Tuesday, May 26, 2015

Meleleh Leleh haaa...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Geli ker baca tajuk? Eh banyak boleh teka kan dari perkataan tu...okay tak mau main teka teka, ini kisah si Adra selsema, berair hidung sampai meleleh leleh haaa...

Maybe sebab cuaca yang panas, petang hujan sejuk. Walaupun jarang keluar, tapi Adra selsema. Adra kecundang pada umur 6bulan lebih, Demam yang cepat naik suhunya, lepas elok demam, selsema dan batuk pulak menjelma...Yang demam tu, dalam masa 12jam terus naik suhu 38.5, gabra giler 1st time demam, terus ke klinik. Apa lagi dapat bullet la kan sebab 1st time demam, dan doc risau takut sawan. 2hari monitor suhu okay balik.

Nampak air hidung meleleh tuuu...haha cian dia

Selsema dengan batuk tak ada ubat untuk baby 6bulan kan, so doc kata takper nanti elok lah tu. Haishhhh mana menahan kan, selsema tu okay lagi air meleleh je,tapi tang batuk memang kesian. Koh koh koh...alahaiii kecik lagi koh koh koh dah,walau pun bunyi cute je bila batuk. 

Hany nekadkan diri, beli Qaseh Junior. Adra kan dah start makan...hany campur dalam makanan dia. Mula mula bagi direct dia tak boleh telan sebab likat kot. Lepas tu hany bagi macam tahnik tu,sapu sapu di bibir dia. Dan campur dalam makanan dia jugak. 

So far ada yang bagi baby umur 4bulan pun ada. Kes batuk kuat yang ala ala asma tu, nafas tercungap cungap. Feedback kata okay lah bagi baby 4bulan. Alhamdulillah elok, memang la tak terus pulih, tapi nampak kesan nya tu.

So untuk kes Adra yang Selsema dan Batuk:

1) Bagi Qaseh Junior
- Bagi direct dan juga campur dalam makanan dia. Kalau susu fm boleh campur dengan susu fm.

2) Mandikan dengan Lemon
- Hany ada google, so hany campurkan lemon dengan air mandian Adra. Besh bau air lemon ni. Nyaman dan segar je. 

3) Stoking bawang Putih
- Haaa..yang ni hany buat jugak. Tapi sekali je buat sebab lepas tu kemalasan hahaha, dah nampak makin elok terus tak buat. Cara dia bakar bawang putih, lepastu hany tumbuk2, then yang dah ditumbuk tu hany masukkan dalam stoking. Kira pakaikan 2lapis la stoking pada Adra sebab taknak bagi bawang putih kena direct tapak kaki.

4) Makan Bawang Putih Bakar
- eh jangan bagi baby pulak makan. Gilo weh. Kalau menyusu baby, mak nya yang makan bawang putih tu. Yer makan direct. Bakar bawang putih,lepas tu telan ler...hahaha hany tumbuk dulu sebelum telan. Tak yah kunyah kan,sebab dah hancur. Ni pun sekali makan je. Gile bau busyukkkk!

5) Wap MRS
- korang tahu kan MRS, minyak kelapa dara yang tak bau tengik tu. Cer google cer google. Hany titiskan MRS ni dalam air panas dan wapkan dekat muka Adra. hany guna cawan je dan wap tu takder lah letak dekat2 kan. Tapi yang ni pun buat sekali je, sebab Adra mata terpisat pisat dan takboleh bernafas bila kena wap tu. Hahaha mak hati tak kental weh tengok anak gitu...patut buat dalam 10minit,bila dia nangis sepatutnya akan lagi banyak keluar kan...

Alhamdulillah...untuk selsema dalam 5hari elok, tak meleleh leleh lah. Untuk batuk dalam 3hari dah okay. Kira tak teruk la kan serta tak melarat memanjang ajer... so u guys boleh la cuba jugak yer.

Friday, May 22, 2015

Bagaikan Malaysia lawan Singapore

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yo...hehe lama tak bercerita pasal bolasepak. Bolasepak Malaysia yer, yang luor negara hany tak follow, kalau follow World Cup je.



