Ini Wilayah Hijau: Aidilfitri & Ulangtahun...


01 August 2014

Aidilfitri & Ulangtahun...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri buat semua... Lama jugak hany tak update. Lepas tu semalam baru sedar domain dah expired. Haha sabar je lah. Tak perasan notification di hantar ke email yang jarang dibuka. Tapi nasib baik lepas bayar jer terus aktif domain ni. Takde lah kena tunggu beberapa jam.



Ini jer lah gambar di aidilfitri. Hehe tak berapa nak bergambar. Gambar ada di kamera adik ipar. Tahun ni memang hany dan suami tak beli baju baru pun. Pakai je baju lama. Suami memang xbuat baju melayu tiap tiap tahun. Hany lak recycle je jubah lama hany. Okaylah tak kesah sangat kan dah tua tua ni.

Ha, baju melayu suami pakai tu adalah baju masa majlis sambut menantu masa perkahwinan kitorang. Steady je suami masih muat. Majlis adalah 5tahun yang lalu. Baju hany??? Harapan la nak muat. Haha memang tak muat langsung dah. Sadisss betul la. Jeleshhhh i tau.

Semalam, 31julai...duk sembang dengan suami, pasal jiran dia kat kampung ada kenduri kawin. Lepas tu sebut la tarikh, 31julai...lepas tu suami cakap, "eh sama la dengan tarikh kita nikah" a'a lah hari ni la ulangtahun kan. Suami tanya lagi dah berapa tahun eh, alhamdulillah masuk tahun ke5. Serius dua dua tak ingat. Sabar je lah. Kalau tak sebut pasal kenduri jiran dia,memang tak ingat lah...




Gatai nak upload jugak. Sebab i nampak flawless sangat dalam ini gambar. Kikiki ceria gituh. Ni bersama sepupu sebelah suami. Remaja remaja semua lagi ha. Tapi tak nampak sangat i is tua kan...haha nak jugakkk...

Salam Aidilfitri buat semua....

Komen
2 Komen