Ini Wilayah Hijau: Dah Pandai Mintak Budu...


16 July 2014

Dah Pandai Mintak Budu...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,
Budu ni selalunya sinonim dengan orang Kelate kan. Boleh dikatakan majoriti orang Kelate memang makan budu. Dari budak kecik sampai la ke warga emas,memang makan budu ni. Tapiiii orang dari negeri lain pun memang ada yang gemar makan budu ni kan. Mak ayah hany pun memang makan budu.

Tapiiiiiii...
Hany memang TAK MAKAN BUDU. Hehe ntah la hany tak boleh terima rasa dia. Tak tahu la camne nak explain. Walaupun dah berkahwin dengan orang Kelate ni,hany tetap tak makan budu. Suami je lah makan kalau kat rumah hany ni. Balik kampong tok sah cakap la kan...berjemaah makan budu ni.

Time nak makan,nak sediakan budu tu pun, suami yang buat. Hehe hany bawak mangkuk botol budu lada dan asam limau. Haaa buat la sendiri kan.hehehe...



Tapiiiiii kannn...

Sejak mengandung ni,hany dah START MAKAN BUDU!!! Hahaha serius memang makan,sama naik dengan suami. Terkejut jugak la. Suami siap cakap,tu lah dulu orang suruh makan tak mau. Tak cuba dah kata tak sedap. Habis memang tak boleh makan sebelum ni. Tapi la ni selamba je makan. Memang bila mengandung ni jadi lain macam kan.

Hai baby, awak ni memang nak jadi anok kelate sejati yer...dalam perut pun dah mintak budu eh...

Komen
3 Komen

3 comments:

Azi said...

budu elok hany untuk tambah hb. azi tadi cekap hb dah turun 10.3. matikla.. nasib nurse xsuruh datang 2minggu sekali

Azi said...

*checkup

Rohani Hashim said...

@azi
Ooo bgs eh utk hb. Ok la kalu gitu.haha alang2 br buleh mkn ni kan. Hany br checkup gak td.so far semua ok. Esok lak bsp.haishhh yg ni scary ni