Ini Wilayah Hijau: Tidur Meniarap...Bagus? Tak Bagus?


30 January 2015

Tidur Meniarap...Bagus? Tak Bagus?

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum...

Okay, hany pun sebenarnya tak der lah nak melatih anak tidur meniarap...tapi sekarang macam seolah olah ke arah melatih la dan nak suruh dia tidur meniarap. Semuanya salah hany lah kot,sebab mulakan dulu...

Macam ni alkisahnya, Adra memang susah nak lena kalau tidur melentnag macam biasa. Nak nak lagi sejak balik rumah sendiri ni. Sekejap sangat dia tidur kalau melentang tuuu, sudahnya hany gatal pegi ajar dia tidur meniarap atas dada hany. Hamekkk pakej lagi kan,meniarap, atas dada pulak tu.

Sudahnya melekatla Adra tidur lena kalau atas dada umi yang kalahkan tilam vono niii... padan muka ko hany, kan dah tak boleh buat benda lain kalau anak dah tido. Dah tu telinga pulak super sensitif,lagi lah haruuu,kalau melentang macam biasa. 10minit tu dah bersyukur sangat lah. Tapiii ni semua hanya berlaku waktu siang, malam alhamdulillah lena dia tidur melentang.

Makanya, hari ni hany nekad...ajar dia tido meniarap jugak, tapi atas tilam. Hehehe baru nak ajar kan. Patut dari dalam pantang lagi ajar...




Haaa nampak tak, dari gambar 1 ke 2 ke 3, Adra dah macam selesa, dah boleh ejas muka untuk pernafasan dia. Fuhhhh kemaen perhatikan dia, risau weh kang tak dapat bernafas. Satu lagi kepala Adra kan tak tegap lagi,tu bertambah risau.

Yes, hany tahu...kalau tidur meniarap ni kena selalu perhatikan. Walaupun anak dah pandai angkat kepala. Keselamatan mesti diutamakan. Itu tiada kompromi. Harapnya Adra lebih lena tidur meniarap kat tilam ni yer sayang. 

Okay, KEBAIKAN serta KEBURUKAN TIDUR MENIARAP? Ni berdasarkan apa yang hany google dan apa yang orang cakap la, wallahualam betol ke tidok, hany pun tak der ilmu sangat....

1) Tidur lebih lena:
Katanya tidur meniarap lebih lama. Dan diakui oleh sepupu hany, sebab ke empat empat anak dia memang diajar tidur meniarap. Juga diakui jiran hany, yg ajar ajar dia tidur meniarap.

2) Anggota badan ke tulang cepat jadi kuat. Yang ni hany tak tahu sangat. Maybe sebab meniarap, jadi lengan menolak ke mengalas badan kot maka cepat kuat...hahaha...logik ker?

3) Bahaya buat baby,takot lemas:
Okayyy, yang ni logik nya memang betol...nak nak baby yang tak tegap kepala nya kan. Mak hany pun macam risau je bila hany ajar Adra Meniarap atas tilam. Tapiiiii...jika difikirkan dan jika diperhatikan, baby pandai cari ruang untuk bernafas. Cuba tengok gambar Adra kat atas...kan dia bergerak dan akhirnya hidung dia free untuk bernafas kan. Tapiiii still kena perhatikan, walaupun baby dah tegap kepala. 

4) Dalam Islam tak bagi tidur meniarap:
Okay,hany pun ada baca yang ni. Then hany ada cakap kt jiran pasal ni. Dia cakap kalau tak silap yang dilarnag tidur meniarap orang dewasa, sebabnya risau berlaku pergeseran organ seks, dan akan sebabnya klimaks and so on...tapi bagi baby organ sek paham paham la kan...wallahualam, bab ni hany tak pandai nak komen.tak ada ilmu...

Itu jer lah, setakat yang hany tahu...korang kalau ada tahu pasal ni, mohon share jugak yer.

**Adra setakat kali pertama training, berjaya lena 30minit...ngehngehngeh jadik laaa...harapnya makin lena lepas ni**

Tonggek ;)
Komen
3 Komen

3 comments:

Najib Ariyan said...

saya rasa walaupun bayi takbagus tido meniarap... zaman dulu diorang tidokan bayi di buaian tapi bila dah besar sikit ditidurkan atas tikar di lantai tujuan menguatkan tulang dia... kalau tido meniarap akan melemahkan tulang belakang bayi... itu kata bidan... sebab tu bayi zaman dulu dikepung dengan bantal kecik untuk elakkan dia berpusing... wallahualam

Rohani Hashim said...

@NajibAriyan
Oooo mcm tu eh,boleh melemahkan tulang belakang eh.hmmm okay kena dptkan info lagi ni kan. Tq yer najib for the info.

Azi Azidah said...

airis pernah tido meniarap sekali dua waktu pagi sblm bgn xajar pn. rasa bby klu kita ajar camtu dia akan suka camtu lah. based on pngalaman azi dua terdahulu azi suka bgi susu berbaring sama mmg pia n akeem nk camtu xdpt menempel xleh tido. airis azi bgi susu sambil duduk sejak dari lahir smpi skrg so nk letak dia atas tilam bila dh tido senang takde lah dia nk terjaga. pasal berbaring tu azi xbuat sbb takut lemas.