Esok sabtu, jam 8.30malam, perlawanan akhir Piala F.A antara Kelantan dan Lions 12,Singapore. Setelah isu sepakan offside, maka dapatlah lions ke final. Kalau tak, jiran lawan jiran la kan...takpe takde rejeki Terengganu la tuh. Kuciwa...

Kalau diikutkan memang ramai tak jangka Kelantan akan mara ke final sebab permainan Kelantan memang boleh dikatakan akan menjunam lah. Berapa game dia kalah n seri je. Banyak kalah pulok tu...rasanya penyokong dah hampir give up je nak tengok di stadium. Lepas tu, tukar coach baru lah menampakkan taring.

Well, jurulatih tempatan jugak berkualiti dari import kannn...;)

Setelah Azrai Khor ambil alih Kelantan, mula nampakkan peningkatan dalam setiap game, dan akhirnya berjaya tundukkan juara bertahan, Pahang dengan aggregate 3-2. Naseb baik, berdebar jugak la tengok semi final ke2 di KB tu.

Walaupun hany ni Ganu, tapi hany lagi familiar dengan pemain Kelate. Hehe sebab nya,dah husband Kelate kan,apa apa haruslah dia yang menang nak tengok Kelate. Dengan dah ada anak ni, mana nak tumpu sangat kan. Mana dia buka tengok je lah kan.

Sekarang nu memang agak sukar la nak pergi tengok live. Yer lah anak pun kecik lagi. Nanti agak agak Adra dah biasa dengan pekikaan, sorakan serta bunyi kuat kuat hany akan bawa tengok bola. Hehe kemain semangat kan. Eh adra memang ralit kalau tengok bola kat tv. Masa mengandungkan adra dulu, memang ada hany teringin nak tengok bola live. Kitorang pergi masa game Kelate lwn atm ke apa,tapi kelate kalah la masa tu.hahaha

Esok, siang hari mesti banyak event kat Stadium Bukit Jalil. Suasana confirm macam ada di Kelate lah. Selalunya ada dikir barat, kadang2 ada kelab sponsor makan makan...nak try ajak husband pergi esok. Tapi tu lah sah sah jemmm la. Biasanya malam ni dah ramai penyokong dari Kelate gerak ke stadium ni.

Okaylah, aperpun semoga perlawanan esok tidak menimbulkan apa apa masalah baik dari segi pemain, pengadil, serta penyokong...aamiin...

Good Luck Kelate
Dari mek comey; Adra ;)

Wednesday, May 20, 2015

Perubahan Ketara Selepas Mempunyai Anak

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaaa rasanya semua orang yang mempunyai anak alami benda ni, memang totally berubah dari sebelum ada anak kan. Alaaa, sebelum nikah dengan selepas nikah pun dah berubah hidup, apatah lagi bila ada anak kan...

Tapiii,
Perubahan tu sah sah berbeza bagi setiap individu kan. Bergantung pada keadaan masing masing kan. Apa yang di tulis ni, adalah apa yang hany alami, mungkin ada sama dengan orang dan pasti nya ada beza kan...

1) TIDUR
Haaaa...harapan la nak tidur lena dah lepas ada anak ni kan. Masa mengandung dulu, memang hany bantai tidur aje. Dah la tak kerja kan. Lepas husband pegi kerja,sambung tidur. Hahaha masa ni memang kesian kat baby dalam perut,sebab selalu lambat makan. Biasanya makan tengahari terus sebab pagi membuta jer.

Masa dalam pantang, hany kadang kadang baby jaga malam pun tak sedar, mak hany selalu kejutkan. Kadang kadang mak mertua kejutkan. Hohoho kantoi yer lena sangat tidur. Maybe sebab awal lagi, tak boleh nak timing sangat. Tapi sekarang, anak baru bunyi hekkk, terus bangun siap dah duduk congok dah, padahal anak tak jaga pun, dia bunyi hek hek biasalah kan kalau pusing ke ubah kedudukan tidur kan. Power kan effect dia. Tapi, power jugak siap boleh sambung tidur lagi walaupun tadi dah cerah bijik mata....

