Thursday, June 27, 2013

Bila Gaji, Jualan muncul di merata tempat

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Government dah gaji kan. Macam biasa bila dah gaji, banyak la jualan di adakan kat lobi bangunan kerajaan ni. hehehe hany pun antara orang yang memenuhi jualan ni. tapi di bangunan KWP ni, tak banyak sangat ada berapa gerai jer.

Dalam banyak banyak gerai tu, yang mendapat sambutan adalah gerai jual biskut. hwaaaa sedapnya biskut…yer lah tengah puasa ni sedapp je nampak, bau pun menyelerakan.

IMG_5853

 

IMG_5855

Biskut zaman kanak kanak…gerammm tengokkk, rasa nak beli semua jer. hahaha napsu orang berpuasaWinking smile

IMG_5857

IMG_5858

IMG_5861

IMG_5863

IMG_5866

Hany beli yang kapal terbang setengah kilo dengan yang bentuk bear rm5. bau dia sungguh menggoda.tak sabar owh nak makan ni. Beli yang kapal terbang tu sebab teringat dekat MZ, dia suka yang ala ala pedas ni…

Naseb baek tak berkenan dengan baju…ahahhaa padahal tak gaji lagi Winking smile

Wednesday, June 26, 2013

Hujan

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ni hujan membasahi bumi. Rasanya di kebanyakan tempat di area Klang Valley ni hujan turun. Hany hari ni MC, cirit birit, ahaha okay tak de kaitan dengan jerebu. terslaah makan peanut butter yang dah expired. itu salah sendiri. kenapa tak cek kan. naseb ko lah.

Masa hujan turun, memang kat rumah la, kebetulan MZ pun MC sebab sakit mata.ha yang ni akibat jerebu.sampai merah mata. harap tak jangkit la…tengah syiok tengok cerita apa ntah, tiba tiba astro keluarkan signal, haaaa ni selalu keluar time nak hujan or dah hujan ni.

Hany dengan MZ melanguk mengadap cermin ke luar rumah.alhamdulillah menderu deru hujan turun. kitorg pandang je hujan. tak do kerja kan. yer lah nak buat apa kan, tv takleh tengok, nak bua tprojek, hanny tengah puasa…makanya tengok je lah air hujan yang mencurah curah.

944439_668994239781735_882042112_n

Dengar cerita, hujan yang turun ni hujan yang dibenihi awan tu, ntahla tak kesah la janji ni smeua kuasa ALLAH. Lantakla apa pun, kita berusaha jer, DIA yang jayakan. dengar cerita jugak, bumbung kuarters putrajaya tercabut dan jatuh, hempap kereta. Naseb la tak ada orang kan…

Hari ni tu adalah 25.6…hehehe

Wednesday, June 19, 2013

Dari Kerana Mulut…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

images

Semalam, tengok CSI. Ada seorang peniaga jalanan ni, tempat dia tu khas untuk orang nak try paintball tu. sapa nak try, tembak dari luar dia akan sembunyi la di sebalik 2 kon mcm tu, kira dia adalah objek untuk di tempak, bukak tin ke botol kaca ke.

Then, ada seorang lagi lelaki tengah lalok masa tu, dia tengok dari jauh je orang yang duk main tembak tembak ni, then dia pun macam nak berlalu pergi, sekali peniaga paintball cakap jerit dan cakap kat dia, “jom la main, tembak tembak, hilangkan stress, blablabla…” lelaki tu tak pedulikan, macam nak berlalu pergi jugak. Lantas si peniaga pun cakap sambil cabar dia.

Terus lelaki ni berpaling, keluarkan pistol dan tembak peniaga tu tepat atas dahi. on da dot terus mati.

Serius, ahaha terkejut ok. walaupun ini adalah cerita.

Pada asalnya lelaki penembak tu tak ada nia tpun nak tembak, tapi disebabkan mulut peniaga tu macam macam cakap, tak pasal pasal dia jadi mangsa.

**Awas bila berkata kata**

Tuesday, June 18, 2013

Dapur Minyak

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaa jangan tak tahu ada dapur minyak tau, bukan dapur gas, dapur elektrik jer ada. hehehe old school giler kan. mariii ushar gambar dulu.

970198_328796020584332_373357306_n

Haaaa ini dia dapur minyak.

Rumah hany lama jugak guna dapur minyak ni sebelum tukar dapur gas. lamaaaa, lepas tu selalulah kena kerah pergi beli minyak gas. ahaha selalu liat giler nak pergi beli sebab bau minyak gas tu kuat sangat.

