Thursday, December 29, 2011

Di saat pemergian nya…

Assalamualaikum,

hurmmm, sikit update pasal arwah ayah hany. dua, tiga hari sebelum pemergian arwah, arwah sering kali memanggil manggil nama mak, ayah arwah (atuk n nenek hany). Lepas tu arwah ada menyebut nama abang dan kakak arwah yang telah tiada. hurmmm itu mungkin tanda tanda nya kan. hany dengan mak memang dah saling berpandangan, dalam hati memang terdetik. tapi taknak cakap seolah mendoakan arwah pergi.

 

Dua tiga hari sebelum pemergian arwah, nurse dan doktor ada jugak cakap, bawak balik la makcik. dah tak boleh buat apa. so Jumaat 16dec, hany dengan mak berbincang untuk bawak balik arwah esoknya iaitu hari sabtu 17dec. dan kebetulan jumaat malam MZ memang dah naik bus nak balik ke Ganu. so ngam ngam la kan.

 

Jumaat malam 16dec,

maghrib hany bacakan surah Yasin tepi katil arwah. masa tu arwah bernafas elok walaupun macam sedikit tersekat. mak kata mungkin sebab lelah, arwah memang ada lelah. Jam 8.30 hany keluar sebab nak fotostat sesuatu untuk urusan keluar dari hospital esoknya. hany balik ke hospital dalam jam 9++, tengok mak hany dah lena sebelah katil. hany biarkan saje, sebab mungkin mak penat kan. hany lap muka ayah, basahkan muka sikit, lepas tu bagi susu untuk makan malam. makan pun thru tiub sebab tak boleh direct nanti susu akan direct pergi paru paru, lagik haru kan.

 

Lepas tu hany tengok Merlin. alaa merlin yang dua jam tuh, jumaat malam. adik sebelah katil arwah pun tengok. kitorang tengok dengan lekanya. tingtongtingtong, kul12. Merlin pun habis. hany tak solat Isya’ lagi nih. adik sebelah dah bersiap nak tido, nurse suruh tutup tv.

 

Elok hany bangun nak pergi solat Isya’, hany tengok arwah bukak mata, bukak mata luas luas, lepas tu macam putih mata tau. masa tuh darah hany berderau. serius berderau lah, hany pandang arwah seketika, then terus ambil surah Yasin yang memang ada atas kepala tidur arwah. tanpa berwudu’ hany terus baca Yasin time tuh jugak. Sambil baca, sambil pandang arwah…nampak dada arwah berombak naik turun,perlahan lahan. Tiba tiba air mata arwah mengalir. hany lap, mengalir lagi. bacaan Yasin memang hany teruskan. dalam hati hany memang dah terdetik mungkin masanya dah tiba,hany doa dalam hati semoga bacaan Yasin ni ALLAH mudahkan arwah “pergi”, itu jer yang ada dalam hati saat tuh. lepas lap air mata, hany letak tapak tangan dekat dada arwah, boleh rasa dengupan makin perlahan. Yasin masih tak habis dan masih hany teruskan jugak baca.

 

Saat tu jugak, hany tak terfikir nak kejutkan mak hany bangun. apa yang hany fikir, habiskan bacaan Yasin sambil berdoa dalam hati semoga arwah “pergi” dengan mudah. itu jer. seiring dengan bacaan Yasin, nafas arwah perlahan lahan di tarik dan dihembus. Elok jer ayat terakhir dalam surah Yasin hany baca, hany tengok dada arwah dah tak berombak naik turun dah. sedang elok Yasin habis, hany tengok arwah pun dah tak bernafas. memang betul betul lah ayat terakhir surah Yasin hany baca, arwah hembuskan nafas terakhir.

 

hany terus bangun dan letak telinga di dada arwah. sah memang takde reaksi langsung. hany pun panggil arwah “POK, POK, POK” (bahasa standard PAK). sambil hany gerakkan bahu arwah. makin lama makin kuat hany panggil. ada sedikit sebak dalam suara hany. Adik kat sebelah pun tak tido lagi, dia pun bangun bila dengar suara hany makin kuat. dah tahu macam tu, hany panggil nurse dan kejutkan mak hany.

