بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, March 08, 2013

Stoking,Cek,Paraben&Al-Mathurat

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sekarang kurang hapdet, hehehe kekangan masa.kekangan gitu ko…ni himpunan cerita lah kiranya.ok la kan, jimat space, jimat quota gambar.kang exceed limit…susahhhh;)

1) STOKING

Sekarang pergi kerja, pakai stoking suami. memang pelik la sebabnya kalau stoking lelaki ni kan tebal, mana sesuai untuk kasut, nanti jadi ketat la. tapi disebabkan stoking suami ni ada satu benda yang sangattt penting,maka redahkan aja.ketat pun ketat laaa, kita sumbat sumbat jugak kaki dalam itu kasut.

Material stoking ni, adalah besh sebab walaupun pakai lama, TIDAK BERBAU. Serius, mz pernah test, sebulan tak basuh stoking, tak ada bau masam, tak ada bau hapak. selalunya stoking cepat berbau sebab terperap je dalam kasut kan. terus bodek bodek mz nak stoking dia. cek punya cek, memang dua ikat mz beli, so ada 6pasang. terus senyum lebar.

IMG_5177 nampak jalur jalur sikit tu.

MZ beli kat jj.

2) CEK& AL-MATHURAT

Akhirnya sampai jugak cek dari nuffnuff. hehe cukupla nak renew domain tiap tiap tahun kan. dan dapat Al-Mathurat dari http://cintaitumisteri.blogspot.com/. Sampai rumah tadi, tengok tengok habis basah semua surat. sebab posmen tak masukkan betul beutl dalam box, dibiarkan nya surat terjulur keluar. haruslah basah kan.

IMG_5178 keringkan laju laju…

3) PARABEN

Hurmmm, baru jer mendapat kesedaran yang betul betul tentang bahayanya paraben ni. tapi tu lah, kebanyakan benda ada paraben ni. shampoo, shower gel, pencuci tuttttt wanita (sedih,sebab hany beli yang islamik punya, ada jugak rupanya). Lepas ni betul betul kena cari la yang free paraben ni. semua pasti dah tahu kan akan bahaya paraben ni kan. PARABEN <—klik untuk baca

Ni ada terbaca dekat fb pasal paraben. baca semua komen, ada yang marah, sebab statement kat link atas tu macam nak sabotaj perniagaan orang. ada yang berterima kasih sebab kongsikan benda ni.

yang pasti, terpulang pada individu tersebut la kan, kalau rasa nak teruskan guna walaupn dah tahu ada mengandungi, guna je lah, kalau tak guna so stop je lah kan.

**weekend ni akan mencari kedai yang menjual barangan bebas chemical dan pastinya halal, nanti sharing is caring yer….;)**

4 comments:

Chic Na said...

paraben tu mmg selalu ada dlm barang kosmetik kan. baru tahu bahaya.

Cinta Misteri said...

Alhamdulillah...dah smpi, harap sudi menerimanya.

Cheque basah takpe, bank masih boleh terima klau tulisan masih jelas. Tahniah....

Owh yaaa, actualy dlm ubat-ubatan pown ada byk paraben.

Cik Nur™ said...

Baru tahu pasal Paraben tu...
Bahaya jugakan....

Tihara said...

terutama yg nak basuk feminine tu kena check betui2 kan..bagus sharing,tq :)

Followers