Assalamualaikum,
- Subscribe to RSSkeep updated!
Friday, August 29, 2014
Rindu QoQo Stevia
Assalamualaikum,
Thursday, August 28, 2014
Pertama Kali....
Assalamualaikum,
Pergi expo baby ;). Yer ni pertama kali hany pergi. Itupun sebab Baby & Kidz Expo ni adalah bertempat di Mines tu. Di sebabkan dekat,maka suami pun ikutkan ajer lah. Kalau di Midvalley ke, PWTC ke harapan la nak pergi. Suami tak mau sebab bersesak nak sampai satu hal kan.
Macam biasa mesti register dulu sebab mau dapatkan gift kan.hahaha normal kot. Even kalau pameran apa apa pun mesti nak register. Walaupun gift dia biasa biasa je, tapi kadang kadang besh hadiah dia. Beratur memang panjang, tapi sebab kaunter banyak jadi cepat je proses register tu. Ha ni lah barang barang yang dapat hari tu.
Yang cotton diaper tu, ada sekeping diaper brand BOSOMI dan sememangnya saiz newborn la dia bagi. Bosomi ni tak silap brand Korea dan baru mula bertapak di Malaysia kot. Memang tak ada di jual di Supermarket mcm Giant ke Jj ke Tesco ke, tapi boleh didapati di kedai kedai barangan baby. Owh lupa la berapa harga dia. ;)
Satu lagi yang menarik minat adalah coklat. Chewable coklat keluaran BIO-LIFE. Nama dia Chocbiotics. Ha gitu kelas nama. Ni rasanya coklat yang menyihatkan la. Setiap keping mengandungi 5calories jer ok. Keping besar mana tu? Haha ntah lah ;) tak google lagi pasal chocbiotics ni.
Hari tu hany tak de beli barang sangat pun sebabmacam dah ada semua je. Lagipun rasa macam tak banyak booth yang menarik. Tapi kalau nak beli stroller, carseat, barangan Avent tu memang banyak la. Tapi kitorang tak plan pun nak beli semua ni lagi.
Hany beli blanket je satu lagi buat tambah sebab dah beli satu sebelum ni dan beberapa helai seluar. Lepas tu beli minyak kelapa dara brand Tropika tu yang perisa blackcurrent tu. Itu jer lah. Haha macam tak berbaloi lak pergi kan. Tapiiii takpe kurang kurang exercise berjalan jalan ;)
Kalau tak silap september ni ada lagi expo baby ni, di PICC Putrajaya dengan di PWTC. Kalau pergi confirm la pergi yang PICC kan. Dah dekat sangat tu...
Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil; SUSU KAMBING
Assalamualaikum,
Wednesday, August 27, 2014
Bedong Moden
Assalamualaikum,
Haaa kali ni nak bercerita pasal bedong baby pulok. Sebelum ni pasal barut kan. Bedong ni macam kitorang takder lah mencari yang khusus sebab fikirkan boleh je gunakan kain lampin tuje kan. Alaaa mcm zaman kita dulu mak mak guna kain lampin je kan buat bedong. Senang citer kan.
Kain lebihan buat barut, membe hany buat la bedong tu 2helai. Besor jugak la...tapi okaylah besar kan dari kecik nanti kan tak muat. So ada lah 2 bedong kalerfull, kain lampin pun boleh kan. Jadi memang tak risau lah pasal bedong ni kan.
Alhamdulillah...rezeki baby la kan. Hany pergi beraya rumah sedara baru ni. Dia keluarkan 1 beg kertas tu. Dalam tu ada barang barang baby. Baju la kebanyakan nya. Dia kata bos dia bagi dan kebetulan anak anak dia takde yang tengah mengandung sekaran,so rezeki kitorang dia bagi kat kitorang je lah. Katanya,campur campur ada yang pernah digunakan dan ada memang tak guna lagi pun..Alhamdulilah...
Esoknya, keluarkan barang barang. Hehe semuanya romper. Hihihi sama size lak tu tapi pelbagai kaler lah. Tak silap dalam 18helai jugak. Lepas tu stoking, jumpsuit ke apa orang panggil..dan ada bedong moden. Alaaa yang ada zip tu.
Hany memang pernah tengok la iklan kat dalam pama tu. Tapi memang tak terfikir langsung nak beli. Tup tup tup dapat ni ha. Ok lah boleh la kita gilir gilir nanti ye baby. Haha mz cakap macam barut nangka pulok. Macam macam zaman sekarang ni kan. Creative betol la diorang ni kan. Maybe nak senangkan ibu yang berpantang sendiri kot.
