Wednesday, March 20, 2013

Dah turun…alhamdulillah

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, BP dah turun, minggu lepas 150/90, semalam dah turun ke 137/83. Hati ada senyum. sebab Dr.Aslan Bacho ada cakap, monitor BP untuk 3minggu paling kurang la, kalau masih tak turun maknanya memang hany ada masalah darah tinggi yang berkekalan la. tapi kalau dah turun tu, alhamdulillah…mungkin disebabkan pemakanan, mungkin stress…

Owhhh bila berbicara pasal STRESS. semalam ada menerima perkhabaran yang boleh dikatakan cukup untuk buatkan hany down. Yer setiap orang diuji, setiap orang ujian nya adalah berbeza. tapi kita sebagai seorang MUSLIM, cukup bertuah kerana mempunyai si DIA yang mampu mendengar segala masalah, mampu memberi serta membantu kita. tensen, kecewa, sakit hati, semua ada…tapi tetap kena redha menerima ujian dari DIA….

Tapi, yerlah realitinya tak seindah kata kata. memang kita cakap, ok sabar sabar blablablabla…tapi bila tiba saat nya, bila berada dalam keadaan tertentu, pasti akan ada benda yang akan trigger kita, then akan buatkan perasaan kita ni kembali gundah gulana, kembali bergolak.

**please, kalau anda ada sahabat, saudara mara yang senasib macam hany, kalau betul anda prihatin, kalau nak tanya, tanya betul betul. jangan tanya dengan niat nak sindir nak apa.fizikal kami boleh senyum2, gelak2, tapi dalam hati siapa tahu. dan ini akan effect kehidupan seharian, akan effect segala benda. setiap manusia mahukan yang terbaik, tapi apakan daya bahagian kami ni macam ni…doakan kami…aamiin**

Thursday, March 14, 2013

Emosi buatkan badan tak sihat, kesian badan...


Assalamualaikum,

Bila seseorang itu tertekan, banyak kesan nya. Tekanan darah boleh naik,lepas sakit kepala pulak kan. Ahaha ni semua macam cerita diri sendiri jer ni. Kata personal blog kan, kan cerita pasal orang lain, mengumpat pulok.

Tekanan ni boleh berpunca dari banyak segi kan, kerja banyak, masalah kewangan, perangai seseorang ker,banyak benda lah kan boleh jadi penyebab nya.

Kalau sebelum ni,macam tak pernah rasa tertekan yang teruk. Tekanan yang sikit sikit tu kira okaylah. Masih boleh senyum senyum layan je. Tapi akhir akhir ni hany macam dah rasa sangat akan kesan nya tekanan ni.

Dannn,
Baru terasa emosi kita boleh sebabkan tekanan. Contoh terdekat,hari ni lepas banyak benda berkaitan kerja berlaku, dan lepas tu ada satu hal lagi yang buatkan macam suis dipetik tau,terus lemah semangat. Rasa down giler. Perasaan rasa sedih,sedih yang jenis sedih kecik hati tau, lepas tu rasa kecewa...betul betul terasa la semua ni. Rasa semua ni macam sangat jelas, macam mana boleh rasa masam masin tu,ha itulah rasa yang dialami hari.

Dan,lepas terasa semua perasaan ni, tiba tiba badan ni macam turut sama merasakan semua emosi tu. tiba tiba rasa tak sedap badan, rasa lemah Lemah yang macam dah larat sangat nak buat apa,cuma nak baring jer. Orang kata jangan layan perasaan macam ni kan. Tapi semuanya sangat jelas terasa,tak boleh langsung nak abaikan nak hindari.

Balik rumah,letak bag,basuh kaki tukar baju,terus melepek depan tv. Leganya dapat rehatkan badan. Lega sangat dapat baring. Ada lega tapi masih terasa tak laratnya tu. Hari ni betul betul akui yang emosi sangat mempengaruhi keadaan fizikal.

Alhamdulillah,
Ofismate semua jenis yang perangai macam macam ada. Boleh jugak gelak gelak dengan pelbagai ragam mereka.

Hari esok masih belum ku ketahui apakah keaadan perasaan dan fizikal ku ini. Harapnya perasaan dan badan ku ini mampu menempuhi dugaan serta cabaran yang telah ditetap kan olehNYA untuk diri ku ini. Aamiin...


