بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, January 16, 2015

Update Selepas Rawatan Sonotron

Assalamualaikum,

Ingat lagi tak hany pernah bawa Adra pergi buat rawatan sonotron. Untuk kes lendir yang banyak sampaikan nak tidur, nak menyusu pun tak selesa. Bila Adra tido siap bunyi macam orang tua berdengkur. Kesian sangat... tinggikan bantal masa tidur memang dah buat lah...

Kitorang pergi dalam 5kali buat rawatan sonotron ni. Asalnya dah makin elok, eh tiba tiba makin kuagtbunyi. Doctor cakap maybe la berjangkit lagi dari orang kan. Yer lah memang ramai datang melawat masa berpantang kan...pasrah je lah...

Alhamdulillah...
Selepas buat sonotron tu, apa yang hany perhatikan, kalau Adra berak...najis dia ada lendir. Memang ketara nampak lendir tu. Memang hany excited kalau Adra berak. Haha tak sabar nak tengok najis dia ;)

Dari apa yang doktor bagitahu, sonotron ni dia cairkan kahak atau lendir, dan akan keluar bersama najis. Kalau baby muntah pun kalau kahak/lendir banyak akan keluar bersama muntah. Adra sekali je muntah/jeluak susu tu bersama lendir/kahak. Warna hijau lagi lendir/kahak yang keluar. 

video

Haaa ni video Adra buat sonotron. Alhamdulillah Adra biasa jer, siap boleh menguap lagi. Ada sekali tu, tengah tengah buat dia berak...sengeh je brother yang buat tu. Maknanya sonotron ni tak menyakitkan la. Wallahualam laaa...

Terasa jugak bahang panas dari pancaran tu, agaknya panas tu lah yang boleh cairkan kahak atau lendir kan. 

Honestly, kitorang dah tak tahu macam mana lagi nak buat. Yang tepuk percusion ke apa tu memang ada baca tapi kitorang tak pandai buat. Dari info membe pasal sonotron, dan hasil google serta tanya doktor, maka kitorang buat keputusan untuk sonotron pada Adra. Masa ni masih dalam pantang.

Kitorang buat di Kota Bharu. 10 minit rm30. Hany ada google di Annur Bangi pun ada rawatan sonotron ni, 15minit rm45. Nanti hany update info phone number, sebab guna hp ni...harap bermanfaat buat semua...

16 comments:

Cik Sal said...

Alhamdulillah, boleh tidur dengan selesa...
saya plak kalau anak batu, saya bagi minum air kelapa banyak2, lepas tu bila dia membuang keluar lendir,
kalau batuk nak muntah, cecepat suh dia tonggeng pale ke bawah suh muntah..( tapi, tak berjaya jugak) sebab anak baru 1 thn 4 bulan... dia belom pandai lagi nak belajar luek ... bila diajar uekuekk... dia terpinga... hahaaa
setakat ni bagi air kelapa , Alhamdulillah, berkesan..
kat area melaka ni belom jumpa lagi rawatan sebegini :)
semoga Adra membesar dengan sihat...

Rohani Hashim said...

@CikSal
Ooo air kelapa eh. Ok ok noted. Nanti kalau apa apa boleh apply. Tapi la ni xleh lagi la kan sbb masih baby lagi. Tu yg runsing tu. Nak xnak kitorang gamble try jugak sonotron ni. Alhamdulillah lega sikit bila lendir makin kurang tu. Tq ciksal sbb share.

Cik Sal said...

kalau baby bwh setahun tak boleh guna air kelapa kot... perut belom boleh terima. klau dah setahun ke atas tu.. bolehlah :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

First time dgr...
Masa Ain kecik ada gak batuk2..
Makcik dia suapkan madu.. Alhamdulillah Ok.
Tp klu ikut kata Dr madu X sesuai utk bayi..
Entahlah..

Rohani Hashim said...