 

Nurse datang tengok dan panggil doktor, untuk cek. sambil bawak alat ape benda tah nama. yang macam letrik tuh letak kat dada. hany memang takkan bagi la kalau doktor nak gunakan alat tuh. sebab bagi hany memang arwah dah tak ada. hany memang bersama arwah tadi, dan sememangnya tak perlu untuk gunakan alat tuh. doktor cek, then dia panggil hany bagitahu “Pakcik Hashim dah tak ada ni”, “a’ah doktor saya tahu, tak pelah tak perlu buat apa apa”. Terus nurse simpan semua alat alat dan bersedia untuk prosedur seterusnya.

 

Alhamdulillah, mak hany tak menangis malam tu. hany pun sama. mungkin sebab kitorang dah boleh rasa yang arwah akan pergi malam tu. seriusly, itulah yang hany doakan selama ni, sekiranya arwah nak “pergi” biarlah hany ada di sisi arwah. Alhamdulillah syukur pada ALLAH, kerana izinkan hany ada di sisi arwah saat saat hembusan nafas terakhirnya.

 

doa-untuk-ibu-bapa_1024

Wednesday, December 28, 2011

Terima Kasih sahabat…;)

Assalamualaikum,

Terima kasih buat semua rakan blogger yang komen di entri nih. PERGINYA AYAHANDA KESAYANGAN.

 

qasehraihan
Laili
MOBYDICK
wida
Salbiah bt Karim
ch@
~: nisa :~
apak cikidong
r.i.t.a
nik
fiza amran
RedBerry
IbuDhira
littlehumblelynn
azie
dd dudu
Kella
Lady D'yot
nisa
fiezaradzi
fazitaismail
JaJa'Z
 

 

Dan jugak semua, sahabat yang SMS ucap TAKZIAH…terima kasih sahabat!

Buat Anonymous…

Assalamualaikum,

 

12-28-2011 11-50-02 AM Soalan dari anon

 

Ada anon tanya di entri nih PERANGKAP CICAK.

 

Di sebabkan anon ni tak bagi mail, mahupun ape ape info, jadi hany jawab kat entri nih je lah yer. hany beli perangkap cicak tuh di COSWAY. rasanya COSWAY ni ada kat mana mana jer, rasanya. pergi cakap je nak beli perangkap cicak tuh. mesti pekerja dia tahu lah. kalau tak tahu jugak, suruh dia resign eh ahaha suke suke hati jer. tapi kalau tak silap, dekat JJ pun ada. tapi hany tak pernah beli la di JJ tuh. harga sori yer lupe ;)

 

090120101449

 

ok, harap dapat membantu si anon yer…

 

**akhirnya berupdate jugak blog hijau nih;)**

Wednesday, December 21, 2011

Setiap insan pasti merasa...

Assalamualaikum,
Setiap insan pasti merasa...
Saat perpisahan terakhir...
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa.

Sunday, December 18, 2011

Perginya Ayahanda kesayangan…

Assalamualaikum,

17Dec2011@22muharam1433H, jam12.15pagi, ayah kesayangan hany telah pergi menemuai DIA yang maha ESA. Alhamdulillah hany dan mak ada disisi arwah semasa hembusan nafas terakhir. Syukur sangat pada ALLAH kerana itu yang hany mintak, supaya hany ada disisi sekiranya arwah akan pergi kepada NYA.

 

Upload-12_18_11-10.43.22-AM suami tercinta sentiasa disisi

 

ini je sempat utk hany update. nanti hany sambung yer.

Wednesday, December 14, 2011

Meksi jahat!

Assalamualaikum,

Meksi=nurse/jururawat

Ahaha hany dah dapat gelaran meksi jahat. Ayah hany lah yang panggil meksi jahat.

Sebabnya,masa bagi susu. Ayah hany minum thru tiub tuh.ayah dah bising2 taknak taknak. Hany bagi jugak. Ahaha sebab makan sikit sangat nanti xde tenaga. Sebab tak dengar cakap dia,terus dapat gelaran meksi jahat.

Lepastu, hany lap la mata ayah hany, 2,3kali lap jugak le baru hilang benda2 asing,ayah hany pun marah. Jangan la letak air masin,pedih mata nih. Hany lappp jugak sampai bersih.sudahnya ayah hany tutup mata terus taknak bukak. Huhu sekali lagi kena meksi jahat.

