Assalamualaikum,
Hehehe bercerita pasal benda yang dah lepas. Amalan yang dilakukan semasa mengandung. Hmmm sebenarnya kalau tak silap takder lah extreme benar amalan yang hany amalkan masa mengandung, cuma adalah kan sikit sikit. Itupun setelah ramai kawan kawan yang share.
Dari Segi Pemakanan...
1) Vitamin yang klinik bagi hany makan ikut keadaan.hehe ada ingat makan tak ingat tak makan la. Tapi hany ada amalkan QASEH GOLD dan SOLE.
2) Disebabkan hany ada GDM, memang hany jaga makan. Guna beras perang, gula perang, makan tengahari pun makanan ikut piramid makanan. Nasi sikit,sayur banyak lauk pun banyak.
3) Hany gemar nescafee. Tapi bila mengandung masih tak dapat tinggalkan nescafee. Cuma hadkan pengambilan. Seminggu sekali atau 2kali minum nescafee ni.
4) AIR KELAPA, memang hany amalkan 2kali seminggu sejak masuk 6bulan mengandung. Ikut napsu nak hari hari tapi sebab mahal maka 2kali je seminggu.
Amalan lain:
1) MENGAJI
- Kebanyakan membe membe pesan kat hany, kalau boleh khatamkan Quran sekurang kurangnya sekali sepanjang mengandung ni. Kalau boleh acapkali lagi bagus. Hehe kental hany cuba habiskan. Alhamdulillah...berjaya habiskan.
2) AMALKAN SURAH SURAH SEMASA HAMIL
- Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman. Hany pemalas sikit hany beli cd pasang kt kete. Nak pergi check up pagi pagi pasang. Lepas tu cd hafiz hamidun pun ada.
- Tapi, masa kat kampung Ganu, hany rajin baca sendiri surah surah ni. Sebabnya tak der apa nak buat. Tv pun takdok astro. So sangat cemerlang semua baca sendiri.
3) BANYAKKAN BACA SURAH YASSIN
- yang ni pun ada membe pesan banyakkan baca surah Yassin. So memang buat la. Hany pemalas jugak, tapi setiap malam khamis pergi surau, so baca beramai ramai. Bila balik kampung Ganu, bacaan dari masjid boleh dengar dari rumah hany. So bila ornag di masjid baca, hany akan ingat dan buka Quran baca. Rasa bersalah kalau tak baca ;)
Alhamdulillah...hany rasa sepanjang mengandung hanu takde banyak karenah sangat, mabuk morning sickness pun takde. Tu makan sedap sangat tu. Lepas tu setakat hany rasa memang takder lah nak emo emo sangat. Tpai tak tahu lah orang sekeliling hany ada rasa kot ;)
So far itu lah sikit sebanyak amalan hany semasa mengandung. Mungkin tak lah selengkap mahupun sebagus orang lain, tapi ini jer lah hany mampu buat.
- Subscribe to RSSkeep updated!
Wednesday, November 19, 2014
Amalan Semasa Mengandung
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
si Hijau yang rajin berceloteh:
Rohani Hashim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Jalan Jalan
Popular Posts
-
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • Assalamualaikum, Kalau bab popia ni, tak kira lah, popia simpul ke, popia gu...
-
Assalamualaikum... Se'eh dan So'oh, bunyi dan eja pun berlainan...tapi membawa maksud yang sama. Maknanya adalah keadaan dimana per...
-
LEBONG yer kawan kawan! Cara sebut LEBONG: LE – bunyik macam LE dalam perkataan LE BAH BONG – bunyik BONG tu macam perkataang BONG K...
-
Taknak berkias kias, merapu merapan…ni ha hany nak bertanya, korang tahu tak LAICI DALAM TIN tuh? ha hany nak bertanya, LAICI DA...
-
Ha warna versi Ganu dah buat, maka hari ni, kita pergi ke Kelate pulok yer. ini pun sumbangan MZ lah. hany memang tarak tahu loghat kelat...
Blog Archive
Powered by Blogger.
2 comments:
Air kelapa?.
Ada juga dulu member suruh tapi MM tak buat pun. Dorang kata anak jadi putih kan?.
Tapi masa anak sulung memang rajin minum soya. Agak putih sikit budaknya berbanding adik2 dia.
saya pun amal minum air kelapa.. setiap kali balik kampung en.suami mesti kait kelapa muda.. tapi awal peknen mmg dah minum air kelapa.. ikut ketahanan badan memasingkan.. sebab ada kata awal peknen tak leh minum.
Post a Comment