Alhamdulillah...rezeki baby kan. Semoga sentiasa murah rezeki...aamiin ;)
Tuesday, August 26, 2014
Ikhtiar dan Usaha Untuk Hamil; Homeopati
Assalamualaikum,
** Klik sini untuk info klinik homeopati ni http://farmasi.hhhomeopathy.com/ **
Monday, August 25, 2014
Barut Baby.. ;)
Assalamualaikum,
Biasalah sikit sebanyak cerita pasal baby akan ada. Hehe paham paham la yer. Ha kali ni pasal barut baby. Hari ni pergi ambil dari membe hany. Dia tolong belikan kain dan tolong jahitkan sekali. Cakap je apa warna apa tema. Of coz la hany pilih hijau kannnn ;)
Hany memang tak suka bunga bunga ke corak binatang ke. Hany minta membe belikan yang kotak kotak atau jalur jalur. Yang sesuai untuk semua jantina, sebabnya tak tahu lagiii boy ke girl. Dia kepit je masa scan. Nak surprise la tuuu ;)
Ha gini ler ropenyer. Sebenarnya dah beli la jugak yang plain kaler putih tu,tapi tak la beli banyak sebab tu topup lagi ni. Sekarang ni semua benda dah ada yang siap kan. Ready made. Tinggal sediakan duit je ha. Beli,setel. Zaman dah berubah kan ;)
Hny ada la tengok yang dah siap yang kaerful sekarang ni. Hmmm kurang berkenan sikit sebab tali yang dia buat tu dari kain yang nipis tu dan lebar dia buat. Selalu kan tali barut kecik macam ni. Membe hany ada cakap yang jenis kain yang ready made tu, tali dia bila basuh nanti jadi gulung gulung sebab material dan size nya tu. Hmmm logik la kot kan. Selalu barut ni guna kain cotton kan. Tapi yer lah depend pada masing masing la kan.
So far,puas hati dengan barut ni.hehe walaupun tak guna lagi kannn. Dah depan mata ni rasa material tengok kualiti jahitan semua. Lepas tu membe hany buatkan 2 helai bedong. Besar dia buatkan. Biar besar dari tak muat kan. Barut dah banyak, bedong pun dah cukup...so setel la tang tu kan. Alhamdulillah...
Sunday, August 24, 2014
Naseb ko lah yer...cuai ;(
Assalamualaikum,
Friday, August 22, 2014
Pre-Loved Item? Apa Kata Anda?
Assalamualaikum,
Haaa masih banyak open house kah weekend ni? Dah semakin hujung Syawal ni rasanya banyak lagi yang buat open house kan. Kitorang ada hari sabtu 1, rumah exopismate dan ahad 1 di surau taman kitorang. Alhamdulillah...rezeki kan...
Okay,berbalik pada tajuk. Barang barang pre-loved...apa pendapat anda? Kiranya barang barang yang telah digunakan, tetapi dijual kembali dan masih dalam keadaan elok. Kan selalu ada yang jual preloved item ni. Henbeg ke,kasut ke,baju ke,barang barang baby ker...so bagi anda macam mana?
Bagi hany lah,hany tak kisah untuk beli preloved item ni. Tapiiii tetap hany elakkan dari beli secara online terutamanya kasut,baju. Sebab orang extra size macam hany ni kena cuba,kalau tak susah. Tak kira lah baru ke preloved. Untuk barang baby pulak...setakat ni memang tak ada lagi beli barang preloved. Online pun tak ada beli pun. Semua nya walk in la.
Untuk anak pertama ni memang banyak benda jugak kan kena beli. Sebab tu hany mencari jugak barang preloved ni. Hany tak kisah baju ke apa ke kan. Janji masih elok dan boleh dipakai. Macam carseat ke stroller ke memang tak beli pun lagi. Macam nak cari yang preloved la hehe...
So korang,kalau ada preloved item tu...inform lah ye. Kot kot la ada rezeki hany nak beli kan. Baju ke apa ker,hehe okay je untuk beki preloved item ni kan. Kot ada yang dah nak stop beranak...dan banyak lagi barang barang baby yang masih elok, war war kan lah ye ;)
Preloved item...yayyyyy or nayyy ;)
Friday, August 15, 2014
OKU pun OKU lah…
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Cerita Raya baru ni. hehe ada lagi kan cerita pasal raya. alaa ni bukan cerita berhari raya, tapi cerita masa pulang dari kampung ke Selangor. Hany punya perjalanan adalah dari Terengganu ke Selangor. So ada pilihan la nak lalu mana kan. Kitorang lalu LPT2, masuk JKabor then masuk LPT1. Kitorang bergerak jam10 pagi…ALhamdulillah tak ada la tersekat dalam jem.
