Ini Wilayah Hijau: kan…kan…kan………kan…


07 March 2013

kan…kan…kan………kan…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

ROCK OOO…antara filem yang ditunggu tunggu okey!!!Sebab ROCK pun dah tengok, bila ada sambungan ni uisshhh hati ni tak sabau sabau nak tengok. sama la macam hantu kak limah tu, bila ada sambungan beriya la pergi tengok. tapi hancuss luluh hati sebab tak seperti yang dijangka kan. Tak besh langsung.

Mula mula sebelum beli tiket tu, dah cakap la kat MZ, ishhh jangan la jadi macam kaklimah 2 kan, tak besh langsung. tapi, redho je lah, tengok je lah kan. Kebanyakan cerita Mamat Khalid ni boleh tahan besh la. contoh macam Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah. tapi yang Kala Malam bulan Mengambang tu, tak pernah tengok sampai habis. ntah macam mana cerita dia, tapi banyak menang anugerah kat FFM kan.

Kan..kan..kan… ni dialog Khir Rahman dalam Rock ooo…cara dia sebut tu memang lawak. Jalan cerita dia pun besh, cuma ending dia je mcm biasa. secara keseluruhan nya memang sangat besh untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.waaa ayat…

Bukan senang kan nak kembalikan zaman rock ni. Dengan kostum, persekitaran, lepas tu pelakon pun ada yang pernah lalui dan ada yang tak pernah kan. kena mendalami zaman rock tu sendiri. Mamat khalid dia macam titik beratkan semua benda even benda2 kecik, contoh satu scene tu

Amy mat Piah ni tengah mencangkung, sambil pegang plastik milo ais kot (sebab tak clear kaler air tu), sambil hisap straw, scene tu memang buatkn org gelak, walhal xde apa pun. then datang la jijo (khir rahman), mintak air tu…amy pun bagi la, sambil amy bercakap cakap…elok je si jijo ni nak sedut air, amy pergi tepuk jijo dari belakang…masa ni memang lawak…jijo tak semapt sedut lagi,lepas kena tepuk tu terkejut then sebab taknak air tumpah dia macam kedepan kan tangan dengan mulut2 dia macam mengejar straw untuk disedut. ahaha lawak kalau tengok.

Then, kebanyakan dialog dia selamba yaya, memang buat orang gelak. walhal macam biasa je. dari segi penyampaian tu kot buatkan kita gelak.

12-Belakang-Tabir-Filem-Rock-Oo-Rimba-Bara-Kembali Ha ngko bukan senang nak kumpulkan geng geng rockers…

Sape pernah tengok nyanyian Que masa FFM 25 baru ni. ha macam tu lah di nyanyi dalam filem ni. Buruk kan, hancus. tapi Q berjaya bawa watak ni. kena sangat.

Tapi rasanya buat mereka yang pernah lalui zaman kegemilangan rock ni, pasti mengimbau kembali kenangan lama. Endingnya, dia paparkan kembali atrikel dari akhbar masa zaman kegemilangan rock dulu. masa ni semua diam je menghayati. sambil dengar suara latar bercerita.

Secara keseluruhan dia, memang besh.ahaha mahap ler tak pandai sangat nak buat ulasan ni.

Rasanya ada lagi kot tengah ditayangkan…

Komen
5 Komen

5 comments:

Azi Azidah said...

DH LAMA XPI WAYANG HANY.. LG PN GENRE FILEM NI BUKAN MINAT AZI LA... :)

Mrs Velentine said...

dah ada anak ni dah lama tak pegi panggung..

Tihara said...

tgk promo dia pun mmg mcm best sangat..teringin la nak p tengok :)

fazilzura said...

lawak bile si Q berambut pjg

Cik Nur™ said...

Nur tak tgk lagi...
tp ramai yg ckp best...
citer ni lokasinya di taiping.. :)