Sunday, July 29, 2012

sama sama membantu…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Macam mana nak mulakan entri eh…kali ni hany nak bercerita dan memohon bantuan daripada sahabat blogger sekalian. ini adalah berkaitan seorang blogger yang dikenali dengan nama UNCLE.

UNCLE ni bermula dengan sakit, eh sakit ker…ada diabetes. then UNCLE mengalami STRESS yang amat sangat!!!sehinggakan UNCLE ni pernah mendengar suara berbisik supaya dia terjun dari bangunan. UNCLE ada mendapatkan rawatan di klinik dan kini mendapatkan rawatan tradisional. dikhabarkan UNCLE juga terkena benda benda mistik ni. UNCLE juga dirujuk ke bahagian psikatri.

UNCLE ni memang kerja kerajaan, tapi dek kerana cuti bergaji dah habis, sekarang UNCLE tengah bercuti tanpa gaji. Hany memang taktahu sangat cerita UNCLE, tapi selalu jugak berhubung thru phone, sms. hany taknak la cerita semua apa yang UNCLE cerita, tapi serius terkejut sangat dengar cerita dan keadaan UNCLE sekarang.

Disini, hany mohan kita sama sama membantu UNCLE. Persiapan raya memang diketepikan sebab lebih menumpu pada rawatan. rawatan moden dan tradisional sama sama memerlukan duit.

Jadi hany memohon dari sahabat yang prihatin semua, sudilah kira nya menderma buat UNCLE, dalam membantu usaha UNCLE untuk berubat. tak dapat banyak pun takper, sekurang kurangnya dapat meringankan beban UNCLE sekeluarga. sikit sikit, tapi ramai yang membantu InsyaALLAH…

1217-0048508-52-1 (CIMB) : Shaifful Hairi b Ramli
159012-90-2421 (maybank) : Aswani Mohd Fazil (isteri)

http://inibloguncle.blogspot.com/2012/07/suatu-pengalaman-penuh-pahit-insan.html

Marilah kita sama sama membantu dalam meringankan beban UNCLE sekeluarga. InsyaALLAH. Juga sama sama lah kita berdoa agar UNCLE kembali sembuh seperti sediakala…aamiin.

**nak copypaste entri ni pun tak per, hany izinkan. kalau ke blog UNCLE, tak nampak sangat dia sakit, tu lah taknak orang tahu kan…**

Popia Riben si Hijau ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
150820103264[7]
Ha, si hijau cuba cuba nak meniaga pulak kan. hehe ni dia POPIA RIBEN SI HIJAU;). nama tak hengat kan. okay, hany ada bukak order untuk popia riben ni. (ad aker yang nak beli) ahaha, takper slow slow la kan.
POPIA RIBEN INTI SERUNDING IKAN = RM10 1balang (100biji) tak termasuk pos
050920103425[5] InsyaALLAH, gemuk gemuk popia nya, sebab intinya banyak;) (maaf yang ni hany terlebih garing goreng, ini untuk makan2 jer)
150820103262_thumb[3]ini la rupa si popia, belum di goreng.
 POPIA RIBEN INTI SERUNDING IKAN = RM10 1balang (100biji) Serunding original from Terengganu.
Untuk order, sila email ke popiariben@gmail.com
0509201034295 Balang kecik ditengah RM10, balang besar RM20 (tak termasuk pos la)

**email yer untuk order popiariben@gmail.com ;) **
Penghantaran (COD) area SERI KEMBANGAN, PUTRAJAYA, BANGI, KAJANG, PUNCAK JALIL, SERDANG.

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

T-RAMADHAN-GREEN

 

“sahabat, selamat menyambut Ramadhan. semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna buat kita semua, InsyaALLAH…ampun dan maaf dari mzhany diatas segala salah silap kami…”

Wednesday, July 18, 2012

AMAL

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Marilah sama sama kita beramal, tolong menolong sesama kita. Yang kurang kita bantu, yang lebih tu bolehla memberi apa yang patut ok;)

483198_437703886252477_1930954410_n

 

396086_342282419179987_1177251415_n 

Tawaran utk tiga hari sahaja,
TUTUP pada 20 hb JULAI utk admin place order pada pemborong dan buat penghantaran pada Isnin 23hb ke SURAU dan MASJID utk kegunaan mereka memasak di bulan Ramadhan, berbuka dan bersahur.

