بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, August 15, 2014

OKU pun OKU lah…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Cerita Raya baru ni. hehe ada lagi kan cerita pasal raya. alaa ni bukan cerita berhari raya, tapi cerita masa pulang dari kampung ke Selangor. Hany punya perjalanan adalah dari Terengganu ke Selangor. So ada pilihan la nak lalu mana kan. Kitorang lalu LPT2, masuk JKabor then masuk LPT1. Kitorang bergerak jam10 pagi…ALhamdulillah tak ada la tersekat dalam jem.

Kitorang stop di hentian Maran kalau tak silap. Untuk makan bekalan dan solat. Masa stop tu tengok tak adalah ramai orang, terus pergi Solat. elok siap solat…tiba tiba terasa nak tershishi (kencing) pulok. Jadi baik selesaikan dulu kot la depan depan nanti kan jemm. lagipun kalau dah pregnant ni memang asyik nak tershishi kan.

Elok je jalan ke toilet…mak aihhh Q panjang, smpai dah terkeluar dari toilet. Dalam hati berdoa “ ya ALLAH…permudahkan lah urusan aku” sebab nya risau, nak tershishi ni bukan boleh tahan kan. maunya dibuat tershishi time tu jugak…nangesss weh. memang Q panjang, lebih dari 20orang. hany dah risau giler ni.

Hany masuk Q, sambil usap usap perut, dalam hati…janganlah tershishi kat sini, janganlaaa…muka memang dah kelat laa ni. sekali ada sorang akak tu pandang hany sambil cakap…

”Pergilah guna toilet OKU tu…pergilah”

Hany pandang belakang, lepas tu pandang dia balik. sebab kot la dia cakap dengan orang lain. lepas tu dia ulang, sambil tunjuk toilet OKU kat sebelah. hany pun tanya;

“Boleh ke guna toilet OKU”

dia cakap, “pergilah, guna jer”

blue-oku-bumper-sticker

Allahuakbar! syukur giler…sebab memang tak tahan sangat. Rupanya dia nampak perut hany. dan dia tahu hany mengandung. serius, sebabnya perut hany kecik, hany pakai baju kurung. sekali pandang memang takkan perasan la.

Hany terus masuk toilet OKU, terus laksanakan hajat. hehe Alhamdulillah…

**kagum dengan orang yang Q, tak de sorang pun ambil kesempatan guna toilet OKU, smeua Q ikut turn**

4 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

ye kan.
respect !
hanya preggy berapa bulan ye.

Nafisa81 said...

Rauim dah makin besar dan menekan bladder. ..sbb tu asik nak terkucil aje..
tapi walaupun asik buang air...
buangannya sikit je...

Rohani Hashim said...

@momoy
Hany skrg 6bln lebih.

@nafisa
Ha tu lah.lagi lah hany kuat minum air masak kan. Skali dia dtg nk shishi tu huihhhh mcm xleh tahan langsung...

fazilzura said...

syukurrr di permudahkan
time ngdg mmg xleh tahan oooooooooo...

Followers