Wednesday, March 13, 2013

Free chemical punya pasal…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Kan sebelum ini upkan entri pasal paraben la apa la kan. so lepas tu gigihla mencari sana sini akan hal berkaitan dengan chemical dalam pelbagai jenis produk yang selalu digunakan. Memang tak dinafikan, shampoo, shower gel, krim ke apa la, memang ada paraben mahupun chemical lain kan.

Dek kerana fobia la konon kan, terus last sunday beli limau nipis. dapat pulak jenis yang besar besar, fuhhh memang terbaek. balik terus gunakan limau nipis tu gantikan SHAMPOO. kental kannn. memang segar bugar rasa sebab bau limau tu, dengan air yang diperah lagi. habis satu kepala kena sental. tapi tak berapa besh sebab sental sendiri, jadi tak puas hati.

Dan, ini dia cara cara nak menghilangkan bintik hitam serta bintik putih dimuka. semuanya adalah dari bahan bahan semulajadi, buah buahan sayur sayuran. Tinggal rajin dengan malas je nak buat ke tidak kan. ini rujukan dari fb. maaf, malas nak translate kan, boleh copy paste dalam google translate. tapi semua nya senang je ni, takde cara complex pun.

so, cekidautttttt!!!!

"How to we get rid of blackheads and whiteheads"

544207_498700503499942_887294590_n

Toothpaste – Toothpaste is an effective blackhead and whitehead remover. Apply a thin paste to your infected areas and let it sit on your face for at least 25 minutes. You will probably feel a burning sensation when you apply the toothpaste, but this is normal and will pass. Once you remove the toothpaste, the top of your blackheads and whiteheads will disappear, but you still need to thoroughly wash your face to remove the buildup underneath. Repeat this home remedy every other day for two weeks.

download

Tomato – Tomatoes have natural antiseptic properties that dry up whiteheads and blackheads. Peel and mash a small tomato. Apply the tomato pulp to your blackheads and whiteheads before going to bed. Leave the tomato pulp on your face while you sleep and then wash your face in warm water in the morning.

download (1)

Lemon -Wash your face in warm water. Then, squeeze the juice of one lemon into a bowl. Add in a pinch of salt and stir the mixture. Apply the mixture to your blackheads and whiteheads. Leave the mixture on for approximately 20 minutes and then wash your face with warm water again.

download (2)

Lime – You can also use equal parts of lime juice and cinnamon powder and apply this mixture to blackheads. Leave it on overnight and rinse it off in the morning

images

Cornstarch – Mix about a three-to-one cornstarch to vinegar ratio into a paste. Apply it to your problem areas and let sit for 15 to 30 minutes. Remove the paste with warm water and a washcloth.

download (3)

Yogurt - Mix three tablespoons of plain yogurt with two tablespoons of oatmeal. Add one teaspoon of olive oil and one tablespoon of lemon juice to the mixture. Stir the mixture thoroughly and apply it to the effective area of the face. Let the mixture sit for five to seven minutes then rinse off with cold water.

images (1)

Almond or oatmeal – Mix either oatmeal or almond powder with just enough rose water to make a spreadable paste. Apply it to your problem areas with your fingertips first and then apply it to the rest of your face. Let it set for about 15 minutes and then rinse your face with cold water.

download (4)

download (5)

Rice – Soak rice in milk for 5 hours and then grind this in a blender until it is paste-like in consistency. Use the paste as a scrub on affected areas of the body.

images (2)

Potatoes – Grate raw potatoes and then rub the area with the mixture. Wash it off after 15 minutes.

images (3)

Fenugreek leaves(daun halba kot)– Crush some fenugreek leaves and mix with water to form a paste. Put this on the face for 15 minutes and then remove it. Do this every night to keep your face free of blackheads.

download (6)

Coriander leaves (daun ketumbar) – Mix some coriander leaves and a little turmeric powder with water and form a paste. Use this as a mask to eliminate blackheads.

download (7)

Baking soda – Prepare a mixture of equal parts of baking soda and water and rub it onto your face or other body areas prone to blackheads. Leave it on for 15 minutes and then rinse it off with warm water.

download (8)

Honey is also good for removing blackheads. Spread honey on the affected area and remove it after 15 minutes.

images (4)

Tuesday, March 12, 2013

Krusher,mcflurry atau snogurt


Assalamualaikum,

Sekali lagi memalukan diri sendiri. Lepas kes kulapuk tu,boleh pulak pergi termalukan diri di KFC. Agaknya tekanan darah yang tinggi ni buat jadi tak berapa betol agaknya kan.