Huhu nak tergelak bila dengar camtu ;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

4.45am

Assalamualaikum,
Serius tak tahu nak buat entri pasal ape. Yup hany kat ganu sekarang ni. Sekarang jam 4.45pg. Sah sah la tak tido lagi sebab memang kalau jaga ayah hany malam memang hany tak leh tido. Jawabnya pas subuh nanti hany balik and sambung tido.

Jadi burung hantu lah. Tido siang berjaga malam. Mak hany dan ayah selamat dah tido.

Sengal hany balik mesti ada je barang lupa nak bawak sama. Kali ni lupa bawak sikat, dahla rambut takleh guna sebarang sikat. Huhu basib la. Lepas tu baeak laptop balik,tapi lupa bawak broadband. Ahhhhh tertekan weh.

Sebab tu malas nak update blog. Ok kan alasan tu?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 12, 2011

Selamat kembali...

Assalamualaikum,
Hany sambung cuti lagi.dan masih di kampung nih. Hari ni,keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke Terengganu.

Sambutan ada dibuat di Istana Maziah kalau tak silap. Sebab masa hany lalu ada nampak khemah. Tapi xsure orang awam boleh masuk ke tak.

Soriii entri tak ada sangat. ;)

Friday, December 9, 2011

Untuk anak yang minum FRISO

Assalamualaikum,

Ha, korang yang mana anak minum FRISO tuh, meh sini ada berita besh. hehe soriii lambat post kan hal nih.mungkin ada yang dah tahu kan. so untuk mereka yang nak tahu meh kelik sini meh.

 

12-9-2011 10-57-02 AM kelik sini untuk ke web ni…

 

Korang kena bawak BAR CODE atau TIN FOIL, untuk redeem TIKET MASUK ke SUNWAY LAGOON. tapiii hanya untuk langkah 3 & 4 sahaja yer. Untuk 1BARCODE melayakkan anda untuk dapatkan 3tiket masuk, iaitu untuk ANAK, MAK, BAPAK. ahahaha.

 

Picture 157

 

Untuk redeem tiket, korang kena bawak BARCODE, INVITATION CARD, pastu pergi lah redeem depan pintu masuk SUNWAY LAGOON tuh. tapiiii ingat, konsepnya, sape cepat dia dapat. so kejutkan anak anak sebelum subuh, pastu lepas subuh je terus lah melanguk depan SUNWAY TUH.

 

page Invitation card, pergi download kt link kat atas tuh….

 

So kawan kawan sekalian,pergilah redeem yer. huhu sekarang tiket sunway mahal ke main kan, kalu sorang anak+mak+bapak, dah berapa hengget. 100 lebih kot kan. aperpun, selamat berhujung minggu…

 

**mzhany balik kampong, main air kat pulau duyong jer…;)**

Wednesday, December 7, 2011

Tak Setia @WW

Assalamualaikum,

 

Picture 151

 

**Syalinda, SKII aku tak mampu ahahhaa**

Tuesday, December 6, 2011

iphone 4 case

Assalamualaikum,

Hany suka dan nak sangat case untuk iphone jenis bukak tepi tau, alaaa macam kita selak buku tuh. apa ntah namanya kan. tapi masa hany tengah duk ushar dan cari cari case untuk iphone, kebanyakan nya adalah yang jenis bukak ke bawah, atau jenis flip tuh. ntah la mungkin hany tak cukup cari kot. lagipun hany cari yang mana kat malaysia jer, yang mana kena order from mana mana negara luar, hany takde lah kan.

 

Pastuh, ha sekarang ni ha, melambak la pulak kan dia keluar. eiii gerammm.

 

375330_283792714995841_145307672177680_805876_1069336513_n kaler ha menyala ngko ;)

388889_283330978375348_145307672177680_804871_1114611218_n iphone di pegang dengan 2 cangkuk tuh ha

382650_283327991708980_145307672177680_804865_745031782_n sayang tak dok hijau ;) harga RM48

 

twelvesouth-bookbook-iphone4s-case yang ni nama dia Book Book ;)

bookbook-case-for-iphone-4-by-twelve-south ni macam leather kannnn

P1020255 harga tak tahu, tp pasti mahal.

