Thursday, December 10, 2015

Info: Pengeluaran Kali Ke 2 KWSP

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Okay, kali ni nak bercerita pasal pengeluaran KWSP. Ini untuk pengeluaran beli rumah, kali ke2. Bukan beli rumah ke2. Tapi pengeluaran untuk kali ke 2. Untuk rumah yang sama lah.

Selepas call KWSP, apa dokumen yang diperlukan. Yang jawab call cakaph
1) ic original
2) bank statement terkini dari bank yang kita buat loan.

Okay, nak cerita pasal item no 2 tu. Sebenarnya BUKAN BANK STATEMENT. Seriously, 2kali call KWSP, dua orang berbeza dia cakap bank statement. Tapi sebenarnya adalah APPROVAL LETTER dari bank yang kita buat loan masa beli rumah.

Kitorang pergi bank, cakap lah nak bank statement terkini format KWSP, pegawai bank cakap bank statement yang dihantar ke rumah tu dah boleh guna. Eh takk kitorang cakap nak format kwsp, diorang kata takde format kwsp,itu je format kalau bank statement. Naseb la manager dia ke apa, datang tanya.

Kitorang cakap nak buat pengeluaran KWSP, ooo itu APPROVAL LETTER, bukan bank statement. Yer lah, dah pegawai KWSP cakap bank statement. Haruu betol lah. Naseb ada manager tu.

Okay,
Korang pergi ke bank yang kornag buat loan, cakap nak approval letter untuk pengeluaran kwsp. Memang format kwsp lah. Ada lah kena isi sikit di borang tu, sign semua. Tapi kena tunggu lebih kurang 1 atau 2minggu. Nanti bank akan call, bila dah siap. Make sure nama korang ada dalam loan. Kalau takde maka tak dapat yer nak keluarkan.

Bila dah dapat, terus lah pergi kw KWSP. Ini contoh approval letter tu.


Di KWSP, pergi kaunter yang ambil no, cakap saya nak buat pengeluaran rumah kali ke2. Dia akan minta kita isi borang macam kat bawah ni, lepas tu print latest statement kwsp di kiosk tu. Lepas tu baru ambil no dari dia.


Borang kat atas ni simple jer, nama no ic, alamat dan kena isikan maklumat bank. Nama bank dan no akaun. Okay, untuk pengeluaran kali ke 2 ni, ada 2pilihan iaitu pengurangan baki dan ansuran bulanan. Pengurangan baki, kwsp akan bayar lum sump pada bank yang kita buat loan. Manakala ansuran bulanan, kwsp akan kredit kan ke akaun kita,tapi secara bulanan. Contoh kita bayar loan rumah ke bank sebulan 500, maka kwsp Akan masukkan duit ke akaun bank kita 500 lah setiap bulan.

Ha itu lah sikit sebanyak, apa yang hany tahu. Semoga bermanfaat yer.

3 comments:

shaazzoo said...

GOOD INFO.. TQ :)

Liyana Anuar said...

sng sikit nk byr ansuran rumah camtu ye?

tp, mcm syg lak nk byr guna duit simpanan kan..huhu

Aty Fared said...

besh gak kalau dapat kuarkan kwsp nih... boleh lah belanja2 nak renovate umah ker kan..eeaahh..boleh ker..??

~TQ Dear~

Followers