Hany: dinner plate spicy. Krusher strawberry banana 1.

Kfc: strawberry banana xde. Yg lain ada.

Hany: asyik takde je.dlm menu ada. Oklah bagi mcflurry oreo je lah.

Kfc: ...... Apa kak?

Hany: haaa,ahaha ok umm dinner plate spicy. Itu je.

Kfc: ok bayar kaunter 2 yer

Siot la,ni kali ke2 dah order mcflurry di kfc. Dah teringin sangat ke nak mcflurry. Ahaha tapi tak boleh la menyumbang pada dorang kan. Takper takper kita ganti dengan snogurt la nanti. Yeahhh...

Serius,malu jugak la masa bayar and ambil dinner plate tu. ahaha habis nak buat camno, hadapi jer lah kan. Nasebbb ko lah!

Kulapuk,pengaruh tv!


Assalamualaikum,

Selalunya pengaruh tv ni budak budak la kan akan cepat dipengaruhi tv kan. Tapi, kali ni ianya kisah daku sendiri. Haishhh banyak sangat menonton.

Ada tengok 1 cerita ni,cerita ke eh. Umm ntah la apa kategori dia. Tapi dia pasal seorang lelaki yang menolong mereka yang telah menghadapi bencana alam la. Macam yang hany tengokni,family ni baru lepas mengalami kebakaran rumah. Hangus atap bilik tapi struktur rumah masih teguh berdiri.

Jadi lelaki ni offer diri untuk menolong. Dia berjanji dengan family ni yang mereka akan masuk rumah mereka dalam masa seminggu. Dia pun kumpulkan man power untuk buat kerja semua la. Sekali apa yang menghalang dia adalah KULAPUK. Dia dapati rumah tu banyak kulapuk,sebab rumah kayu kan.

Terus dia hentikan semua kerja sebab selagi kulapuk tu tak dihapuskan, maka sia sia kerja dia. Kulapuk boleh ganggu pernafasan kanak kanak dan orang tua.

Semalam,
Hany : saya sakit kepala la doktor

Dr : dah lama ke sakit?pagi ni ada makan ubat tak?

Hany : ubat takde. Dr petang semalam lg sakit tp hrni makin kuat sakitnya

Doktor keluarkan penembak suhu,tembak kt dahi,xde demam 36.5 je suhu. Cek tekak sambil bunyik aaaa. So far ok. Doktor amek stetoskop and pasang alat untuk cek blood pressure. 150/90.

Dr : selalu kalau awk pening kepala sebelum ni,tak pernah blood pressure awk tinggi. Kenapa kali ni tinggi.

Hany : ntah la doktor saya pun taktahu. Mungkin makan kot.

Doktor pun tulis ubat dan terangkan la blablabla..

Hany : doktor,saya sekarangni asyik gatal gatal la doktor. Di tangan dan kaki ni ha.

Dr : gatal macam mana. (Sambil cek lengan)

Hany : dia macam gatal miang tu la. Memang rasa nak garu sekuat hati.

Doktor terus ada makan benda2 yang sebelum ni tak pernah makan ker. Then doktor explain la semua benda sekali dengan ubat alergik bagai. Sebelum keluar,mulut ni gatal tanya.

Hany : doktor,kulapuk boleh sebab kan gatal tak?

Dr : haaa? Kulapuk? (Muka doktor macam terkejut dan dia terus senyum)

Hany : ha kulapuk yang ada kat kayu tu. saya ada tengok cerita ni. Rumah dia ada kulapuk,then bukan kulapuk ni bahaya gak ker. Kena musnahkan kulapuk ni.

Dr : awk ni kenapa jauh sangat sampai kulapuk ni. Tak ada lah. Rumah awak ada ke kulapuk.

Hany : ntahla,saya tanya kot kot la kulapuk tu saya tak nampak kan.

Dr : tak de tak de (muka doktor mcm nak tergelak)

Hany : habis ni pengaruh tv ker?

