Tuesday, May 19, 2015

HR, Orang Yang Di Benci Oleh Semua Staff...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

HR, Human Resource,
Di setiap company boleh dikatakan akan ada seorang yang pegang jawatan HR ataupun akan ada yang lakukan tugas tugas HR ni kan. Tugas nya ape? Haha payah jugak nak describe, tapi general nya yang melibatkan kerja kerja pejabat, macam handle gaji, handle hal melibatkan staff, juga boleh jadi kerja kerja admin pun dia buat. Kiranya HR ni boleh juga dikatakan penghubung staff dengan bos.

Okay,
Korang pernah tak dengar yang HR ni selalu nya kurang disukai staff? Hany acapkali jugak dengar, kesian HR kan. Tapiii mungkin jugak betol sebab bidang tugas dia tu lah. Dia kena jaga p&c bos or company. Tapi kadang2 staff ni nak tahu semua kan, duk ngendeng2 tanya HR. Contoh bila gaji nak masuk ni, ngelat mc xhantar, risik risik boss ada x waktu ni waktu ni, senang la kot nak masuk lambat ke ngulor ke kan.

Tapiiii...
HR juga sepatutnya menjadi pembela staff, hahaha camne pulak tuh. Ni antara pengalaman hany lah. Di tempat kerja lama dulu, ada sorang akak HR ni. Dia memang amik berat akan hal staf staf...tapi apa apa yang p&c company dia memang pandai jaga. So far kebanyakan staff memang suka dan ok dengan dia. Kenapa hany cakap gitu, sebabnya boleh tahu la, staff jarang bercakap pasal dia di belakang.

Sesetengah tu, depan baik...tapi belakang kemain kan cakap habis semua...kes macam ni,staff berbuat baik dengan HR sebab nak senang untuk dapatkan sesuatu, nak senang kalau ada masa masuk lambat ke, nak mia Ker, senang kautim. Jadi dia amek hati HR awal2. Selalu nya lelaki la buat camni. haha sori ye lelaki, ni berdasarkan pengalaman la. Mungkin tak semua lah mcm ni.

Okay,ber balik pasal akak tadi. Hany ingat lagi masa hany mula mula kerja. Hany konvo then walk in interview, alih alih dapat kerja tu. So teruskan kerja, kira datang untuk konvo then sambung kerja. Memang baju tak banyak la masa tu, konvo 8hb masa tu. Gagahkan kerja sampai hujung bulan, dapat gaji hany pun apply cuti nak balik kampung, ambil baju la semua kan. Dah baru kerja,bos tak bagi cuti lah. Akak HR ni submit borang cuti hany sambil cakap dengan bos...

"Bos, rohani ni nak cuti. Nak balik kampung ambil baju baju dia"

Bos tak bagi lah kan,haha tak thau lah apa dialog bos,tak pandai pulak nak reka kikiki. Sekali akak tu jawab...

"Bos,bos nak tolong beli ke baju baju untuk dia bos kalau bos xbagi cuti. Dia datang sini hari tu mana bawak baju banyak"

Hehe, agaknya logik kot apa yang HR cakap, maka bos bagi lah cuti. Dapatlah hany balik kampung ambil barang barang semua.

Bukan nya puji akak ni sebab dia tolong hany semata mata. Tapi staff lain pun sama. Kira apa yang sepatutnya staff tu dapat, dia fight untuk staff,tapi apa yang tak memang tak lah. Bukan nya dia main jaga bos memanjang. Mana mana salah staff memang ko kena hamun la dengan dia.

Ada masa tu phone ofis dia transfer kat area meja hany, masa tu share la...tak semua orang ada phone kat meja. Hany pakai headset buat keje,so haruslah tak dengar phone bunyi kannn...

"Oiiii dik, ko ni pekak ke ape ha. Phone bunyi tu ko buat tak dengar je kan"

1floor dengar okay dia sound ko. Hahaha hamek ko, tak dengar lagi sebab pakai headset, terus dia datang ke meja. Baru ko tahu lah camne kannn. Habis kena bantai gelak dengan staff lain. Esoknya, tak pasal2 dapat email dari boss, tak boleh guna headset waktu kerja....haha naya, dah jadi 1ofis tahu kisah ko.

Tapi,
Tu semua memang betol la kan. Itu bari betol, mana yang kita betul, dia fight untuk kita, mana yang salah, tetap salah. Yer lah, kita staff kadang kadang tak boleh direct dengan bos kan, kena lalui HR ke supervisor ke kan.

Hehe kenangan lama lah pulok yer. Apapun semoga semua HR tabah ye dalam menghadapi tugasan harian, sebab selalunya HR jugaklah yang jadi mangsa kena tahan telibga bila boss marah pasal staff ni, haha dugaan HR ;)

8 comments:

Lady D'yot said...

ye..memang betul sangat pon..staff selalu ingat HR ni kerek lahh..menjengkelkan lah..tapi kalau ada pape kang HR gak dia cari..huhuu..takpela kalau org tak suka, janji kita ikhlas wat keje kita..setakat ni tak penah lagi marah staff, bebel2 manje ada lah juga..hahaha

Rohani Hashim said...

haha sebab memang ada HR gitu nard, tu yg timbul isu nya tu. hehehe ye akk tahu nadia tak mcm tuuu ;)

Ayuni said...

Sy org Hr, mmg rs kena sabar tahap tinggi, kena maki, tapi xpelah, Allah je yg tau....nk org ikut peraturan bukan senang....tp sy suka kerja sy....

dokterFaryn said...

kita plak selalu kalau bab HR ni tak sangat. selalu deal dengan kerani jabatan. kerani yang deal dengan boss and HR. memang kamceng la sebab dia memang jenis yang back up kitorang gila-gila. hehehe. tapi memang betul la dia yang paling stress sebab boss kalau nak lepas marah, dia yang kena tadah telinga dulu. lepas tu cepat-cepat warning ktorang hihi

Miss Mirror a.k.a Sam said...

MM bertahun gak keja dgn HR.. and it was so interesting... Tak tau nak describe kenapa tp seronoknya bila kena keja luar... lawat rumah staff, jaga kebajikan dorang.. pendek kata..part2 yg kena keluar opis mmg MM suka.

Rohani Hashim said...

@Ayuni
Huiii selalu kena maki ke?haishhh staff ke bos?kalau staff mmg melampau lah kan,selambe je nk maki org.


@docFaryn
Hahaha besh tu doc ada yg kamceng camtu. Sama sama geng kan,seronok.haha tp mana mana pun org perantara ni lah slalu kena sembur dgn bos kan.


@MM
eh besh nya mm byk kekuar jd HR, dkt ofia hany dulu jarang sgt la HR keluar, tu agaknya makin stress kot hr hehehe

Ayuni said...

dua-dua tp nak puaskan hati staff memang tak puas....sebenarnya diorg yang xnak ikut peraturan, kalau dah x suka peraturan tu, silalah pergi company lain....xperlulah nak maki HR....kitorg pun menurut perintah....

Rohani Hashim said...

Ayuni,
Betol2 kalau yang tak ikut arahan tu memang lah kan,melampau benor. Tu yg slalu jd musuh HR,HR ikut peraturan, diorang lak igt ala kawan2 xkan xleh kautim kan.sudahnya HR yg kena marah

~TQ Dear~

Followers