• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Huiiiii sekejap sangat kan, Ramadhan dah nak sampai ke penghujung dah kan. Tiktoktiktok…dah tinggal beberapa hari lagi Ramadhan nak berakhir dan Syawal nak kunjung tiba. Macam macam perasaan ada. Dengan dah lama tak balik kampung kan, harus lah teruja nak balik kampung. Lepas tu, terfikir dan berdoa jugak semoga di panjangkan umur untuk ketemu Ramadhan lagi lepas ni…aamiin.
Alhamdulillah, tahun ni banyak perbezaan Ramadhan hany. Seriusly hany sangat gembira. Yer, tang berita gembira akan adanya nyawa lain di dalam rahim ni, sudah pastinya memang sangat menggembirakan… memang tak dapat di sangkal lah akan hal tu. tapiii, ada beberapa yang menggembirakan serta membuatkan Ramadhan kali ni berbeza.
TERAWIH;
1) Bukan nak berlagak ke apa, tapi kali ni memang sangat berlainan hany rasa. Alhamdulillah setakat hari ni hany masih mampu berterawih di surau sehingga ke imam mengaminkan doa. Syukur atas kesihatan serta mampu untuk berterawih di surau. Tahun sebelum ni memang hany ada terawih jugak, tapi 2minggu terakhir dah tak pergi, duk sibuk nak siapkan popia. nampak tak kat sini, duk kejar ke duit jer kan. tapi sekarang alhamdulillah…malam memang hany dah setkan takkan buat popia. so malam lepas terawih balik rumah, landing depan tv, lepak lepak jer…
2) Pergi terawih pun hany rasa macam semangat la, maybe sebab tak berapa sendat perut kot. Macam tahun tahun sebelumnya, selalu ada rasa MALAS, sebab perut dah la sendat, pastu rasa mengantuk. Tapi tahun ni Alhadmulillah, lepas makan tu memang la rasa sendat kan, dah makan nasik minum air banyakkk. Tapi lepas dah solat maghrib, tu rasa lega dah. Sambung solat Isya’ sambung terawih…memang dah tak rasa sendat perut tu. Siap lepas terawih lapar, mencari makanan jer lepas terawih. Maybe jugak sebab makanan kongsi dengan baby kan. Tu yang cepat lega tu.
3) Bersemangat pergi terawih sebab nak baby dengar bacaan ayat ayat Quran.hehe sendiri memanglah ada baca, tapi ntah perasaan nak baby dengar tu kuat sangat. Tu yang jadi bersemangat tu. Berkat ada baby lah ni…
MASAK;
Alhamdulillah, tahun ni pun banyak hany masak berbanding tahun lepas. hehe paling ketara adalah untuk sahur. kalau tak silap tahun lepas sahur memang tak masak langsung. Sama ada makan makanan yang simple atau beli. Tapi tahun ni memang banyak masak untuk sahur. Beli tu ada jugak lah, dia datang malas…pegi beli nasi goreng ke mee goreng ker. ha gitu lah. satu lagi sebabnya hany memang kena makan nasi untuk sahur, kalau tak memang tengahari je dah rasa lapar. so sebab tu lah rajin masak tu. masak memang simple lah, tidak la beriya sangat kan.
Gambar sekadar hiasan yer
Alhamdulillah…
Sedikit sebanyak perubahan kan. Sekurang kurang nya tahun semakin tahun ada perubahan ke arah kebaikan. Walau pun sikit, walaupun secoet tapi ada jugak kan. Setiap orang pastinya berbezaa dia punya perubahan. Jadi sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan…InsyaALLAH…aamiin…
Untuk sambutan Syawal, Hari Raya…Tahun ni memang tak ada buat baju baru. Sebabnya tak tahu dan tak pandai bajet, kot la perut memboyot sangat kan, nanti tak muat. Tapi setakat hari ni, nampaknya ke depan sikittt je. Jadi untuk jalan selamat pakai jubah je lah kan. Hany recycle je jubah yang dah ada. Lagipun sekarang tengah plan penjimatan
Suami pun pakai je baju melayu yang dah ada. tapi memang MZ tak buat baju melayu tiap tiap tahun, biasa 2tahun sekali la kan. Tahun lepas dah buat baru, so tahun ni recycle je. Kalau di panjangkan umur, di izinkan ALLAH…raya thaun depan la baru baut semua baru kan. aamiin.
Seronok tengok ramai dah start buat entry raya ni. suka tengok semua orang duk buat kuih raya, shopping baju anak anak, baju sendiri. alhamdulillah….korang camne? dah setel semua untuk raya nanti???