**sharing is caring**

Tuesday, July 17, 2012

Garlic & Lecithin

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ha, semalam ada entri pasal tekanan darah MZ dah kembali normal. Alhamdulillah, dengan pengawalan makan, kekurangan stress juga dengan sedikit supplement kan. dan Yang pasti dengan keinginan DIA. barulah semua nya terjadi kan. Usaha tu tetap perlu dilakukan. Masa MZ start pening pening, sampai hidung berdarah 3kali, dek tekanan darah makin tinggi…kitorang decide la nak ambil supplement sebagai support sebab taknak terlalu bergantung pada ubat klinik.

Terus la MZ search supplement apa la dia tuh. tiba tiba lak rajin kan ahaha dah kena kat diri sendiri memangla rajin;).ntah macam mana ntah, tiba tiba kitorang decide nak try supplement SHAKLEE nih. Kebetulan hany ada la membe yang dah ambil SHAKLEE dan juga jual. so pungpang pungpang, kitorang ambil yang minimun la, hehee bajet ko. Garlic+lecithin.

garlic

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

** Meningkatkan sistem imun

** Anti Bakterial dan Anti Viral
** Menurunkan Tekanan darah dan tahap kolesterol
(60Kapsul)

 

Image2443374

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

** Menggalakkan fungsi optimum otak

** Memecahkan lemak dan mengurangkan berat badan
** Mengurangkan paras kolesterol dalam serum
(180 kapsul)

SHAKLEE ni adalah supplement tau, bukannya ubat. kena faham dan bezakan. jadi katakan la MZ sakit kepala, so telan la garlic ke lecithin ker kan, sakit kepalanya tidaklah terus hilang sekelip mata. kena jugak makan ubat sakit kepala. tapi dalam kes MZ, memang tak makan ubat klinik pun. ntah degil kot;). tapi MZ memang disiplin dalam pengambilan supplement ni. sebab tu alhamdulillah BP kembali normal.

InsyaALLAH, lain kali hany share pulak yang lain yer. sharing is caring;). Retail Price untuk GARLIC = RM47.50 manakala LECITHIN = RM52.50. hehe InsyaALLAH hany boleh bagi harga untuk korang korang ;) contact hanyhijau@gmail.com

sijil-halal-shaklee Sijil HALAL SHAKLEE, untuk maklumat lanjut boleh hubungi HQ SHAKLEE 603-56223188/ www.shaklee.com.my

*hany pun nak start ambil lecithin jugakla,ngeeee nak kurangkn 2kg macam MZ;)*

Alhamdulillah…Normal!

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Semalam, kitorang pergi klinik untuk checkup MZ. hehehe nak tengok Blood pressure MZ. yer lah kan, sebelum ni MZ selalu pening, sampaikan berdarah hidung sebab BP tinggi sangat. Alhamdulillah syukur sangat sangat pada DIA, sebab semalam masa checkup BP MZ dah kembali pada paras normal. suka sangat la.

Disamping menjaga makan, MZ juga ada ambil supplement. dan sememangnya tidak lupa, kuasa dari DIA kan. MZ ambil supplement dari SHAKLEE. ambil 2produk jer, GARLIC dan LECITHIN. Alhamdulillah jugak, di samping BP dah kembali normal, berat badan MZ jugak telah turun sebanyak 2kg. yeayyyyy!!!

So, kitorang dah bersetuju untuk MZ teruskan mengambil supplement dari SHAKLEE ini dan jugak menjaga makan, serta exercise dan juga berharap agar tidak STRESS pasal kerja…InsyaALLAH. makanya, hany pun dah register sebagai ahli SHAKLEE. hehe…makanya korang wahai sahabat ku sekalian, kalau nak order produk SHAKLEE bolehlah contact saya, Rohani Hashim di hanyhijau@gmail.com. InsyaALLAH, saya akan memberikan harga yang berpatutan untuk anda wahai sahabat;)

ahaha,alaa sebenarnya hany bukan la main purpose nak berbisnes nih, join ahli pun sebab untuk kegunaan sendiri jer. tapi kalau ada yang nak order, alhamdulillah…boleh la order yer. ;)

Thursday, July 12, 2012

banner 123

7-24-2012 11-11-09 PM

Aku yang Ganas ker???

