Saturday, July 18, 2015

Salam Aidilfitri

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni dah masuk 2syawal. Sekarang ni memang tak terasa kan masa berlalu...baru je siap siap makan pagi, keluar jalan ziarah eh dah petang rupanya. Bangun pagi, dah masuk hari lain. Allahuakbar...maksudnya putaran macam dah pendek kan..haha apa ko merapu ni...

Selamat hari raya hany ucapkan buat semua umat islam. Hehe nak spesifik untuk reader, blog hangat hangat tahi ayam ni tak berapa ramai reader kannn. So merangkumi semua lah.

Hany tahun ni giliran beraya di Ganu. Tapi sampai raya ke2 jer. Hehe sebabnya adik ipar nikah, akad nikah malam raya ke2,sanding raya ke3. Tapi kitorang balik Ganu dari isnin lagi,so lama jugak la berada di Ganu ni. Hehe kena lah fair kannn ;)


Raya pertama semalam, adra di bantai nya tidur. Kul9 lebih baru bangun. Haha sabo je lah sayang oiiii. Ye lah rumah tok di Ganu ni rumah kayu, tidur memang macam di kawasan salji lah, sejukkkk sangat. Kemain lah dia lena kan. Adra ni kan jenis sensitif telinga nya, tak boleh bising terus jaga. Tapi semalam orang takbir,khutbah raya selambe dia tidur. Haha lena sangat. Rumah hany ni dengan masjid memang dekat,so dengar jelas sejelas jelas nya mcm ada dalam masjid lah.

Dan hari raya jatuh Jumaat, masa berjalan memang singkat la kan. Semalam sempat ke sebuah rumah je. Petang sedara datang kan...so raya ke2 lah nak beraya, tapiii si adra bantai tidur lagi ni. Haha bangun kul7, kul9 tidur hahaha... saja kamu kannn takmau bagi ummi jalan jalan.

Pasrah la ada anak kan. Kena ikut masa anak anak la kan ;)

3 comments:

Cik D momy the ZAs said...

Selamat hari raya :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Salam aidilfitri Hany.
Cumil Adra tido.

MISSNICK said...

Salam aidilfitri....hehe comelnya si kecik ni tidur :)

~TQ Dear~

Followers