Dr : tak ada apa lah saya dah bagi ubat untuk gatal ni.

Cisss...muka doktor tu macam nak bantai gelak ke. Tapi tahan sebab depan pesakit kot. Yer lah benda kita tak tahu kan. Lepas dah keluar dr bilik doktor tu,baru lah terasa macam bodoh pulak tanya macam tu.

Takperlah pengaruh tv pun. Janji benda tak memudaratkan.


Sunday, March 10, 2013

Baby,mak dia & wet tissue


Assalamualaikum,

Orang kata kalau kita tak pernah lalui,jangan memandai nak ulaskan. Setuju? Yup,memang setuju,tapi ada sesetengah benda/perkara relevan dengan pernyataan ini dan ada yang tak relevan. Mungkin dengan tidak merasai nya tapi melalui penglihatan,penceritaan serta pengalaman yang dikongsi oleh rakan taulan. Jadi tak salah andai tidak melalui nya,tapi tetap mahu mengulas dan bercerita.

Baby,saat ini masih belum dikurniakan rezeki ini lagi,mana tahu esok lusa ada kan,aamiin. Doakan kami yer.

Ada tengok satu cerita ni, bukan cerita melayu la,cerita mat salleh. Eddie ni ada 2anak 1perempuan dalam 3thn dan 1lagi masih baby yang baru merangkak.satu hari eddie ni ada hal dan isteri dia pun ada hal,isteri dia polis. Lalu,eddie minta kawan baek dia (halamak lupa nama lak),ok andaikan la steven. Eddie minta steven jagakan anak dia yg 3tahun. Yang baby ntah hantar mana ntah. Steven bujang,hidup nak berfoya foya lagi.

Eddie pesan,apapun wet tissue adalah sangat penting.sampai berbungkis bungkus la dia bagi pada steven. Dia minta setiap apa yang bakal anak dia sentuh kena lap dengan wet tissue dulu.tempat duduk,meja,sudu,gelas nk minum semua kena lap dulu dengan wet tissue. Stress la si steven ni.dahla ken ajaga budak kena lap semua benda dengan wet tissue. Anak eddie ni tak ada sakit apa,cuma eddie adalah seorang yang terlalu pentingkan kebersihan.

Selepas sehari suntuk,steven akhirnya akui dan faham kenapa eddie ni terllau pentingkan kebersihan. Akhirnya steven pun dah gunakan wet tissue. Dah terikut ikut dah. Tengok betapa kuatnya pengaruh baby. Sehari jer cukup;)

Okay,kembali pada realiti kehidupan. Last week,di satu food court,tepi meja kitorang ada sornag ibu bersama dua anak. Lebih kurang anak eddie la. Tapi dua dua adalah lelaki. Yang abang ni tiba tiba turun dari kerusi dan terus duduk atas lantai sambil tepuk tepuk makanan atas lantai. Bagus sebab dia tak ambil dan suap mulut,hanya tepuk tepuk.

Maknya terus angkat dan mula mengesat anak dia ni dengan wet tissue.dari jari jemari sehingga ke siku,dari kaki hingga ke lutut dan seterusnya mulut. Lepas tu dengan si adik pun dikesat nya.

Yang abang di terus jalan jalan lari lari di food court tu. dia ada sentuh 2,3kerusi masa lari tu.mak dia angkat yang adik dan pergi ke arah abang,dan sekali lagi lap semua tangan dengan wet tissue. Dan terus berlalu dari food court.

Terus terbayang cerita si eddie ni. Ada sesetengah orang takde lah sampai macam tu sekali kan. Tapi mereka ni pasti ada alasan mereka sendiri kenapa mereka berbuat begitu. Mungki si anak ada masalah dengan kulit,atau mungkin tak ada masalah tapi memang jenis mak nya menjaga kebersihan.

Apapun,mereka ada alasan mereka tersendiri.

Yang masih belum ada ni,okay boleh ambil ini semua sebagai panduan.mungkin boleh nak amalkan macam tu nanti or mungkin akan berkata aahhh lecehla semua ni. End up depend pada individu.