 

Sudahnya, sekarang ini jer lah yang hany gune huhuhu. Bukan hijau sebab takdak plak kaler hijau. merah ada, putih ada. tapi dua dua hany tak suke. so play safe, amek je lah kaler hitam kan.

 

melkco_black_020nama dia

Melkco Leather Case for Apple iPhone 4 - Jacka Type

hany beli dari iphonecase.com.my

 

** sangat suka Book Book tuh, uuuuuuu**

Monday, December 5, 2011

Takziah buat keluarga Khairul Fahmi Che Mat

Assalamualaikum,
Pasti ramai dah tahu akan pemergian adik khairul fahmi iaitu Mohd Amirul Izzat Che Mat kerana demam panas and denggi.



Gambar kredit to FB kelate.net

Semoga apek tabah dalam mengharungi pelbgai ujian dan dugaan. Al Fatihah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Kelebihan Puasa hari 'Asyura'

Assalamualaikum,

 

puasa-asyura

 

 

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

 

dapat kan bacaan lanjut di sini, sini, sini, sini

Friday, December 2, 2011

Balik kampung kembali or teruskan kerja? haishhhh…

Assalamualaikum,

Sepanjang balik kerja, HP memang tak lekang la walau kemana. sebabnya takot la mak hany call kan in case ada apa apa. hehe tapi bukan je masa ayah hany sakit ni je HP tak lekang, memang walau kemana kena lah bawa HP kan, kot kot la ada apa apa emergency kan. so korang yg pemalas bawak HP tu, sila lah berfikir banyak kali yer. bukan mendoakan, tapi baik lah bawak supaya kita tak menyesal in case ada apa apa berlaku.

 

Call mak hany, then dengar lah suara mak hany lain macam. Mak hany demam. tanya punya tanya, sekali mak hany pun cakap. Pagi tu mak hany pulak di bawa ke WAD KECEMASAN. sebab terlampau keletihan, pening kepala. terdiammm jugak lah hany dengar. yer lah mesti mak hany tak cukup tidur, keletihan kan sebab mak hany sorang sorang je jaga ayah hany siang malam. ni nasib baek hari mak hany ke wad kecemasan tu, sepupu hany ada pergi jaga ayah hany. sepupu sebelah ayah hany lah. haissshhhh.

 

serius SERBA SALAH sekarang nih. arghhhh camner nih.;/

Thursday, December 1, 2011

Kembali Bekerja…

Assalamualaikum,

Yer setelah setengah bulan hany bercuti, owhhh bukan saja saja cuti, ayah hany kan masuk hospital. Alhamdulillah, ayah dah sedar, dah keluar dari CCU, tapi sekarang masih di hospital lagi. Ayah hany masih memerlukan oksigen untuk bernafas, kalau cabut je oksigen ayah hany macam susah nak bernafas, tapi doktor memang tengah slow kan oksigen hari demi hari la untuk biasakan ayah hany bernafas secara normal.InsyaALLAH…ameen.

 

Biasanya, hany akan tido di hospital bersama mak hany, so malam hany akan berjaga, mak hany akan tidur. then lepas azan subuh, hany akan bergerak balik rumah, siangnya mak hany jaga, hany membuta la. kadang2 kul12 tengahari baru pergi hospital balik, tapi ada kala kul9pagi dah pergi balik, tengok keadaan ayah hany lah. Ni hany dah kembali bekerja nih, risau jugak nih. yer lah mana tahu mak hany nak apa apa kan, kalau sebelom ni, mak call je hany, hany pergi la cari kat mana mana, apa mak nak. ni risau jugak kan.

 

paling merisaukan adalah kesihatan mak hany sendiri. yer lah sekarang sah sah lah, siang dan malam mak hany yang jaga ayah kan. tapi hany call mak hany, cakap kalau malam tu, elok kul10 tu tidur je lah, jangan duk berjaga, takper lah ayah hany tak leh bangun dah, dia tak kan pergi mana mana. kalau sakit sangat je ayah akan panggil mak hany kan. itu je lah yang boleh. tengok lah, 2,3 hari ni dulu camne, kalau mak hany tak alrat, terpaksa lah hany balik jugak.

 

**yessss susah kan bila kerja jauh mcm ni, dan ada sorang je anak…**

~TQ Dear~

Followers