بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Tuesday, March 12, 2013

Kulapuk,pengaruh tv!


Assalamualaikum,

Selalunya pengaruh tv ni budak budak la kan akan cepat dipengaruhi tv kan. Tapi, kali ni ianya kisah daku sendiri. Haishhh banyak sangat menonton.

Ada tengok 1 cerita ni,cerita ke eh. Umm ntah la apa kategori dia. Tapi dia pasal seorang lelaki yang menolong mereka yang telah menghadapi bencana alam la. Macam yang hany tengokni,family ni baru lepas mengalami kebakaran rumah. Hangus atap bilik tapi struktur rumah masih teguh berdiri.

Jadi lelaki ni offer diri untuk menolong. Dia berjanji dengan family ni yang mereka akan masuk rumah mereka dalam masa seminggu. Dia pun kumpulkan man power untuk buat kerja semua la. Sekali apa yang menghalang dia adalah KULAPUK. Dia dapati rumah tu banyak kulapuk,sebab rumah kayu kan.

Terus dia hentikan semua kerja sebab selagi kulapuk tu tak dihapuskan, maka sia sia kerja dia. Kulapuk boleh ganggu pernafasan kanak kanak dan orang tua.

Semalam,
Hany : saya sakit kepala la doktor

Dr : dah lama ke sakit?pagi ni ada makan ubat tak?

Hany : ubat takde. Dr petang semalam lg sakit tp hrni makin kuat sakitnya

Doktor keluarkan penembak suhu,tembak kt dahi,xde demam 36.5 je suhu. Cek tekak sambil bunyik aaaa. So far ok. Doktor amek stetoskop and pasang alat untuk cek blood pressure. 150/90.

Dr : selalu kalau awk pening kepala sebelum ni,tak pernah blood pressure awk tinggi. Kenapa kali ni tinggi.

Hany : ntah la doktor saya pun taktahu. Mungkin makan kot.

Doktor pun tulis ubat dan terangkan la blablabla..

Hany : doktor,saya sekarangni asyik gatal gatal la doktor. Di tangan dan kaki ni ha.

Dr : gatal macam mana. (Sambil cek lengan)

Hany : dia macam gatal miang tu la. Memang rasa nak garu sekuat hati.

Doktor terus ada makan benda2 yang sebelum ni tak pernah makan ker. Then doktor explain la semua benda sekali dengan ubat alergik bagai. Sebelum keluar,mulut ni gatal tanya.

Hany : doktor,kulapuk boleh sebab kan gatal tak?

Dr : haaa? Kulapuk? (Muka doktor macam terkejut dan dia terus senyum)

Hany : ha kulapuk yang ada kat kayu tu. saya ada tengok cerita ni. Rumah dia ada kulapuk,then bukan kulapuk ni bahaya gak ker. Kena musnahkan kulapuk ni.

Dr : awk ni kenapa jauh sangat sampai kulapuk ni. Tak ada lah. Rumah awak ada ke kulapuk.

Hany : ntahla,saya tanya kot kot la kulapuk tu saya tak nampak kan.

Dr : tak de tak de (muka doktor mcm nak tergelak)

Hany : habis ni pengaruh tv ker?

Dr : tak ada apa lah saya dah bagi ubat untuk gatal ni.

Cisss...muka doktor tu macam nak bantai gelak ke. Tapi tahan sebab depan pesakit kot. Yer lah benda kita tak tahu kan. Lepas dah keluar dr bilik doktor tu,baru lah terasa macam bodoh pulak tanya macam tu.

Takperlah pengaruh tv pun. Janji benda tak memudaratkan.


9 comments:

Cik Nur™ said...

adeh....sorilah Nur gelak..!

respek kat doktor tu sbb mampu tahan gelak...

lawaklah...!

konfiden tnya pasal kulapuk...hehehe

syalinda johari said...

huarhuarhuar..lawok2...klinik mana ko pegi tu?

fieza said...

agak2 pas kuar tu tak dgr, doktor gelak ke tak? hehe.. tapi kalau berhabuk tu, utk aknak2 mungkin boleh terjadi.. moga sihat selalu, hany..

-fiezaradzi-

Si Matatajam said...

Ha ha... Tv punya pasal la ni sampai terpengaruh ye dear..i o..

Nafisa81 said...

kulapok? cendawan ker?

Mrs Velentine said...

hahahaha..apalah,..ringgi Bp tue kena rehat..rsanya saya tengok rancangan tue kat Tv alhijrah ker?

Mrs Velentine said...

done u mobile

nik said...

haha..sure doktor tu cepat2 google pasal kulapuk..dia x sure tu..haha..

lelamaisara said...

kulapok tu ape tu..huhuuu...cendawan tu ke...

Followers