**biarkan mereka teroka dunia,dedahkan mereka dengan benda benda yang relevan,semua tu penting untuk tumbesaran mereka;)**

Friday, March 8, 2013

Stoking,Cek,Paraben&Al-Mathurat

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sekarang kurang hapdet, hehehe kekangan masa.kekangan gitu ko…ni himpunan cerita lah kiranya.ok la kan, jimat space, jimat quota gambar.kang exceed limit…susahhhh;)

1) STOKING

Sekarang pergi kerja, pakai stoking suami. memang pelik la sebabnya kalau stoking lelaki ni kan tebal, mana sesuai untuk kasut, nanti jadi ketat la. tapi disebabkan stoking suami ni ada satu benda yang sangattt penting,maka redahkan aja.ketat pun ketat laaa, kita sumbat sumbat jugak kaki dalam itu kasut.

Material stoking ni, adalah besh sebab walaupun pakai lama, TIDAK BERBAU. Serius, mz pernah test, sebulan tak basuh stoking, tak ada bau masam, tak ada bau hapak. selalunya stoking cepat berbau sebab terperap je dalam kasut kan. terus bodek bodek mz nak stoking dia. cek punya cek, memang dua ikat mz beli, so ada 6pasang. terus senyum lebar.

IMG_5177 nampak jalur jalur sikit tu.

MZ beli kat jj.

2) CEK& AL-MATHURAT

Akhirnya sampai jugak cek dari nuffnuff. hehe cukupla nak renew domain tiap tiap tahun kan. dan dapat Al-Mathurat dari http://cintaitumisteri.blogspot.com/. Sampai rumah tadi, tengok tengok habis basah semua surat. sebab posmen tak masukkan betul beutl dalam box, dibiarkan nya surat terjulur keluar. haruslah basah kan.

IMG_5178 keringkan laju laju…

3) PARABEN

Hurmmm, baru jer mendapat kesedaran yang betul betul tentang bahayanya paraben ni. tapi tu lah, kebanyakan benda ada paraben ni. shampoo, shower gel, pencuci tuttttt wanita (sedih,sebab hany beli yang islamik punya, ada jugak rupanya). Lepas ni betul betul kena cari la yang free paraben ni. semua pasti dah tahu kan akan bahaya paraben ni kan. PARABEN <—klik untuk baca

Ni ada terbaca dekat fb pasal paraben. baca semua komen, ada yang marah, sebab statement kat link atas tu macam nak sabotaj perniagaan orang. ada yang berterima kasih sebab kongsikan benda ni.

yang pasti, terpulang pada individu tersebut la kan, kalau rasa nak teruskan guna walaupn dah tahu ada mengandungi, guna je lah, kalau tak guna so stop je lah kan.

**weekend ni akan mencari kedai yang menjual barangan bebas chemical dan pastinya halal, nanti sharing is caring yer….;)**

Thursday, March 7, 2013

kan…kan…kan………kan…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

ROCK OOO…antara filem yang ditunggu tunggu okey!!!Sebab ROCK pun dah tengok, bila ada sambungan ni uisshhh hati ni tak sabau sabau nak tengok. sama la macam hantu kak limah tu, bila ada sambungan beriya la pergi tengok. tapi hancuss luluh hati sebab tak seperti yang dijangka kan. Tak besh langsung.

Mula mula sebelum beli tiket tu, dah cakap la kat MZ, ishhh jangan la jadi macam kaklimah 2 kan, tak besh langsung. tapi, redho je lah, tengok je lah kan. Kebanyakan cerita Mamat Khalid ni boleh tahan besh la. contoh macam Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah. tapi yang Kala Malam bulan Mengambang tu, tak pernah tengok sampai habis. ntah macam mana cerita dia, tapi banyak menang anugerah kat FFM kan.

Kan..kan..kan… ni dialog Khir Rahman dalam Rock ooo…cara dia sebut tu memang lawak. Jalan cerita dia pun besh, cuma ending dia je mcm biasa. secara keseluruhan nya memang sangat besh untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.waaa ayat…

Bukan senang kan nak kembalikan zaman rock ni. Dengan kostum, persekitaran, lepas tu pelakon pun ada yang pernah lalui dan ada yang tak pernah kan. kena mendalami zaman rock tu sendiri. Mamat khalid dia macam titik beratkan semua benda even benda2 kecik, contoh satu scene tu

Amy mat Piah ni tengah mencangkung, sambil pegang plastik milo ais kot (sebab tak clear kaler air tu), sambil hisap straw, scene tu memang buatkn org gelak, walhal xde apa pun. then datang la jijo (khir rahman), mintak air tu…amy pun bagi la, sambil amy bercakap cakap…elok je si jijo ni nak sedut air, amy pergi tepuk jijo dari belakang…masa ni memang lawak…jijo tak semapt sedut lagi,lepas kena tepuk tu terkejut then sebab taknak air tumpah dia macam kedepan kan tangan dengan mulut2 dia macam mengejar straw untuk disedut. ahaha lawak kalau tengok.