Kitorang stop di hentian Maran kalau tak silap. Untuk makan bekalan dan solat. Masa stop tu tengok tak adalah ramai orang, terus pergi Solat. elok siap solat…tiba tiba terasa nak tershishi (kencing) pulok. Jadi baik selesaikan dulu kot la depan depan nanti kan jemm. lagipun kalau dah pregnant ni memang asyik nak tershishi kan.
Elok je jalan ke toilet…mak aihhh Q panjang, smpai dah terkeluar dari toilet. Dalam hati berdoa “ ya ALLAH…permudahkan lah urusan aku” sebab nya risau, nak tershishi ni bukan boleh tahan kan. maunya dibuat tershishi time tu jugak…nangesss weh. memang Q panjang, lebih dari 20orang. hany dah risau giler ni.
Hany masuk Q, sambil usap usap perut, dalam hati…janganlah tershishi kat sini, janganlaaa…muka memang dah kelat laa ni. sekali ada sorang akak tu pandang hany sambil cakap…
”Pergilah guna toilet OKU tu…pergilah”
Hany pandang belakang, lepas tu pandang dia balik. sebab kot la dia cakap dengan orang lain. lepas tu dia ulang, sambil tunjuk toilet OKU kat sebelah. hany pun tanya;
“Boleh ke guna toilet OKU”
dia cakap, “pergilah, guna jer”
Allahuakbar! syukur giler…sebab memang tak tahan sangat. Rupanya dia nampak perut hany. dan dia tahu hany mengandung. serius, sebabnya perut hany kecik, hany pakai baju kurung. sekali pandang memang takkan perasan la.
Hany terus masuk toilet OKU, terus laksanakan hajat. hehe Alhamdulillah…
**kagum dengan orang yang Q, tak de sorang pun ambil kesempatan guna toilet OKU, smeua Q ikut turn**
Thursday, August 14, 2014
GDM masa mengandung
Assalamualaikum,
Saat ni masih berada di KK,Klinik Kesihatan la...untuk checkup. Ni tengah tegar menunggu jam 11pagi, untuk ambil darah. Semalam dah checkup perut. Sepatutnya boleh sekalikan,tapi disebabkan semalam ken ajumpa pakar keluarga,maka tak boleh ubah ke hari ni. Jadi melanguk la 2hari kat kk ni. Naseb ko tak kerja kan,kalau tak asyikla time off.
Hany sebenarnya ada GDM. Ala google la nama saintifik dia. Tapi dalam bahasa mudah kencing manis semasa mengandung. Harapnya lepas bersalin takde dah.aamiin. Hany minum air gula waktu 4bulan,then tak lepas...bacaan tinggi. Makanya kena lah buat BSP,blood sugar profile. Amek darah sebanyak 4kali sehari. Hamek ko kan...
Mula mula dapat call dari nurse,cakap ada kencing manis ni dan kena ambil darah 4kali sehari...seriusly hany stress...down giler rasa. Siap nangis nangis sebab takut. Lepas tu pergi pulak google apa effect semua kan. Huiiii lagi lah scary. Dahla hari tu puasa,siap taknak masak lagi,taknak makan...sebab takot. Haha kelakar lak bila difikirkan balik. Naseb baek la sepupu duk nasihat jangan stress nanti effect kat baby semua kan...okaylah sikit sebab fikirkan pasal baby.
Lepastu pergilah buat BSP. Jumpa doc dia explain la semua kan. Huiiii masak jugakla cara makan yg doc explain tu. Ada buah xboleh makan,makan pun sikit je.haishhh bertabah la.
Lepas tu jumpa pakar pemakanan. Baru lah lega sebab dia ajar mcm mana cara makan semua. Tak la seteruk yang doc explain. Nanti hany tempek jadual pemakanan dia bagi. Sambil sambil jaga makan,banyak kan minum air masak,hany juga ambil SOLE, alhamdulillah...memang terkawal la.
