Assalamualaikum,
Orang kata kalau kita tak pernah lalui,jangan memandai nak ulaskan. Setuju? Yup,memang setuju,tapi ada sesetengah benda/perkara relevan dengan pernyataan ini dan ada yang tak relevan. Mungkin dengan tidak merasai nya tapi melalui penglihatan,penceritaan serta pengalaman yang dikongsi oleh rakan taulan. Jadi tak salah andai tidak melalui nya,tapi tetap mahu mengulas dan bercerita.
Baby,saat ini masih belum dikurniakan rezeki ini lagi,mana tahu esok lusa ada kan,aamiin. Doakan kami yer.
Ada tengok satu cerita ni, bukan cerita melayu la,cerita mat salleh. Eddie ni ada 2anak 1perempuan dalam 3thn dan 1lagi masih baby yang baru merangkak.satu hari eddie ni ada hal dan isteri dia pun ada hal,isteri dia polis. Lalu,eddie minta kawan baek dia (halamak lupa nama lak),ok andaikan la steven. Eddie minta steven jagakan anak dia yg 3tahun. Yang baby ntah hantar mana ntah. Steven bujang,hidup nak berfoya foya lagi.
Eddie pesan,apapun wet tissue adalah sangat penting.sampai berbungkis bungkus la dia bagi pada steven. Dia minta setiap apa yang bakal anak dia sentuh kena lap dengan wet tissue dulu.tempat duduk,meja,sudu,gelas nk minum semua kena lap dulu dengan wet tissue. Stress la si steven ni.dahla ken ajaga budak kena lap semua benda dengan wet tissue. Anak eddie ni tak ada sakit apa,cuma eddie adalah seorang yang terlalu pentingkan kebersihan.
Selepas sehari suntuk,steven akhirnya akui dan faham kenapa eddie ni terllau pentingkan kebersihan. Akhirnya steven pun dah gunakan wet tissue. Dah terikut ikut dah. Tengok betapa kuatnya pengaruh baby. Sehari jer cukup;)
Okay,kembali pada realiti kehidupan. Last week,di satu food court,tepi meja kitorang ada sornag ibu bersama dua anak. Lebih kurang anak eddie la. Tapi dua dua adalah lelaki. Yang abang ni tiba tiba turun dari kerusi dan terus duduk atas lantai sambil tepuk tepuk makanan atas lantai. Bagus sebab dia tak ambil dan suap mulut,hanya tepuk tepuk.
Maknya terus angkat dan mula mengesat anak dia ni dengan wet tissue.dari jari jemari sehingga ke siku,dari kaki hingga ke lutut dan seterusnya mulut. Lepas tu dengan si adik pun dikesat nya.
Yang abang di terus jalan jalan lari lari di food court tu. dia ada sentuh 2,3kerusi masa lari tu.mak dia angkat yang adik dan pergi ke arah abang,dan sekali lagi lap semua tangan dengan wet tissue. Dan terus berlalu dari food court.
Terus terbayang cerita si eddie ni. Ada sesetengah orang takde lah sampai macam tu sekali kan. Tapi mereka ni pasti ada alasan mereka sendiri kenapa mereka berbuat begitu. Mungki si anak ada masalah dengan kulit,atau mungkin tak ada masalah tapi memang jenis mak nya menjaga kebersihan.
Apapun,mereka ada alasan mereka tersendiri.
Yang masih belum ada ni,okay boleh ambil ini semua sebagai panduan.mungkin boleh nak amalkan macam tu nanti or mungkin akan berkata aahhh lecehla semua ni. End up depend pada individu.
**biarkan mereka teroka dunia,dedahkan mereka dengan benda benda yang relevan,semua tu penting untuk tumbesaran mereka;)**
9 comments:
baby memang sensetif dengan kotoran kan kulit mereka ni masih lembut. kalau terkena kotoran akan beruam..jika tak diubati melarat..satu lagi, kan baby/kanak2 kalau pengang itu ini langsung ke mulut tu jari atau tangan..bahaya jika tak dilapkan...bagus entry ni
@etuza,
Ha'ah kulit baby sensitif kan. Lagi satu dr segi imun nak lwn penyakit semua kan. And better cegah sblm jadi apa2.baby bila sakit xboleh bagitahu mana sakitnya kan. Lainla org dewasa ni kan.
mmg penting wet tissue ni..dalam kereta patut ada sebungkus..dalam handbeg jugak kena ada sebungkus time kluar bawak budak2...tu yang handbeg harus sebesar besarnya....in shaa allah Hani, nanti ko jugak akan merasainya juga..amin ya rabbal aalamin.. jangan putus doa pada allah swt...
@syalinda,
Weh aku igt lg ms g us. Ahaha wet tissue smpai 6pack aku bwk.ye ah takde air kan.umm ok aku igt pesan ko ni. Henbeg aku pn skrg mmg besau2,hehe so dah practise awal2 ni hehehe
setuju..wet tissue penting...MV pun masa mama budak tue juga
@mv
Wet tissue dulu guna. Lepas tu smpai rumah mandikan balik. Hehe ok semua brsetuju akan kepentingan wet tissue ni.
kadang2 pkai hand sanitizer jer...
betul tu. apa yg kita lihat kan semuanya jd pengalaman & panduan.
tak de lah sampai macam tu buat kat anak, tpi bila lepas main, atau main kat luar tak pakai kasut, bila nak masuk rumah atau makan, suruh anak2 basuh tangan cuci2 dulu.. alhamdulillah, ok je setakat ni.. mungkin anak org tu de alahan sgt teruk kot..
Post a Comment