah banyak swasta, 3 je kalau tak silap. Alhamdulillah boleh guna kad panel husband. Doctor check, dia kata tak perlu jahit dulu... sapu krim yang dia bagi, then seminggu lagi datang balik tengok macam mana. Alhamdulillah... leganyaaaa...

Alhamdulillah...
Walaupun breakdown, tapi hanya lapisan kulit paling luar. Then semuanya okay, tak bernanah, tak berbau. Lepas keluar hospital je, hany terus makan sup ikan haruan, tiap tiap hari. Lepas tu cuci betul betul, jaga kering betul betul... naseb baek kan, kalau berbau or bernanah lagi parah laaa...

Selepas seminggu, nampak perubahan. So doctor kata tak perlu jahit balik. Kalau nak jahit balik pun, kena toreh balik, baru jahit. Huiiii scary wehhh... betol ke doc faryn?

Doctor tu cakap, alaa tak per nanti anak ke2, lepas bersalin tu doctor akan repair balik la. Jahit elok elok laaa...hehe aamiin.


So kawan kawan, jaga lah luka anda betol betol yer.

Komen
5 Komen

5 comments:

Rai OurKizuna said...

ya allah ngerinya dengar.. nak kena jahit tu dah satu hal.. nak kena toreh pulak satu hal lagi.. semoga cepat sembuh ya..

macam kes kakak ipar saya.. doktor jahit bertindih kulitnya.. jadi tak elok la nampak kulit kat situ.. masa bersalin seterusnya tu doktor betulkan..

so kena cepat2 plan next pulak lah ye.. hehehe.. gurau je..

Lady D'yot said...

ish ngerinya cite akak...nasib baik lah tak kena jahit lagi..minggu2 awal pas bersalin tu masih terasa lagi pedihnya, nurse nak cek pon macam takut2 je nak kangkang kaki kan..apatah lagi kalau dengar nak kena jahit lagi..huhu

Najib Ariyan said...

betul tu... sup ikan haruan boleh menyembuhkan luka yg besar dengan cepat... masa saya accident bahagian kaki kena korek keluar sebab bernanah... jadi makan sup ikan haruan tetiap hari... sekejap je pulih

Dokter faRyn said...

aiseh. hehhe.

ok lah tu, kalau just on dressing je, maknanye luka tu memang superficial je (kulit luar). biasenya, kalau dressing betul2, jaga hygene, and cover with antibiotic, wound to akan heal by secondary intention (maksudnye, sembuh sendiri). cuma kadang tu, rupa dia mmg tak berapa comel la. hehhe

cuma kalau dah infected or luka tu dalam sangat and terbukak sampai nampak muscle or deeper, then memang kena dressing and jahit balik once luka dah cukup bersih.

kena rajin2 usha sendiri luka tu (guna cermin) n make sure dry and takde nanah, berbau semacam. banyakkan makan sayur2 and fibres utk mudahkan buang air besar jugak.

hopefully this info helps :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sbg ibu penyayang, kita mmg agak renyah masa pantang sbb klu anak nangis je.. cepat2 kita nak dptkannya. Tp alhamdulillah MM terselamat
dari jatihan terbuka.. Tp member ada yg camtu.. Sbb basuh miss V tu guna Dettol ..dan dia Elergi.