بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Thursday, August 28, 2014

Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil; SUSU KAMBING

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay, seterusnya antara usaha yang kitorang lakukan. Antaranya adalah mengamalkan SUSU KAMBING. Yer SUSU KAMBING. haha korang mesti dah terbayang dan reject, dengan mengatakan serta membayangkan KEHAMISAN susu kambing kan? seriussssly, TAK ADA LANGSUNG BAU HAMIS yer...di ulangi...TAK ADA!!!

Okay, kitorang ada tengok di FB ada orang share antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan meminum SUSU KAMBING. okay begini cara dia:

1)Ambil 4 biji Kurma; suami genggam 2 biji dan isteri genggam 2 biji
2)Selawat ke atas Rasullullah sambil berdoa mohon dimurahkan rezeki untuk dapatkan anak
3)Seterusnya kisarkan kurma (4biji) dengan 2 botol susu kambing segar (bukan 3in1 yer)
4)Lepas tu minum air susu kambing yang dikisarkan dengan kurma segelas seorang
5)Langkah 1-4 ni hany buat sekali je
6)Seterusnya, setiap pagi amalkan minum susu kambing sebotol seorang. maknanya suami sebotol, isteri sebotol. Setiap pagi.

Hany ada baca, ada Ustaz yang share cara ni di program Tanyalah Ustaz. Ustaz tu kata, alhamdulillah...majoriti pasangan yang amalkan cara ni, Alhamdulillah dikurniakan zuriat selepas setahun. Kitorang amalkan usaha ini awal tahun 2013. Tapi kalau tak silap kami sempat amalkan selama 4 bulan berturut turut, kerana susah nak dapatkan susu kambing segar. 

Ini lah rupa susu kambing yang kami ambil. Ini stok dalam peti ais kitorang. kecik comey je peti ais nya ;)

Kami selalunya ambil stok untuk 2minggu. kira 2minggu sekali pergi beli susu kambing. Letak pada bahagian sejuk beku kat atas. Nak minum untuk pagi esok, keluarkan dan letak di bahagian bawah supaya hilang bekunya. Macam tu lah rutin nya. Korang boleh google mana nak dapatkan SUSU KAMBING Segar ni, ni antara contoh nya:

1) SUSU KAMBING SALIZI


Hany pernah call jugak untuk order Susu Kambing Salizi ni, di hantar kerumah pun boleh, tapi area lembah kelang sahaja lah yer. Cubalah call kalau nak try.


2) SUSU KAMBING NUBIAN


Sila masuk ke web http://nubiangoatsmilk.com/ Penghantaran hanya 3 negeri tu je lah. sebab itu yang tertera di website dia. Tapiiii, kalau tak silap hany pernah tengok Susu Kambing Nubian di AEON (Jaya Jusco), Cold Storage. Cubalah cari kot jumpa.

Takpun, boleh cuba dapatkan susu kambing ni direct dari ladang kot, lagi murah kalau tak silap hany. 

Kalau boleh amalkan SUSU KAMBING SEGAR kalau untuk usaha hamil. Lagi elok yang segar berbanding dnegan yang paket serbuk tu. Tapi, kalau dah susah sangat nak dapatkan yang segar, boleh la kot ambil yang paket serbuk tu...wallahualam.

Untuk mereka yang berada di sekitar Putrajaya dan sekitarnya; boleh dapatkan susu kambing segar ni dari di Pasar Malam Putrajaya Hari Jumaat. Confirm ada. ada 2 tempat, 1 tu harga agak mahal RM8 sebotol, yang 1 lagi...dulu hany beli RM4.30. Untuk yang berada di Shah Alam atau sekitarnya, boleh pergi dapatkan di Pasar Pagi di Stadium Shah Alam. Kitorang memang beli di Pasar Putrajaya atau Pasar Shah Alam. Tapi memang cepat je habis. Sebab ramai yang beli. Kena pergi awal la...

Kitorang usaha ni awal tahun lepas, lepas tu sebab stok susah dapat plus kitorang start pergi jumpa doktor pakar, jadi perbelanjaan setiap bulan tu agak tinggi. Jadi kami stop ambil susu kambing ni. Kiranya sempat juga amalkan setiap hari minum susu kambing segar lebih kurang dalam 4bulan jugak la.

Okay, next entri yer, untuk usaha seterusnya. Ni semua memang usaha serta ikhtiar kami. Wallahualam, semua nya dari ALLAH yang makbulkan dan berikan rezeki NYA.

**Nabil Rajalawak pun amalkan petua ni jugak, baca kat sini **

5 comments:

Nafisa81 said...

Suka makan kambing ke...heheh

Rohani Hashim said...

Nafisa,
Hehe idok le suka makan kambing. Tapi susu kambing sbb usaha nk hamil kan
Tp dah rasa tu mmg boleh je nk terus amalkan sbb sedap ;)

Jejaka Penyu said...

susu kambing mmg banyak khasiat..tp mana yg tak boleh bau hamis dia mmg tak boleh nak minum kikiki

QasehnyaRania said...

sama la, saya pon pernah gak cuba mnum susu kambing dgn kurma tu.mmg beli yg nubian je. di tesco pon ada. setengah farmasi pon ada gak jual. cma dr segi harga boleh tahan la, kan !
pa pe pon usaha yg berterusan.

just sharing.. saya tunggu 6 tahun + jugak nak dpt permata hati yg pertama ni ..

Lazz Putrajaya said...

Boleh cuba Lazz Susu Kambing Kurma. Dah tak perlu nak blend. Bancuh terus. Amalkan 2 kali sehari sebelah pagi semasa sarapan dan sebelum tidur. InshaAllah kita ikhtiar.

Followers