Then, kebanyakan dialog dia selamba yaya, memang buat orang gelak. walhal macam biasa je. dari segi penyampaian tu kot buatkan kita gelak.

12-Belakang-Tabir-Filem-Rock-Oo-Rimba-Bara-Kembali Ha ngko bukan senang nak kumpulkan geng geng rockers…

Sape pernah tengok nyanyian Que masa FFM 25 baru ni. ha macam tu lah di nyanyi dalam filem ni. Buruk kan, hancus. tapi Q berjaya bawa watak ni. kena sangat.

Tapi rasanya buat mereka yang pernah lalui zaman kegemilangan rock ni, pasti mengimbau kembali kenangan lama. Endingnya, dia paparkan kembali atrikel dari akhbar masa zaman kegemilangan rock dulu. masa ni semua diam je menghayati. sambil dengar suara latar bercerita.

Secara keseluruhan dia, memang besh.ahaha mahap ler tak pandai sangat nak buat ulasan ni.

Rasanya ada lagi kot tengah ditayangkan…

Monday, March 4, 2013

Big Bad Wolf Fire Sale

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sedang berlangsung dan hari ni adalah hari terakhir. Bertempat di MIECC.

04-03-2013 14-11-16

Kitorang pergi semalam, ahad. ummm…Tak seronok sangat. ntah lepas tu macam malas nya nak pilih pilih buku. Maybe sebab kepenatan+mengantuk, dan maybe sebab dah hujung hujung dah, macam dah serabut sangat dah kat tempat tu.

IMG_5150

Ini jer yang kitorang beli…

Gile rugi kan, hanya 3 ni jer yang dibeli. hehehe…ntah pilih punya pilih, last last ini je yang kitorang beli. compare dengan yang tahun lepas…

Picture 063[3]

yang ni, semua dah setel baca kecuali buku bawah sekali tu.tak habis lagi.

**next time kalaua da, kena pergi awal awal, jangan hujung hujung ;)**

Berbasikal,Jogging,Kenduri Kahwin…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Hari ni beriadah di Taman Botani Putrajaya. owh kat sini bukan setakat nak exercise macam jogging, berbasikal, tapi kenduri kahwin pun boleh kat sini. Nak berkelah pun boleh.

IMG_5095

IMG_5097

IMG_5098   Pertandingan memancing BSN

IMG_5100

IMG_5101

IMG_5107   Bawa anak anak, sambil2 boleh kenalkan mereka dengan pelbagai jenis pokok kat sini. jangan risau,setiap pokok ada namanya…

IMG_5114 Label depan setiap pokok

IMG_5142 Label pada pokok

IMG_5119Daki

IMG_5113 

Bercabang…

IMG_5116 te*** ahaha…

IMG_5125 Laluan paku pakis. kiri kanan adalah paku pakis.juga disertakan nama setiap satunya…

IMG_5126 kanopi walk. eh betul ke nama dia. alaa macam jambatan tu…

IMG_5128 tak panjang sangat pun…

IMG_5132

Apalah yang dibacanya tu.

IMG_5118 turun…

IMG_5120 naik

IMG_5145 ha, kat sinilah tapak kenduri kahwin.tengok masih ada khemah lagi. dan kat sini jugak selalu nya family, beriadah. main bola tampar, badminton. sebelah sana tu ada mcm wakaf, so boleh la makan makan, berkelah la. tasik ada di sebelah sana jugak.

IMG_5146

Ini bangunan Morocco. boleh masuk ke dalam, tapi hari tu dah malas…ambil depan cukup ler.

Bolehla korang datang sini kan, bawak anak anak, family semua. sambil beriadah, sambil makan makan mengeratkan lagi silaturrahim… @Taman Botani Putrajaya.

~TQ Dear~

Followers