Ini Wilayah Hijau: Baby tido buai lagi lena???


07 May 2015

Baby tido buai lagi lena???

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Adra ni memang terkenal dengan tido kejap kejap. Cepat terjaga, sejak dari baby lagi. Masa kat kampung sebelah hany ke sebelah husband ke, semua duk suruh tidokan dalam buai sebab katanya baby akan tido lena kalau tido dalam buai... hmmm kitorang macam diam je...cakap takpe lah dulu, tengok lah nanti.

Sebabnya,kami risau kot dia dah elok addict dengan tido dalam buai tak memasal jadi payah kan. Semua orang duk cakap lah,nanti senang lah nak buat keje lain,baby tido lena dan lama kalau dalam buai. Kalau tak,sekejap je jaga,habis tak jalan la keje rumah.

Hany tidokan adra meniarap. Walaupun taklah lama sangat,tapi dia lena lah. Sempat lah nak berak ke,solat ke kan...

Cuti 4hari baru ni kami balik kampung. Ngeee as expected memang orang kat kampung akan suruh letak dalam buai lah. Takper lah, biar je lah. Lagipun adra kuat mengamuk pulak kat kampung baru ni,time nak tido je menjerit jerit mengamok. Dah lena,baru masukkan dalam buai...

Haaa ni dirumah Kelantan

Ni pulak rumah Ganu

Rumah kelate mak mertua mengasuh, so ada la kain buai proper. Balik ke Ganu kitorang decide nak beli la barangan buai untuk adra. Beli spring dengan yang letak kain tu je. Guna kain pelikat arwah tokki adra. Setel. Rumah kampong, alang rumah je jadi mangsa kan ikat tali, gantung buai.

Hmmm...
Takde maknanya adra lena lama. Setengah je. Kadang kadang tak sampai setengah jam dah jaga dah. Kan biasa budak ni bila gerak gerak sikit,ala ala nak buka mata, bila kita ayun kan buai, dia jadi lena balik kan. Hahaha NO untuk adra. Tak jalan macam tu. Terus segar bugar then menjerit mintak keluarkan dia. Hahaha nasebbb...

Sudahnya, tido meniarap dia lagi lena ;)




Komen
1 Komen

1 comment:

syalinda johari said...

hahahhaa.. sekarang ni buaian umah aku pun jadi perhiasan..
kalau masukkan Zara dlm buai skrg ni dia punya gelak mengekek ngekek dengan kaki dok menyepak...hahhaa.. last2 kluarkan jer..aku risau kang jatuh buai