Mulanya kena ambil darah ni 2minggu sekali,tapi sekarang dah jadi sebulan sekali. Sama macam checkup la. Tapiii masa puasa dengan raya memang hany tak boleh control. Haha makannn aje. Ye lah bukan senang nak jumpa makanan yang kadang kadang hanya ada masa puasa dan raya sahaja kan. Gasak laaa...makan jugak. Naseb la masih terkawal bacaan kan. ;)
Alhamdulillah...terima je dengan redho. Dah ini bahagian hany kan. ALLAH bagi sedap selera makan,tak der mabuk langsung,takd er muntah muntah dari awal mengandung. Tapi ada gdm kan. Takper lah balance la kan. Setiap orang berbeza dugaan dia kan.
Thursday, August 7, 2014
Nasi
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Alhamdulillah…Raya baru ni memang banyak makan makanan berunsurkan NASI. dan semuanya adalah nasi yang sememangnya sangat disukai oleh mek..hehe. patut la semakin kembang, makan nasi sokmo kan
Nasi Dagang…
Nasi Minyak
Nasi Lemak
Nasi Kuning
Nasi Kunyit
Ha kesemua jenis nasi di atas hany dapat makan masa balik raya baru ni. Alhamdulillah…puas hati. bukan lah hany mintak siapa siapa masak, tapi alhamdulillah rezeki. Pergi rumah tu ada nasi dagang, rumah ni nasi kuning…ni namanya rezeki kan.
Nampak tak kebanyakan guna ikan kan, ikan tongkol a.k.a IKANG AYA orang Ganu panggil. Tapi nasi minyak tu ada jugak gunakan ikan, ayam…tengok pada keadaan la kan.
Alhamdulillah rezeki…hehe suka la dapat semua makanan kegemaran ni kan. CUma raya baru ni tak dapat makan satay je. Tapi xpe, satay boleh je makan bila bila kan, kat sini pun banyak. tapi nasi nasi ni sah sah la kalau kat sini taksesedap kat ganu kan. ‘'
Friday, August 1, 2014
Aidilfitri & Ulangtahun...
Assalamualaikum,
Salam Aidilfitri buat semua... Lama jugak hany tak update. Lepas tu semalam baru sedar domain dah expired. Haha sabar je lah. Tak perasan notification di hantar ke email yang jarang dibuka. Tapi nasib baik lepas bayar jer terus aktif domain ni. Takde lah kena tunggu beberapa jam.
Ini jer lah gambar di aidilfitri. Hehe tak berapa nak bergambar. Gambar ada di kamera adik ipar. Tahun ni memang hany dan suami tak beli baju baru pun. Pakai je baju lama. Suami memang xbuat baju melayu tiap tiap tahun. Hany lak recycle je jubah lama hany. Okaylah tak kesah sangat kan dah tua tua ni.
Ha, baju melayu suami pakai tu adalah baju masa majlis sambut menantu masa perkahwinan kitorang. Steady je suami masih muat. Majlis adalah 5tahun yang lalu. Baju hany??? Harapan la nak muat. Haha memang tak muat langsung dah. Sadisss betul la. Jeleshhhh i tau.
Semalam, 31julai...duk sembang dengan suami, pasal jiran dia kat kampung ada kenduri kawin. Lepas tu sebut la tarikh, 31julai...lepas tu suami cakap, "eh sama la dengan tarikh kita nikah" a'a lah hari ni la ulangtahun kan. Suami tanya lagi dah berapa tahun eh, alhamdulillah masuk tahun ke5. Serius dua dua tak ingat. Sabar je lah. Kalau tak sebut pasal kenduri jiran dia,memang tak ingat lah...
Gatai nak upload jugak. Sebab i nampak flawless sangat dalam ini gambar. Kikiki ceria gituh. Ni bersama sepupu sebelah suami. Remaja remaja semua lagi ha. Tapi tak nampak sangat i is tua kan...haha nak jugakkk...
Salam Aidilfitri buat semua....
Followers
Jalan Jalan
Popular Posts
-
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • Assalamualaikum, Kalau bab popia ni, tak kira lah, popia simpul ke, popia gu...
-
Assalamualaikum... Se'eh dan So'oh, bunyi dan eja pun berlainan...tapi membawa maksud yang sama. Maknanya adalah keadaan dimana per...
-
Taknak berkias kias, merapu merapan…ni ha hany nak bertanya, korang tahu tak LAICI DALAM TIN tuh? ha hany nak bertanya, LAICI DA...
-
Ha warna versi Ganu dah buat, maka hari ni, kita pergi ke Kelate pulok yer. ini pun sumbangan MZ lah. hany memang tarak tahu loghat kelat...
-
LEBONG yer kawan kawan! Cara sebut LEBONG: LE – bunyik macam LE dalam perkataan LE BAH BONG – bunyik BONG tu macam perkataang BONG K...