2) KEDUDUKAN TIDUR

Haaaa maka kena lah terima, kedudukan tidur adalah bergantung pada anak. Hahaha ini sangat kena dengan hany. Demi taknak tersentuh dengan anak kan, taknak bagi dia terjaga. Macam gini lah jadi nya. Cuma hany tak tidur atas katil lah. Ada masa tu tiap tiap hari hany kena tidur ngiring jer, gara gara Adra tidur dah macam starfish. Sekarang dia dah besar dah banyak bergerak...lagiii laa. Sedar sedar je, dia dah dekat kaki dah, merengek rengek sebab dah tak leh pusing tersekat kaki hany....

3) MULTITASKING

Haaa ni pun realiti jugak. Dulu kalau tak guna 2belah tangan susah nak reply msg, la ni lancar hahaha gara gara ada anak kan. Tapi, selalu nya lah... adra ni masa menyusu tak leh gerak gerak tak boleh buat benda lain. Ye lah dia rasa macam tak bagi perhatian pada dia kan.

4) MANDI TAK BASAH, MAKAN TAK KENYANG
Jangan ingat orang angau je mandi tak basah, makan tak kenyang, orang ada anak kecil ni pun sama. Sebabnya, macam hany jaga anak sendiri kan...kan elok tengah sedap sedap makan tiba tiba terjaga pulak dia. Jaga terus cari la kan, tak jumpa volume 10 terus dia kasi. Makan lah laju laju, main telan je. Tak yah harapkan 40kali kunyah la, 15kali pun belum tentu cukup kan...hadeihhhh maybe sebab hany jaga sendiri, jadi anak memang nak melekat aje kerja nya kan...naseblahhhh...sama lah jugak dengan mandi, jirus jirus gosok, dah setel. Tapi tang membuang tu, naseblah anak oiiii, meraung lah kamu...hajat perlu dilepaskan ;)

5) DAH PANDAI MASAK BUBUR
Hey, hany ni kategori tak makan bubur yer. Sebab bubur adalah lembik, eiii yerk tak lalu. Dulu memang tak pandang langsung bubur, maka cara buat bubur pun malas nak amik tahu. Haaa sekarang anak dah boleh makan solid food, nak tak nak kena la belajar cara masak bubur. Giler ko taknak bagi bubur, habis tak kan nak bagi puree je, sian la si anak. La ni dah pandai dah, hehehe kagumssss dengan diri sendiri ;)

6) TAK UPDATE BAB LAGU LAGU
Haaaa sekarang serius memang tak tahu langsung lagu terkini, lagu yang tengah jadi trend ke apa. Ingat lagi yang menang ape tu, juara lagu ke apa yang tanya khabar tu. Lepas tu yang awak kat mana taufik batishah. Semua hany tahu bila dah nak outdated. Sebabnya, kitorang kalau naik kete memnag tak buka radio lah...hmmm kalau boleh taknak dedahkan anak dengan hiburan. Harapnya berkekalan lah...aamiin.

7) RUMAH BERSEPAH

Hahaha anak baru sorang pun rumah dah bersepah, camne lah kalau ramai nanti. Redho je lah. Usahkan nak kemas rumah, kekadang tuala anak pun tak sempat sidai sebab lepas mandikan dia, pakaikan baju terus meraung nak ngempengggg. Hadeihhh bila dah tidur baru lah boleh buat semua kan. Kadang2 mainan dia lah mana tak simpan semua. Aiyooo...

8) TAK LAYAN DRAMA MELAYU
Haaa kemain sombong kannn. Tak lah, macam ni dapat anak yang telinga super sensitif begini lah naseb. TV kena bisu, kan tak boleh tidur. Dah tidur sama jugak. Jadi drama melayu apa barnag tengok kalau bisu je,mana reti baca gerak bibir kan...so baik tengok cite omputeh, ada sarikata...haha setel. So layan la citr mat salleh memanjang. AXN, FOX, DIVA, HITS, KBS, itu je lah duk ulang...

Haaa itu lah sikit sebanyak perubahan sekarang ni. Sikit ke banyakkkk...haha apa apa jer lah. Yang pasti orang kata nikmati setiap saat yang ada kan. Ko nak dapat anak bertahun tahun menunggu, dah dapat ni layan jer lah...

