Showing posts with label Resepi versi hany. Show all posts
Showing posts with label Resepi versi hany. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Cuti yang sangat berbaloi....

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
 
 Assalamualaikum,
 
Hari ni hany cuti.hehehe sepatutnya kerja la kan sebab di Ganu memang bekerja. hurmmm malam ni baru balik ke Ganu,sampai esok pagi terus pergi kerja. ahaha kentalll kan mek ni;)
 
Hari ni, cuti yang berbaloi, sebab dapat masak untuk suami.ahaha almaklong ler, kan duk jauh,weekend jer lah boleh masakkan untuk suami. itupun kalau balik lah kannn....hehe padahal selama ni macam ko tak pernah masak kan, yang hari ni beriya sangat kan...
 
Sebenarnya, sejak duduk Ganu, memang lauk pauk harian adalah berasaskan ikan jer kan. lepas tu pulak hany kena pantang ikan, maka nya memang sangat tepat lah kan. Then, 2,3 hari jugak la kat kampung tu, duk makan ikan steam dan ikan 3rasa. dah balik ni, teringin pulak nak makan ikan 3rasa dengan suami. makanya, pergi lah ke JJ mencarik ikan.ahaha sebenarnya memang dah alang alang membeli barang barang lain, so sekali harung je lah. mulanya nak beli siakap, lepas tu macam besar sangat, tukar lah ke ikan merah.

ahahaha, ikan nye sudah tertimbus. sebab hany memang suka banyak kuah ;)


Ikan tu hany goreng sempoi jer, kalau search resipi, selalu sapu tepung jagung nak goreng tu, hany macam malas, so tak sapu laa. just lumur dgn garam+kunyit jer. itupun light light jer lah. then goreng kasi garing. untuk kuah yang disiram di atasnya itu, hany masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, gula sikit. lepas tu capsicum hijau, tomato potong dadu. then masukkan cili padi.

hehehe, rasanya adalah 5rasa...Rasa pedasss,rasa manis sikitje,rasa kenyang,rasa nak lagi,rasa puas hati sbb dapat masak utk suami. Over gituh ;)

Lepas ni nak buat ikan steam pulok.hehehe







Monday, December 27, 2010

Resepi Epal susu versi hany



hany suke sangat epal susu. kalau air buah hany jarang order air lain, mesti epal susu jugak ajdi pilihan hany. ummm jumaat lepas hany buat air epal susu. untuk minum berdua je dengan MZ.


jom usha, epal susu versi hany jom…

241220104227
epal hijau,
kasi potong itu epal…suke hati la nak potong macam mana kan. sebabnya nanti kan masuk blender, kasi blend itu epal jugak…huhu


241220104228

pastuh,
hany suke campurkan dengan susu low fat dutch lady nih. ha memang tak sodap la rasanya kan, sebab susu low fat nih, mana da rasa sangat. so korang bolehla campurkan dengan susu aper pun yang korang suke. susu ibu? umm xpernah try plak…mungkin korang buleh cuber…


241220104229
Masukkan epal dan susu low fat tadi dalam blender…


241220104230
pastuh,
hany campurkan dua sudu susu manis biasa tuh. huhu kasi ada rasa sikit…;)


241220104231
ni dia setelah di blend kan campuran tadi yer….ha, campuran ni sepatutnya kena tapis…dah blen kan, so dia nye ape kenama la tuh, kena la asingkan, amek air nya sahaja, baru sedap…


tapiii…
hany malas sikit so tak tapis ler ;)


241220104232

inilah ropenyer…
hohoho tak masukkan dalam gelas transparent, maka kena amek gambar dari atas…tapi kenapa kaler dia tak hijau ;)


ok itu jer,
jom try jom…

Monday, November 29, 2010

Daging Buku versi Hany

Ingat lagi tak, hany pernah buat entri pasal Daging Buku…hehehe yang mana bukanlah pesaing Muka Buku yer…


Resepi nih,
hany belajar dari mak mertua hany bersama tok mertua hany…heheh tengok siap 2orang mertua yang ajarkan ok…spesel gituh ;) Hany mula rasa daging buku ni masa majlis sambut menantu, masa tuh first time makan…fuhhh terus jatuh chinta….beshhhhh…..


mariii kita tengok resipi nya….ni versi hany tau…versi orang lain maybe lain yer…


Bahan Bahan:
1) Daging (direbus dan pastikan sudah empuk)
2) Rempah Kerutuk
3) Bawang merah, bawang putih, halia (di blend yer)
4) Nisan/gula melaka tuh
5) Kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga
6) Santan


Cara Buatnya:

1) Panaskan minyak…pastuh masukkan item no5 diatas

271120104038
goreng sehingga mengeluarkan bau….


2) Masukkan item no3. bahan2 yang telah di blend. ok macam hany, hany buat tak pedas, dan hany hanya gunakan sedikit cili boh. korang boleh jugak gunakan cili kering dan bled bersama sama bawang besar, bawang putih dan halia tadi. ikut citarasa korang utk tahap kepedasan

271120104040 blend with my sambal maker ;)


3) pastuh masukkan rempah kerutuk…rempah ni pun mak mertua belikan masa balek kelantan hari tuh….