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Semalam, elok jer tarik pemegang pintu kereta tuh, tiba tiba ketakkkkk, siot la patah pulak pemegang pintu kereta tuh. bukan sekadar pemegang, malah itulah untuk buka pintu kereta. hadeihhhh…Dia punya patah tu macam benda tu nipis jer.

524195_497738800240614_676102559_n hamek ko…patah terus

rasa macam hany lak yang ganas. bukak pintu sampai pemegang patah. ni kereta proton yer, tahyah tanya biar hany bagi tahu;).kereta ni dah masuk 3tahun lebih la. tapi, dari apa yang membe membe hany cakap, kereta diorang pun alami perkara yang sama jugak.

7-12-2012 9-44-30 PM

7-12-2012 9-45-58 PM

DAh pergi tukar tadi, sapsasoi RM35.Tapi cacat sikit la sebab kaler hitam. hurmmm nak buat camno, kalau tak tukar bukak kereta dari dalam, kena masuk sebelah kiri dulu then bukak dari dalam. Leceh pulak kan,nak nak kalau sorang jer pergi mana mana kan.

Takper lah, nak buat camno kan.

Wednesday, July 11, 2012

BE

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Serius, dah lama tak login nuffnang. dan malam ni bila login baru perasan ada BE. tahukan BE tu aper kan. ahaha…blogger for sure la tahu kan. bukan la aper, menjakun sikit sebab dah lama tak dapat BE nih. Alih alih ada nih ha, Alhamdulillah…harap harap cukup la untuk cash out kan, ahaha buleh renew domain si hijau nih ha ;)

7-11-2012 10-16-29 PM ahaha semua BE pun tak sampai RM10…kahkahkah, takper rejeki ;)

**camne nak BE banyak, hapdet blog pun ala kadar, ceittttt**

Rabun Warna

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Rasanya dah 2hari hany pakai tudung yang tak masuk kaler dengan baju.Tapi masa kat rumah hany tengok elok je ngam ngam soi. sekali sarung duk depan chermin, ha elok masuk jer kaler…lepas tu masuk kereta, dah bergerak 2,3 minit dari rumah, baru perasan mak aiihhhh jauhnya…tak masuk langsung…

Semalam, baju hitam ada la corak biru sikit, hany pakai tudung kaler hijau kebiru biruan. giler kontra jer. ahaha tiba tiba rasa cam segan lak. dah la masuk komplek kerajaan kannn. ahaha malas punya pasai nak tukar, ahhh lantak laaa…biru+hijau dan macam indah water dah;)

Hari ni lak, baju hitam, tapi ada bunga merah di lengan. sekali hany sarung tudung ala ala oren. gila tak masuk. tapi oren dia tu oren kehitaman gituh. ahhh lantak la.kahkahkah…esok kaler apa lak aku nak sarung nih.

hurmmm, dah dapat LYDIA CROCS tuh, nanti next entry la yer ;)

Friday, July 6, 2012

Teka teki nasihat

1. Ape yg paling jauh dgn kita?
2. Ape yg paling dekat dgn kita?
3. Ape yg paling susah nak buat?
4. Ape yg paling senang nak buat?

./MZ

Monday, July 2, 2012

Lydia Winter

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

100312002509_lydia-winter-forest lydia winter green

hehehe, sekarang ni jatuh chenta dengan lydia winter nih. ni produk crocs. dah search la, kat web crocs malaysia, hurmmm ada sampai size 8 jer. hurm hany ni tak konfiden sangat kalau tak try ni kan, almaklom ler kaki nya gabak. macam princess fiona tuh…dan baru ni ada la pergi JJ balakong, crocs kat situ tak ada lydia winter ni, maka pulang dengan hampa.Midvalley, 1utama memang tak pergi lagilah…

Try jugak search kot kot ada blogger yang jual kan, so far kebanyakkannya adalah dari indonesia. hehe tak berani la nak berurusan thru online ni.kalau blogger malaysia semua nya dah tak ada stock untuk lydia winter nih…hurmmm maka, duduk la diam diam kau hany.

lydia 012 wedges

1-111130104Z9229 rasanya warna merah pun ada…

 

korang ada tak yang pernah pakai lydia winter nih? tak pun ada tak yg pernah pakai crocs ni, share boleh…besh tak?

~TQ Dear~

Followers