Tuesday, May 19, 2015

HR, Orang Yang Di Benci Oleh Semua Staff...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

HR, Human Resource,
Di setiap company boleh dikatakan akan ada seorang yang pegang jawatan HR ataupun akan ada yang lakukan tugas tugas HR ni kan. Tugas nya ape? Haha payah jugak nak describe, tapi general nya yang melibatkan kerja kerja pejabat, macam handle gaji, handle hal melibatkan staff, juga boleh jadi kerja kerja admin pun dia buat. Kiranya HR ni boleh juga dikatakan penghubung staff dengan bos.

Okay,
Korang pernah tak dengar yang HR ni selalu nya kurang disukai staff? Hany acapkali jugak dengar, kesian HR kan. Tapiii mungkin jugak betol sebab bidang tugas dia tu lah. Dia kena jaga p&c bos or company. Tapi kadang2 staff ni nak tahu semua kan, duk ngendeng2 tanya HR. Contoh bila gaji nak masuk ni, ngelat mc xhantar, risik risik boss ada x waktu ni waktu ni, senang la kot nak masuk lambat ke ngulor ke kan.

Tapiiii...
HR juga sepatutnya menjadi pembela staff, hahaha camne pulak tuh. Ni antara pengalaman hany lah. Di tempat kerja lama dulu, ada sorang akak HR ni. Dia memang amik berat akan hal staf staf...tapi apa apa yang p&c company dia memang pandai jaga. So far kebanyakan staff memang suka dan ok dengan dia. Kenapa hany cakap gitu, sebabnya boleh tahu la, staff jarang bercakap pasal dia di belakang.

Sesetengah tu, depan baik...tapi belakang kemain kan cakap habis semua...kes macam ni,staff berbuat baik dengan HR sebab nak senang untuk dapatkan sesuatu, nak senang kalau ada masa masuk lambat ke, nak mia Ker, senang kautim. Jadi dia amek hati HR awal2. Selalu nya lelaki la buat camni. haha sori ye lelaki, ni berdasarkan pengalaman la. Mungkin tak semua lah mcm ni.

Okay,ber balik pasal akak tadi. Hany ingat lagi masa hany mula mula kerja. Hany konvo then walk in interview, alih alih dapat kerja tu. So teruskan kerja, kira datang untuk konvo then sambung kerja. Memang baju tak banyak la masa tu, konvo 8hb masa tu. Gagahkan kerja sampai hujung bulan, dapat gaji hany pun apply cuti nak balik kampung, ambil baju la semua kan. Dah baru kerja,bos tak bagi cuti lah. Akak HR ni submit borang cuti hany sambil cakap dengan bos...

"Bos, rohani ni nak cuti. Nak balik kampung ambil baju baju dia"

Bos tak bagi lah kan,haha tak thau lah apa dialog bos,tak pandai pulak nak reka kikiki. Sekali akak tu jawab...

"Bos,bos nak tolong beli ke baju baju untuk dia bos kalau bos xbagi cuti. Dia datang sini hari tu mana bawak baju banyak"

Hehe, agaknya logik kot apa yang HR cakap, maka bos bagi lah cuti. Dapatlah hany balik kampung ambil barang barang semua.

Bukan nya puji akak ni sebab dia tolong hany semata mata. Tapi staff lain pun sama. Kira apa yang sepatutnya staff tu dapat, dia fight untuk staff,tapi apa yang tak memang tak lah. Bukan nya dia main jaga bos memanjang. Mana mana salah staff memang ko kena hamun la dengan dia.

Ada masa tu phone ofis dia transfer kat area meja hany, masa tu share la...tak semua orang ada phone kat meja. Hany pakai headset buat keje,so haruslah tak dengar phone bunyi kannn...

"Oiiii dik, ko ni pekak ke ape ha. Phone bunyi tu ko buat tak dengar je kan"

1floor dengar okay dia sound ko. Hahaha hamek ko, tak dengar lagi sebab pakai headset, terus dia datang ke meja. Baru ko tahu lah camne kannn. Habis kena bantai gelak dengan staff lain. Esoknya, tak pasal2 dapat email dari boss, tak boleh guna headset waktu kerja....haha naya, dah jadi 1ofis tahu kisah ko.

