Monday, July 14, 2014

Saat Menatap 2 Line

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Alhamdulillah usia kandungan hany dah masuk ke 23minggu. Dah 5bulan la kan? Haishhh itu pun susah nak kira. Hany tak pandai dan selalu je blur kalau orang tanya "dah berapa minggu ni" hany lagi senang nak ingat dalam bentuk bulanan. Hany punya kandungan lewat sebulan dari bulan terkini,kalau hujung Julai ni cukup la 6bulan. Jadi sebab tu kot senang nak ingat dalam bentuk bulanan ni ;)

Imbau kembali ke awal tahun 2014, Januari hany hantar resign letter. Yang ni kali ke2,sebab hujung 2013 dah hantar sekali tapi kena reject. Masa ni memang tak mengandung pun lagi. Dan hany resign bukan sebab mengandung. Pertengahan Jan hantar surat, notis 3bulan, jadi serve la notis tu. Pertengahan April baru habis. Januari jugak dapat interview F41 under kerajaan Negeri Terengganu.

Hujung 2013 sampai ke awal 2014, hany support projek di Seremban. Jadi boleh dikatakan setiap hari travel ke Seremban la. Sampaikan ada 1minggu tu bukan setakat balik 3,4 pagi tapi balik keesokan harinya. Biasalah kalau projek baru nak mula ni banyak kerja kan. Masa ni memang makan tak kawal la. Main bedal jer. Berselera sungguh makan. Satu lagi tempat baru so citarasa lain,tu yang sedap je makan.

Januari,Februari jugak la hany macam rasa sakit perut sangat. Macam mana nak explain pun tak tahu la,tapi memang tak pernah rasa sakit macam tu. 2hari berturut turut rasa sakit tu. Tak de syak apa apa sebab dah jenis kuat makan kan,kot la sebab terlalu banyak makan. Naseb tandas di tapak projek tu level sama,so tak payah jalan jauh. Cuma kena menapak naik turun tangga la kalau nak keluar makan ke apa ke kan. Masa ni jugak agak aktif sebab kadang kadang kena pergi bangunan lain kalau ada problem.

Tapi...ada 2 keinginan masa dalam tempoh travel ni. Seriusly hany teringin sangat nak minum HAZELNUT COFFEE yang dunkin donut tu. Tapiii takde di dunkin donut di hentian seremban kalau tak silap. Katanya hazelnut ni ada di dunkin donut belah belah KL je. 1 lagi hany teringin nak singgah makan lepak di HENTIAN SEREMBAN. Selalunya kalau balik petang memang kitorang tak singgah sebab nak cepat sampai dan nak elak jem.

Sampailah satu pagi,kerja siap dalam 2,3 pagi la. Bigboss ada sekali masa tu,bigboss tanya nak singgah minum minum dulu tak? Hany pun terus jawab nak,di rnr seremban. Naseb la semua pun okay. Haha heaven giler dapat singgah. Ntah ape yang besh ntah kat situ. Tapi perasaan nak menyinggah tu membuak buak (chewahhh ayattt).

Okayyy mari ke saat nya. Haha panjang benor mukaddimah kannn. Dalam pertengahan bulan 3, miss P tak datang datang. Last adalah Januari. Dalam hati hany terdetik macam ni jer "adoiiii nak jadi balik ke masalah P aku ni" sebabnya hany memang ada masalah P since 2000. Tapiiii start april 2013 P hany elok,setiap bulan dia hadir sampailah Januari 2014. Honestly memang tak terdetik langsung "aku mengandung ker". Husband pun macam tanya la tak P lagi ke bulan ni? Lama nya kan,last bulan 1. Lebih kurang macam tu lah.

Lepas tu,kecerdikan berlaku di sini. Bila mana hany pergi beli ubat kuruih. Sebabnya hany rasa tersangat gemuk dan berat naik menggila lah. Again,masih tak syak pun pregnant. Sebab hany kan kuat makan,jadi itu yang hany sangka. Bila produk tu sampai hany tak terus makan. Naseb baek sedikit cerdik. Hany beli UPT di watson. Yang ada 2 kali test. Weekend hany test -ve. Bila tengok result hmmm...takper lah. Boleh la amek ubat kurus tu kan. Yer lah konon hati hati lah kot pregnant tak payah la amek kan. Hany start minum 3 hari. Hari bekerja.

Pada pagi sabtu yang hening...pertengahan bulan 3, kitorang terjaga untuk solat Subuh awallll sangat. Sampai husband boleh pergi surau,selalu 6.15 or 6.30. Husband pergi surau,so dah alang alang bangun awal,orang kata elok mandi awal pagi. Hany pun masuk bilik air, lepas tu macammm "ada 1 lagi ni upt,test je lah kan..." Selang seminggu dari test yang pertama. Hany pun test lah. Kali ni macam excited lak,selalu tinggal jer mandi2 dulu baru tengok. Yang ni siap tunggu mengadap lagi. Tiktoktiktoktiktok ya ALLAH keluar 2 line. 2 line yang sangat terang okayyyy!

Masa ni tak payah cakap laaa...automatik airmata berlumba lumba turun mengalir. Siap menangis sampai teresak esak. Sambil pegang perut,sambil menangis sambil sebut "ya ALLAH, syukur, terima kasih" tak sedar dalam tandas sebut sbeut kalimah ALLAH ni. Mandi pun airmata laju mengalir bersama air mandian. Solat pun airmata keluar lagi. Serius,memang solat sambil menangis. Lepas solat doa panjatkan kesyukuran takyah cerita la kan.

Siap solat bawak turun UPT ke bawah. Sambil sobar menunggu husband balik dari surau. Sobar sobar...rasa lama la pulak haha. Mata dah bengkak sikit duk nangis je kan. Dengar bunyi enjin motor. Control lagi,konon nak pergi bukak pintu nak tunjuk UPT haha tapi tak buat la. Bila husband bukak je pintu, hany pusing terus cakap "B,syg mengandung!!!" dalam keadaan sebak. Lepas tu tunjuk UPT tu. Husband senyum dan ada la ayat ayat lepas tu. Panjang sangat nak cerita kan...hehe

Nak menunggu ke siang hari rasa macam lama sangat. Lamanya nak cerah. Sebab nak pergi klinik. Nak jugak pengesahan dari doktor. Sebab hany risau kot kot UPT tu murahan kesalah bagi result ke. Macam macam fikir weh. Ok pendek cerita,pergilah klinik Jameaton. Memang klinik ni pilihan utk ibu mengandung dan utk kanak kanak. Sekali bukan Dr.Jameaton pulok. Tapi demiii nak tahu jumpa jugak.masuk cerita blablabla nak scan. Dia letak je benda alah scan tu, pusing pusing tak jumpa. Terus jantung berdegup laju laju. Dia cari cari lagi tak jumpa jugak. Lepas tu dia cakap "awak datang balik la hari Isnin,jumpa dgn Dr.Jameaton. saya cari tak jumpa ni. Saya risau duduk LUAR RAHIM jer" okayyyy,lahi bertambah risau. Esok baru ahad weh. Lamanya nak tunggu isnin ;(

Pasrah...tunggu je lah Isnin menjelma. Nasib dia tak caj bayaran utk scan tadi sebab tak nampak kan. Lepas tu hany pergi beli UPT yg canggih sikit. Yang digital. Siap cakap kat husband. Nak beli yang macam Cik Ta tu. Yang tulis kat situ beraa minnggu dah pregnant. Over! Hamek ko harga boleh tahan utk 1 tu. Tak silap dekat rm30. Tapii beli jugak.haha bila test dia tulis dalam 5minggu. Sedap sikit hati kirnya 1st Upt tu tak menipu la. Tak lah rosak seperti yang ku sangka kan...

Okay esok la sambung balik.haha ni pun dah panjang sangat ni. Belum tentu ada yang betul btul baca. Ntah ntah baca part yang di bold kan je.

Sambungan disini... Menatap 2 line. ;)

9 comments:

RASHDAN ISA said...

sambungan please..heheheh

Mrs Velentine said...

lah sambungan please..hihi

Aty Fared said...

alhamdulillah... perancangan Allah kan.. :) sikit masa lagi jer tu..jaga diri bebaik key..

AzianKhalil said...

Alhamdulillahh....jaga diri dan landungan bebaikk..

Rohani Hashim said...

@Rashdan
@Ms Valentine

Esok yer sambungan ;)


@Aty
Alhamdulillah...tu la perancangan DIA yang terbaek kan


@Nafisa
Alhamdulillah...terima kasih nafisa

Fazita Ismail said...

Lah akk preggy ker..ya allah tahniah kakkkkkk..sonoknya dgar..xcited sgt2..tahniah tahniah tahniah kak..jaga diri lelok tau..

Rohani Hashim said...

@Fazita
Alhamdulillah...akhirnya ALLAH bagi rezeki utk akk setelah masuk 5thn menunggu ni. Alhamdulillah...tq fazita.

syalinda johari said...

aku yang sebak baca cerita ko ni..huwaaa...
hormon mengandung betul aku ni..

Rohani Hashim said...

@syalinda
Hahaha ko ni saja tau. Xpe xpe masa mengandung mmg camtu kot ;)

~TQ Dear~

Followers