• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ingat tak dulu hany ada buat entri gaya pemakaian hijab. Dan hany berjaya tiru 1 jenis jer kan. Almaklumlah tak pandai sangat nak melilit lilit ni.
Kalau kita tengok kan kat Malaysia ni evolusi dalam pemakaian hijab laju jer kan. Kalau sebelum ni selalu kita tengok tudung bawal lah kat mana mana kan, sampai ada bawal gred 1,2 dan seterusnya. Lepas tu datang tudung yang ada awning tu, senang sarung jer kan. Lepas tu muncul shawl. Ha bila shawl keluar, banyak gaya dan cara kita boleh pakai. Lepas tu shawl ni pulak terdapat beberapa jenis seleksi rekaan hijab style online yang boleh didapati antaranya glitter shawl, chiffon shawl, lace shawl, cotton shawl, satin shawl, plain shawl, beaded shawl dan pelbagai jenis yang lain.
Yang pasti shawl ni masih tidak lari dari tujuan utama, iaitu menutup aurat bagi wanita Muslim. Gayakan macam mana pun, yang pasti bahagian atas badan kena lah ditutup, barulah sempurna kan...
Kebanyakan hijabista sekarang sangat menggemari shawl, sebabnya shawl ni yang besh nya ada pelbagai pattern, warna serta size. Mereka yang bertubuh kecil,sederhana serta bersaiz besar masih boleh bergaya dengan shawl ni. Cuma kena pandai cari size,warna dan gayakan ikut style yang sesuai.
Penampilan berhijab memberikan gambaran yang cukup positif buat pemerhati dan pengkritik. Ini kerana hijab yang dipakai dipadankan dengan cara pemakaian yang cukup sopan dan masih tampak elegan dan anggun tanpa perlu berpakaian seksi. Ini memberikan extra point buat si pemakai kerana mampu bergaya dengan hijab semaksima yang mungkin. Selain itu hijab juga membuatkan penampilan seseorang lebih ayu dan eksotik – suatu nilai yang menjadi punca trend hijab berkembang.
Fesyen hijab style online juga telah mengalami perubahan yang cukup ketara sejak akhir-akhir ini hasil usaha pereka fesyen yang bersungguh-sungguh memberikan sentuhan kreatif mereka ke atas hijab atau tudung agar kelihatan lebih trendy. Ini memberikan impak yang cukup positif buat pasaran hijab di Malaysia dan memperlihatkan permintaan yang cukup tinggi. Penggunaan hijab juga memberikan lebih ‘wow’ factor buat kita andai digayakan dengan betul. Terdapat pelbagai stail hijab yang boleh digayakan dan anda boleh buat experiment sendiri agar menepati cita rasa dan personaliti kita.
Kalau diperhatikan, terdapat ramai artis yang telah berhijrah memakai hijab dan mengeluarkan hijab jenama sendiri. Ini telah merancakkan lagi perniagaan hijab secara online mahupun offline. Kebanyakan pengguna juga lebih menggemari membeli secara online kerana kekangan masa mahupun jarak.
Macam hany sendiri, pernah mencuba instant shawl ala ala neelofa, dan sekarang hany jatuh cinta dengan instant shawl 2muka. Sangat senang untuk dipakai dan bagi ibu yang mempunyai anak yang sedang membesar ni, sangat sesuai lah instant shawl ni. Easy to wear, pantas dipakai...;)
Jadi....
Hijab style manakah pilihan anda???
4 comments:
MM kalau gi kuliah mmg neelofar jd pilihan.
Kalau berjalan .,.baru rajin sikit nk pakai
yg berlilit2.
xpernah pakai yang instant punya shawl. tp azi xpakai yang tudung awning tu. muka xsesuai. pakai bawal n shawl belit sendiri ikut style yang teringat diminda.
@mm
Ha yg neelofar senang jugak kan,sarung n angkat ke ats kepala skali kan...
@azi
Hany ada tgk gmbr gmbr azi.pakai shawl,pandai lilit. Hany mmg out la bab melilit ni.sampai sudah xjadi
Saya pula suka shawl biasa.boleh di padankan pelbagai cara.. tp klu jenis express pakai apa yg senang janji labuh dan menepati syarat kan..
Post a Comment