Ini Wilayah Hijau: Barut Baby.. ;)


25 August 2014

Barut Baby.. ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Biasalah sikit sebanyak cerita pasal baby akan ada. Hehe paham paham la yer. Ha kali ni pasal barut baby. Hari ni pergi ambil dari membe hany. Dia tolong belikan kain dan tolong jahitkan sekali. Cakap je apa warna apa tema. Of coz la hany pilih hijau kannnn ;)

Hany memang tak suka bunga bunga ke corak binatang ke. Hany minta membe belikan yang kotak kotak atau jalur jalur. Yang sesuai untuk semua jantina, sebabnya tak tahu lagiii boy ke girl. Dia kepit je masa scan. Nak surprise la tuuu ;)



Ha gini ler ropenyer. Sebenarnya dah beli la jugak yang plain kaler putih tu,tapi tak la beli banyak sebab tu topup lagi ni. Sekarang ni semua benda dah ada yang siap kan. Ready made. Tinggal sediakan duit je ha. Beli,setel. Zaman dah berubah kan ;)

Hny ada la tengok yang dah siap yang kaerful sekarang ni. Hmmm kurang berkenan sikit sebab tali yang dia buat tu dari kain yang nipis tu dan lebar dia buat. Selalu kan tali barut kecik macam ni. Membe hany ada cakap yang jenis kain yang ready made tu, tali dia bila basuh nanti jadi gulung gulung sebab material dan size nya tu. Hmmm logik la kot kan. Selalu barut ni guna kain cotton kan. Tapi yer lah depend pada masing masing la kan.

So far,puas hati dengan barut ni.hehe walaupun tak guna lagi kannn. Dah depan mata ni rasa material tengok kualiti jahitan semua. Lepas tu membe hany buatkan 2 helai bedong. Besar dia buatkan. Biar besar dari tak muat kan. Barut dah banyak, bedong pun dah cukup...so setel la tang tu kan. Alhamdulillah...

Komen
4 Komen

4 comments:

fazilzura said...

wahh dh siap sedia yew..

kite gune yg mmg recycle dr makcik2 .. nenek wat , so agak beso skit dr yg beli kt luor tu .. kbtlan amni mmg besa ms lahir.. 3.6kg kan .. mmg barut yg beli tu sume x muat .. ngam2 pakai ms 2minggu pertama je

Rohani Hashim said...

Zura,
Haaa untunglah zura. Tu lah kan sebab tu hany pun buat ni. Beli kat luor risau gak n takot mcm sambil lewa je diorang buat.

Ala slow slow n sikit2 zura.lagipun sorg je keje kan kena la beli sikit2 ;)

Fiza Amran said...

as alam hany ,

dah pregnant ker.. alhamdulillah ... share la apa rahsia ... fiza pun tgh berikhtiar juga nie

Rohani Hashim said...

Fiza,
Alhamdulillah rezeki ALLAH dh smpai buat kami. Okay nanti hany share sikit sebanyak usaha kitorang yer.