@MM
Yer mm hany pn baru tahu. Haaa kitorang tak bernai nak bagi apa apa. Sebab baby lagi. Tu usaha jugak cari alternatif kan. Kebanyakan ubat or supplement utk 1thn ke atas kan.

mobydick said...

Salam,anak saya yg berumur 5 bulan(premature) juga mempunyai maslah yg sama,bila tidur je bunyi macam orang berdengkur(kesian) pernah buat rawatan sonotron kt klinik DR.Ramzie(pauh panji) baru first time tak menampakan apa-apa kesan lagi,maybe kena buat 2,3 kali lagi sebab DR cakap kahak banyak...sekadar berkongsi...

Rohani Hashim said...

@mobydick
Yer mungkin jugak, sebab tu kitorang pergi sampai 5kali. Alhamdulillah positif kesan nya. Makin berkurangan. Anak saya ni masa buat sonotron dgn dr.ramzi di panji tu umur xsampai 44 hari lagi. Nampakla lendir lendir keluar bersama najis nya tu. Cuba lah repeat buat 2,3kali lg. Semoga ada kesan positif...aamiin...

@reLong said...
This comment has been removed by the author.
@reLong said...

Anak saya berusia 1 bulan lebih..sekarang tengah buat treatment sonotron..

Klinik di melaka yang buat rawatan sonotron adalah Klinik Fauziah di duyung dan Klinik An-nur Sonotron di batu berendam sebelah lapangan terbang tu..

Selain rawatan sonotron diberi ubat cair kahak.ekat area melaka ada dua yg buat kaedah ni

Siti Norlida Ismail said...

Baru tau gak ni pasal kaedah sonotron. Ye la baby kecik sgt lagi. Berkahak berhingus mn reti nak buang dr bdn sdri. Nak bagi ubat or suplemen pun tak sesuai sgt. Alternatif yg bagus gak tu utk mak ayah yg tak reti nk buat sdri tepuk percussion or steam dgn garlic oil sume tu. Sebab klu yg steam tu confirm anak akan melalak sket la masa buat prosedur tu.

Farah said...

Bismillah,

moga andra membesar dengan cergas dan pintar

Anonymous said...

Yg Di an nur Bangi Dah tak buat Sbb mesin rosak.
Di ats maklumat yg sy dpt satu lagi tempat yg selesa utk rawatan sonotron Di Bangi.. Situ wt ala2 home concept,mmg klu nk rawat baby sesuai. Cuma klau yg stroke n xleh jln susah skit sbb ting.2.. Tempat die dgn tol Plus Bangi dekat sgt..2min je.

boleh cari kt Fb page dorg: Pusat Rawatan Sonotron Tawakal- Bangi

Alamat : lot 1115 Jalan sejahtera, kg teras Jernang batu 21, 43650 b.b.Bangi.

No tel: 019-4007258

Unknown said...

slm kota bharu kat mn yer Klinik tu

nur syazwani Kamarudin said...

slm kota bharu kat mn yer Klinik tu

Rohani Hashim said...

Nur syazwani,
Dekat area JPJ panji, memang sebelah pagar jpj panji, dkt trafik lite.

pusat rawatan sonotron tawakal-bangi said...

Terima kasih Di atas sokongan kpd pusat sonotron tawakal-bangi dari tuan blogger Dan juga pesakit yg lain..

Saya admin bagi pusat rawatan, jika tuan tanah x keberatan boleh x tukarkan no phone Di atas.. Kerana itu adalah no personal manager kami. Kadang2 x dpt Di angkat.

Ni adalah dua no yg sntiasa berada Di pusat rawatan, 013-2762132 Dan 03-89256922..

Untuk cas rawatan Di Sini adalah rm30 utk kanak2.. Dan rm35 utk dewasa. Adalah Di maklumkan bahawa kami adalah pusat rawatan alternative.. tiada khidmat dan consultation @ fees consultation @ ubat2an dr doktor. Kami menggunakan khidmat therapist shj.

Terima kasih sekali lagi. -admin-

Followers