بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Thursday, March 14, 2013

Emosi buatkan badan tak sihat, kesian badan...


Assalamualaikum,

Bila seseorang itu tertekan, banyak kesan nya. Tekanan darah boleh naik,lepas sakit kepala pulak kan. Ahaha ni semua macam cerita diri sendiri jer ni. Kata personal blog kan, kan cerita pasal orang lain, mengumpat pulok.

Tekanan ni boleh berpunca dari banyak segi kan, kerja banyak, masalah kewangan, perangai seseorang ker,banyak benda lah kan boleh jadi penyebab nya.

Kalau sebelum ni,macam tak pernah rasa tertekan yang teruk. Tekanan yang sikit sikit tu kira okaylah. Masih boleh senyum senyum layan je. Tapi akhir akhir ni hany macam dah rasa sangat akan kesan nya tekanan ni.

Dannn,
Baru terasa emosi kita boleh sebabkan tekanan. Contoh terdekat,hari ni lepas banyak benda berkaitan kerja berlaku, dan lepas tu ada satu hal lagi yang buatkan macam suis dipetik tau,terus lemah semangat. Rasa down giler. Perasaan rasa sedih,sedih yang jenis sedih kecik hati tau, lepas tu rasa kecewa...betul betul terasa la semua ni. Rasa semua ni macam sangat jelas, macam mana boleh rasa masam masin tu,ha itulah rasa yang dialami hari.

Dan,lepas terasa semua perasaan ni, tiba tiba badan ni macam turut sama merasakan semua emosi tu. tiba tiba rasa tak sedap badan, rasa lemah Lemah yang macam dah larat sangat nak buat apa,cuma nak baring jer. Orang kata jangan layan perasaan macam ni kan. Tapi semuanya sangat jelas terasa,tak boleh langsung nak abaikan nak hindari.

Balik rumah,letak bag,basuh kaki tukar baju,terus melepek depan tv. Leganya dapat rehatkan badan. Lega sangat dapat baring. Ada lega tapi masih terasa tak laratnya tu. Hari ni betul betul akui yang emosi sangat mempengaruhi keadaan fizikal.

Alhamdulillah,
Ofismate semua jenis yang perangai macam macam ada. Boleh jugak gelak gelak dengan pelbagai ragam mereka.

Hari esok masih belum ku ketahui apakah keaadan perasaan dan fizikal ku ini. Harapnya perasaan dan badan ku ini mampu menempuhi dugaan serta cabaran yang telah ditetap kan olehNYA untuk diri ku ini. Aamiin...


9 comments:

Cinta Misteri said...

emosi tak stabil akan buatkan kita macam nak marah jer kannnn...nasiblah, kita ni byk arah tuju, rumah, opis, jalan, kalau yg duk terperak dlm rumah ue, taktau laaaa nak campak mana emosi diorg tue kannn

Cik Nur™ said...

mmg emosi akan terkait dengan ksihatan laa..

mmg tak dinafikan...

syalinda johari said...

hani, aku ada terbaca dalam satu blog, dan syukur juga aku terbaca blog tu.. pasal surah insyirah.. (alam nash roh laka sod rok) tuu..
ko baca surah ni banyak2 kali..insyaallahhh tenang sikit kekusutan dan lapang dada.. in shaa allah

Solehah Shamsuddin said...

akak tenangkan diri ye. jangan difikirkan masalah banyak2 sgt ye. kesihatan kena jaga juga :)

Mrs Velentine said...

betul tue emosi bila dah tak stabil buat apa pun tak kena

Cinta Misteri said...

emosi CiM hari ni baik2 jer, tu yg dtg jengah skali lg...

Arina Shamsul said...

hope lepas ni,semuanya baik2 dan selesai ye dear :) semoga hari mendatang ditempuhi dengan bersemangat dan tabah :)

N.Aima K said...

mudah2an tiaptiap hari akan bertambah lebih baik

9n0L4 said...

emosi ni kire mcm dalaman kite la kan. mmg berkait sgt dgn ksihatn kite. :)

Followers