Tapi,
Tu semua memang betol la kan. Itu bari betol, mana yang kita betul, dia fight untuk kita, mana yang salah, tetap salah. Yer lah, kita staff kadang kadang tak boleh direct dengan bos kan, kena lalui HR ke supervisor ke kan.

Hehe kenangan lama lah pulok yer. Apapun semoga semua HR tabah ye dalam menghadapi tugasan harian, sebab selalunya HR jugaklah yang jadi mangsa kena tahan telibga bila boss marah pasal staff ni, haha dugaan HR ;)

Sunday, May 17, 2015

Kertas Yang Tak Cair Bila Di Gigit, Ada Tak?

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hahaha tajuk ntah ape ape... persoalan nya ada ke tidokkk? Kertas kan, bila kita gigit dan kena air liur lama lama, dia akan basah lembab dan putus ala ala cair lah kan, ada tak kertas yang tak macam tu? Haha dah nama kertas kan...

Sebenarnya,
Adra ni kalau bagi kertas ke kotak ke,apa apa yang berunsurkan kertas, suka sangat dia. Bersungguh sungguh di gigit nya, di kokak nya. Masalahnya, kertas ni lama lama cair dan nanti masuk dalam mulut. Itu yang risau tuuu...kalau ambik ganti dengan yang lain...marah la dia.


Ni antara mainan dia. Kotak tu pun dia paling suka, sebab berunsurkan kertas. Kotak ubat demam tu sampai dah renyuk, tepi tepi dia duk gigit dah hancur. Kalau bagi teether tu,sekejap je dia gigit lepas tu baling. Bagi botol pun dia ralit jugak,tapi tak seralit yang kotak.

Ade ke mainan yg replicate kertas,tapi takkan hancur bila kena air liur. Ade ke eh?

Saturday, May 9, 2015

Pakai Shawl Untuk Orang Berbadan Besar

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaaa tajuk kemaen. Tapiiii nak bagitahu siang siabg ni, hany tidak ler sampai nak buat tutorial cara pakai shawl. Hishhh shawl pun ada beberapa helai je, pakai pun tak sampai 10kali...segan aihhh nak buat tutorial. Korang nak, google jer...berlambak tutorial...

Hany ni kan size besor, jadi nakcari shawl 1hal...kena yang wide shawl, yang panjang kan... lepas tu cara nak pakai tu 1hal lagiii...hadeihhh susah rasanya. Tengok orang pakai kemain senang aje. Bila sendiri apply...hmmm susohnyaaa...

Terjumpa lah gambar kat fb, siapa ntah share. Tq lah pada yang share. Tak jumpa lak siapa share. Masa save gambar ni tak tengok betol betol...




Haaaa,macam senang je kan. Hany cuba lah ke tiga tiga cara di atas dengan wide dan long shawl. Cuba ejas untuk labuhkan bahagian depan dan belakang untuk cover. Kemain semangat okay. Sebab anak tengah lena, ada lah masanya...

Last sekali, hany cara ke2 (gambar tudung merah) tu jer yang hany boleh cover depan dan belakang, cara lain tak dapat. Puas dah ejas. Hmmm ok lah kot dah boleh kan. Alaa bukan banyak pun shawl. Kakaka...kot la tetiba teringin kan nak pakai shawl...

Sudahnya pakai tudung awning biasa tu je. Zap zap zap, siap mudah cepat pantas tuntas...

Thursday, May 7, 2015

Baby tido buai lagi lena???

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Adra ni memang terkenal dengan tido kejap kejap. Cepat terjaga, sejak dari baby lagi. Masa kat kampung sebelah hany ke sebelah husband ke, semua duk suruh tidokan dalam buai sebab katanya baby akan tido lena kalau tido dalam buai... hmmm kitorang macam diam je...cakap takpe lah dulu, tengok lah nanti.

Sebabnya,kami risau kot dia dah elok addict dengan tido dalam buai tak memasal jadi payah kan. Semua orang duk cakap lah,nanti senang lah nak buat keje lain,baby tido lena dan lama kalau dalam buai. Kalau tak,sekejap je jaga,habis tak jalan la keje rumah.

Hany tidokan adra meniarap. Walaupun taklah lama sangat,tapi dia lena lah. Sempat lah nak berak ke,solat ke kan...

