بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Thursday, August 28, 2014

Pertama Kali....

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Pergi expo baby ;). Yer ni pertama kali hany pergi. Itupun sebab Baby & Kidz Expo ni adalah bertempat di Mines tu. Di sebabkan dekat,maka suami pun ikutkan ajer lah. Kalau di Midvalley ke, PWTC ke harapan la nak pergi. Suami tak mau sebab bersesak nak sampai satu hal kan.

Macam biasa mesti register dulu sebab mau dapatkan gift kan.hahaha normal kot. Even kalau pameran apa apa pun mesti nak register. Walaupun gift dia biasa biasa je, tapi kadang kadang besh hadiah dia. Beratur memang panjang, tapi sebab kaunter banyak jadi cepat je proses register tu. Ha ni lah barang barang yang dapat hari tu.




Yang cotton diaper tu, ada sekeping diaper brand BOSOMI dan sememangnya saiz newborn la dia bagi. Bosomi ni tak silap brand Korea dan baru mula bertapak di Malaysia kot. Memang tak ada di jual di Supermarket mcm Giant ke Jj ke Tesco ke, tapi boleh didapati di kedai kedai barangan baby. Owh lupa la berapa harga dia. ;)

Satu lagi yang menarik minat adalah coklat. Chewable coklat keluaran BIO-LIFE. Nama dia Chocbiotics. Ha gitu kelas nama. Ni rasanya coklat yang menyihatkan la. Setiap keping mengandungi 5calories jer ok. Keping besar mana tu? Haha ntah lah ;) tak google lagi pasal chocbiotics ni.

Hari tu hany tak de beli barang sangat pun sebabmacam dah ada semua je. Lagipun rasa macam tak banyak booth yang menarik. Tapi kalau nak beli stroller, carseat, barangan Avent tu memang banyak la. Tapi kitorang tak plan pun nak beli semua ni lagi.

Hany beli blanket je satu lagi buat tambah sebab dah beli satu sebelum ni dan beberapa helai seluar. Lepas tu beli minyak kelapa dara brand Tropika tu yang perisa blackcurrent tu. Itu jer lah. Haha macam tak berbaloi lak pergi kan. Tapiiii takpe kurang kurang exercise berjalan jalan ;)

Kalau tak silap september ni ada lagi expo baby ni, di PICC Putrajaya dengan di PWTC. Kalau pergi confirm la pergi yang PICC kan. Dah dekat sangat tu...

5 comments:

Azi Azidah said...

masa memula ada anak tu rajin pi ekspo & warehouse sales. la ni dah malas dah hany. anak ketiga ni ada dua tiga lai je baju baru... huhu... yang PICC tu cam nak pi je dekat...hihihi perempuan...

Rohani Hashim said...

Azi,
Haha tu lah kan org cakap anak 1st semua benda la excited kannn. Tapi sebab brg2 baju baju dah ada kan utk ank ke2 dan seterusnya,tu yg xpegi sgt kot kan ;)

Haaa dah dekat tu pegi la azi.

Rohani Hashim said...
This comment has been removed by the author.
syalinda johari said...

Hani, nnt kita gi yg kat PICC tu wei..tapi kalau aku tak bersalin lagi la..wakakkaa

fazilzura said...

sure xcited kan ?

kitrg kalau pi , x pnh dftr pun cz dtg mlm ..

tp selau nye lain yg niat nk beli , lain yg di beli kui3...

Followers