271120104043

4) Masukkan Nisan@gula melaka, pastuh masukkan garam secukup rasa.hany tambah jugak asam gelugur/asam keping…

page_thumb3


5)  Masukkan daging yang telah direbus dan dah empuk yer…

271120104039
Buat sikit jer, cukupla untuk 2orang kan….


6) Lepas tuh, masukkan santan….

271120104042

271120104044

tahap kecairan atau kepekatan ikut suka korang….macam hany, hany buat pekat sebab hany suka bila rempah rempah tuh melekat pada daging…so hany biarkan masakan ni diatas dapur dengan api yang slow….sambil sambil tuh, kacau kacau la jugak yer…untuk mengelakkan kering dibahagian bawah….


and taraaaaa….


271120104048


Siapppp….


**ok kalau rasa nak cuba tuh bolehla…;), pastuh ejas ikut citarasa korang…nyum nyum…**

Monday, November 8, 2010

Salad versi hany

Meh nak share salad buatan hany.
Biasa biasa jer, main campak campak jer…eh potong potong dulu, pastu baru campak campak…

Ok, bahan bahan nya adalah:

1) Salad
2) Carrot
3) Timun
4) Tomato kecik
5) Ayam & hotdog

owh yer, ayam dan hotdog tu boleh jer kalau nak tukar dengan udang ker, salmon ker…lagik sodap…


041120103829ni salad pilihan hany…salad ker?


041120103830Timun, hany potong kecik kecik dan hany buang yang tengah tengah tuh.


041120103831   Carrot, jugak hany potong kecik kecik…tapi buang dulu kulit dia tuh….


041120103833 Tomato kecik kecik, tapi hany potong lagik jadik kecik kecik….ini masukkan last sekali…


041120103834 Thousand Island n Mayonis…


041120103832Basuh semua yang dah dipotong tadi…gaulkan bersama sama….dan toskan….


041120103836  Masukkan dalam mangkuk, campurkan mayonis dan thousand island, gaulkan ia….


Ambil ayam dan hotdog, REBUSKAN. Selepas dah masak, toskan air nya, lepas tuh potong kecik kecik dan masukkan ke dalam campuran kat atas nih. Lepas tuh masukkan tomato kecik tadi…kalau nampak macam tak cukup mayonis, campurkan lagik…gaulkan sebati…..

taraaaa…
-
-
-
-
-
041120103837 dah siap…

Nak makan terus pun boleh, kalau nak masuk peti ais dulu kasi sejuk sejuk sikit pun bolehhh, ikut rasa tekak anda lah….


**Yang hany buat nih siap 2kali makan…hehehe terlebih pulak**

Wednesday, September 22, 2010

Resepi Nasi Minyak versi hany ;)


9-21-2010 10-42-30 PM


ha, semalam mamaaqil, membe hany ada mintak resepi nasi minyak yang hany tunjuk tuh…hurmmm segan la sebenarnye kan, almaklom ler orang br start merangkak belajar memasak nih….tapi, xperla sharing is caring kan ;)

BAHAN BAHAN :

Untuk Nasi

1) Beras ;)
2) Pewarna kuning
3) sedikit minyak
4) Buah pelaga, bunga cengkih
5) Daun Pandan

da, ani nye cara buat ni memang simple gegilos ok, ko jangan nak compare lak ngn tok mu buat neh…aku libas myvi mu kalu mu compare.

Masok Nasik:

- ani gune rice cooker je, masukkn minyak, bila panas sikit, masukkan buah pelaga, bunge cengkih, goreng goreng, then masukkn daun pandan kasi wangi sikit.

- pahtu, masukkn air, letok la pewarna kuning tuh…pndai pndai ar mu bajet nok wi warne kuning tuh.

- and now, mu masukkan beras yang mu dah basuh…pastuh mu biar la sampai masak…


Untuk Kuah lak
1) Ayam
2) kulit kayu manis, Buah pelaga, bunga cengkih
3) rempah khemokkk (kurma)
4) bawang besor (ani gune sebeloh jer)
5) Bawang merah+bawang putih+halia (yg ni mu blend yer)
6) daun pandan
7) garam
8) gula
9) bawang goreng

Perap ayam
Masukkan bawang goreng ke dalam bawang yang telah di blend tadik (5), pastuh masukkan jugak rempah, gaul kan. pastuh masukkan ayam dalam nyer ok. bior kan sebentar…perap.


Seterusnya:

- panaskan minyak, pastuh masukkan bawang besar, kulit kayu manis, Buah pelaga, bunga cengkih, then goreng sampai naek bau yer…

- pastuh masukkan bahan yang di perap tadi dengan ayam tuh. masukkan sedikit air untuk sesuai kan kepekatan dia. masakkan di atas api sehingga ayam masak.

- seterusnya masukkan gula, garam. sesuai kan rasa nya yer…

- panaskan seketika di atas api….


taraaaa dah siap. ahahah simple dimple kan resepi hany nih…masakkan ni memang bergantung sepenuhnya pada kuah nya, kalau kuah nya sedap marbeles memang marbeles la rasanya ok.

1

pageahahaha siap tulis lagik kat penutup tupperware ahahaha


okaylah, selamat mencuba resepi yang super duper simple senang nih…daaaa….


** weekend ni nak buat lagik la nasik minyak ** 

~TQ Dear~

Followers