Ini Wilayah Hijau: Soalan Soalan Wajib Yang Akan Ditanya ;)


26 July 2014

Soalan Soalan Wajib Yang Akan Ditanya ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,




Pernah alami tak? Haha mungkin ada yang bertuah tak pernah ditanya soalan soalan seperti di atas. Dan pastinya hany selalu alami soalan no 2 tu yer. Untuk tahun ke 2 tahun ke 3,adalah mencabar dengan soalan soalan itu. Tapiiii itu lah lumrah.

Memang kita akan terasa sakit hati, geram, bermacam lagi lah kan. Sebabnya semua ni adalah diluar kawalan kita. Kalau kita yang kawal semua, sah sah la takkan keluar soalan soalan macam ni semua kan. Tapi, ALLAH itu maha kaya, maha mengetahui segalanya. Pasti ada hikmah untuk apa yang berlaku. Cuma kita ni manusia kan, memang tak lari dari perasaan sedih,tertanya tanya serta bermacam lagi lah.

Macam hany memang ada terasa jugak nak menjawab balik dengan semua pertanyaan tu. Tapi bila fikirkan balik, ntah kitorang hanya senyum dan jawab takde rezeki lagi. Se lagi suami pun tak suka kalau main jawab sesedap mulut. Nanti nampak la yang kita ni kurang ajar ke camne ke kan. Tapi bergantung pada individu lah, kalau memang rasa nak sound balik,terpulang. Masing masing punya pilihan kan.



Haaa...dengan kupon kat atas boleh buat duit raya ni. Haha print banyak2 lepas tu edar, kalau nak tanya soalan bagi duit dulu. Nanti saya jawab. Haha kalau ini macam udah berkepuk duit raya hany ni. Dari tahun 2009 orang start tanya kan. Haha very creative tau.hihihi

Aperpun, bagi yang mengalami situasi macam ni, especially yang bertanya kan soal anak ni...hany boleh komen yang ni lah sebab yang ni hany alami dan hadapi sendiri. JANGAN BERPUTUS ASA... REZEKI untuk setiap orang pasti ada. Hany akan buat entry lain lah pasal yang ni. Hany pun banyak kali down, bersedih, tertanya tanya kenapa aku yang alami benda ni, dan bermacam lagi...

Again, buat sahabat yang mengalami benda ni JANGAN BERPUTUS ASA, SENTIASA BERUSAHA...InsyaALLAH...ada rezeki untuk sahabat semua. Aamiin...

Komen
0 Komen

No comments: