Monday, July 21, 2014

Lipstik Ikut Warna Darah

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Betol ke lipstik ikut warna darah? Ke suhu darah? Main taruk jer kan...

Hany rasa ada pernah buat entry pasal lipstik D'herbs yang hany cuba. Rasanya dah masuk yang ke3 lah setakat ni lipstik D'herbs tu. Hany suka sebab simple. Tenyeh tenyeh kejap lagi dia tukar la kaler kan. Tapi tak tahan lama la. Kalau makan lagi la tak tahan lama. Ntah hany ok je lah selama guna lipstik tu.

Lepas tu terpengaruh dengan iklan dari Anugerah pasal lipstik wonder glow dia tu. Ynag model memang dah cantik kan, bila guna lipstik tu lagi la nampak cantik. Lama dah plan nak beli,last week baru berkesempatan. So terbeli lah 1. Haha ter okay...




Ha itu lah dia rupa lipstik dari dherbs dengan anugerah. Yang berdiri tu dari dherbs yang baring terlentang tu dari anugerah. Yang dherbs tu stick la, yang anugerah ala ala lipgloss.




Kaler dia putih yer. Bila dah sapu kat bibir nanti dia tukar la kaler tu. Jadi pink menawan ke,merah ke...tapi pada hany dia jadi pink pekat kot. Hany letak nipiss je sebab kalau banyak nanti jadi macam pelik je. Bibir hany ni jemis gelap,so boleh imagine la...tak berani cantik je kalau menyerlah sangat kalernya.

Katanya dikotak lagi,bukan boleh guna sebagai lipstik jer, tapi boleh juga sapu di pipi sebagai blusher. Hany tak pernah cuba lagi lah. Sebabnya warna dia ni kekal lama jugak. Kalau makan tu,dia hilang sikit je. So memang tak bernai nak apply as blusher. Kang jadi macam badut lepas tu tak hilang hilang...naya...

Setakat ni hany puas hati la guna dua jenis ni. Lagipun bukan jenis make up sangat. Sapu krim muka sikit lepas tu sapu lipstik. Setel!!! Jenis tak bermekap kannn... Bedal je lah mana yang sempat kan.

No comments:

~TQ Dear~

Followers