Cuti 4hari baru ni kami balik kampung. Ngeee as expected memang orang kat kampung akan suruh letak dalam buai lah. Takper lah, biar je lah. Lagipun adra kuat mengamuk pulak kat kampung baru ni,time nak tido je menjerit jerit mengamok. Dah lena,baru masukkan dalam buai...

Haaa ni dirumah Kelantan

Ni pulak rumah Ganu

Rumah kelate mak mertua mengasuh, so ada la kain buai proper. Balik ke Ganu kitorang decide nak beli la barangan buai untuk adra. Beli spring dengan yang letak kain tu je. Guna kain pelikat arwah tokki adra. Setel. Rumah kampong, alang rumah je jadi mangsa kan ikat tali, gantung buai.

Hmmm...
Takde maknanya adra lena lama. Setengah je. Kadang kadang tak sampai setengah jam dah jaga dah. Kan biasa budak ni bila gerak gerak sikit,ala ala nak buka mata, bila kita ayun kan buai, dia jadi lena balik kan. Hahaha NO untuk adra. Tak jalan macam tu. Terus segar bugar then menjerit mintak keluarkan dia. Hahaha nasebbb...

Sudahnya, tido meniarap dia lagi lena ;)




Sunday, May 3, 2015

Cinta Berahi

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaaa, suke la tuuu tengok tajuk kannn. Berahi berahi ni laju jer lah kan. Takder lah, ni wilayah hijau, bukan blue yer ;)

Alkisah...
Akhirnya hany sampai ke Pantai Cinta Berahi... yang mana ni nama lama kan, nama baru Pantai Cahaya Bulan a.k.a PCB. haha setelah tahun ke 6 menjadi orang Kelate, baru suami bawak isteri ke PCB. haha sebabnya, jemm kot jalan nak ke PCB ni. Husband hany tak suka sangat dia kalau kena rempuh jemm ni. Dah lah dr selangor ke kelate rempuh jem, kat kelate remluh jem lagiii...

Tapi, kalau namanya balik kampung masa cuti, memang lah jemmm sebab semua orang pun balik. Ater dah namanya cuti kannn...

Kegirangan hany terhenti bila mengetahui camne keadaan pantai PCB ni, hmmm memang tersasar jauh dari apa yang hany imagine. Haha sebab hany orang ganu, yang mana ganu kaya dengan pantai, so expectation hany pantai adalah macam mana pantai batu burok tu lah.

PCB ni kan dah di benteng pantai nya kan. So memang dah takde pasir dah. Thats why hany macam aaaaa xbesh nya. Tapi suasana kat pantai tu memang crowded giler lah. Ramai orang datang. Mungkin sebab memang dah di PCB ni lah port dari dulu, atau datang nak makan or minum kat situ or saja datang ambil angin...

Makanan minuman yang glemer, kalau tak salah hany ais krim dalam buah kelapa, coconut shake, aiis krim pasu...lepas tu colek. Colek nya bukan lah colek yang sama macam orang kl panggil. Colek kat sini adalah nuget,fishball dan adik beradik dia tu, digorend dan makan cicah sos yang disediakan. Korang jangan terkejut pulok cari mana buahnya, mana colek yg ala ala colek mak bie tu ye.

Giniler roper nya yer...

Haha mana mulut muncung nak suruh adra pandang kamera....

Wefie...hehe adra dah start menjerit dah masa ni...

So, bila pergi hari jumaat dan sekali dengan cuti, terllau ramai orang dan sangat lah tak ada parking. Maybe sebab pantai tu jalan masuk dan keluar jalan yang sama,maka sangat sesak. Haaha bukan komplen tapi serius padat... parking jauh maka exercise la sambil dokong budak damok 8kg...

So,kami ber8 order colek tu main ambik je kopok lekor, isi ikan, isi ketam, and apa lah lagi tak ingat, air lak air nyior 1, coconut shake 5, ais krim dalam kelapa 2. Total harga adalah RM60. Haha bapak mertua cakap mahal. Hmmm mcm betol kot mahal, tapi dengan cuti sekolah dengan penuh orang ntah, agaknya memang gitu lah kot...

Begitu lah sajer keadaan di pantai cahaya bulan. 


~TQ Dear~

Followers