Rumah hany yang dua dapur tu…

Kenangan lama…Winking smile

Monday, June 17, 2013

Qaseh Adinda+Kekanda= Qaseh Junior

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaaa sekarang dah lengkap lah QASEH ni, ada untuk wanita lelaki dan sekarang dah ada QASEH GOLD JUNIOR. QASEH GOLD JUNIOR ni sesuai untuk baby sehingga berumur 12 tahun. dah masuk 13 tahun tu, boleh beralih pada QASEH ADINDA atau QASEH KEKANDA lah yer.

IMG_5742

Sudah dilancarkan pada 15Jun baru ni

1011717_280185755460043_249291272_n

QASEH GOLD JUNIOR masih mengekalkan ramuan makanan sunnah iaitu Air Zam Zam, Madu,Kurma,Habbatu sauda, Buah Tiin,Zaitun, Delima, Juga diperkayakan dengan badam dan bayam.

1003449_661220913892401_1659489885_n

1014294_522789277770779_418272894_n

Fakta Menarik BADAM...
Selain daripada buah kurma dan tiin, badam adalah makanan terawal ditanam oleh manusia! Badam kaya dengan protin, vitamin E dan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi. Amalan memakan badam boleh meningkatkan kecerdasan minda, membekalkan tenaga, mencantikkan kulit dan menyokong kesihatan yang baik!

InsyaALLAH…

Berikan yang terbaek buat si manja anda.

sms/whatsapp/019-9597323

Saturday, June 15, 2013

Sticker Bonet Kereta

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sticker hitam yang orang letak kat bonet kereta tu. tak tahu la nama dia apa, tapi sebab tampal, maka panggil sticker la kot. Nampak smart kan, selalu orang tampal dekat bonet depan atau pun atas kereta tu. Kereta MZ ni bonet depan memang cat dah tertanggal la…

Dah nampak tompok tompok sebab cat tertanggal. ni semua kerana batu batu yang melantun dan terkena bonet itu. nak cat lain, ongkos pulak kan.Lagipun bahagian lain elok lagi kan. so survey survey jumpa la yang boleh datang rumah buatkan. terus la MZ set kan appoinment.

IMG_0166

Asalnya, hehe tak nampak la tompok tompok itu Winking smile

IMG_0168

Dia hamparkan dulu itu sticker. memang dah bagitahu kereta apa kan…so dia bawak yang betul la saiz nya

IMG_0169

Dia tampal kan kat bonet

IMG_0170

Lepas tu dia potong ikut bentuk bonet

IMG_0171

Dia cabutkan kertas.hoih ibu jari ke apa tuh hahaha

IMG_0172

Lepastu dia akan spray air kat atas

IMG_0173

Lepas tu dia akan gosok gosok bagi lurus. air ni akan cairkan gam  kat bawah kot Winking smile

IMG_0174

Untuk finishing, dia gunakan apa ntah untuk rapatkan serta kuatkan sticker. juga buang semua gelembung udara.

IMG_0175

Tinggal nak kemaskan bahagian lebihan di tepi tepi

IMG_0177

Tang nak kemaskan bahagian tepi ni mencabar sikit sebab tak sekata kan

-

-

-

-

-

-

-

-

Taraaaa……

IMG_0234

IMG_0181

Amacam? hensem kan….Winking smile

Friday, June 14, 2013

Mengapa minuman 3 in 1 bahaya

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Huiiiii, 3in1, CEPAT, SODAP, LAZAT kannnn. Hany pun suke. hahaha nak nak nescafe tu kan. tapi sekarang memang dah stop 3in1 ni.yer lah dapat banyak info pasal 3in1 ni kan. meh kite tengok kenapa 3in1 ni bahaya…

> Mengandungi lebih 3 sudu teh gula dalam setiap pek
 
> Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman 
   tersebut
 
> Selain GULA, KRIMER yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh
   membahayakan kesihatan
 
> Turut mengandungi KAFEIN yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan
   menyukarkan tidur pada waktu malam
 
> Setiap pek mengandungi sehingga 200 KALORI
 
> Jumlah kalori itu sama dengan 2 keping ROTI atau SEPINGGAN NASI
 
> Jika diambil 3 paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang
   kepada berat badan berlebihan.
 
> Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti TONGKAT ALI, KACIP FATIMAH
   dan GINSENG adalah sangat SIKIT kerana bahan bahan ini mahal dan sukar
   untuk diperolehi.
 

IMG_0244

Sumber kosmo

Terbaek kan dia punya kandunga…huhu sabau jer lah. maka, SAY NO to 3in1 punya minuman Winking smile

Thursday, June 13, 2013

Sentiasa periksa produk yang ditarik balik kelulusan…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Produk kecantikan berlambak sekarang ni kan. tapi as a pengguna kita kena lah alert dan sentiasa periksa dengan pihak yang arif akan status produk ni. Sebagai contoh, hany ada tengok sharing dari seorang rakan tadi, senarai yang telah ditarik balik oleh Biro Pengawalan Farseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Senarai produk yang ditarik kelulusan mengikut tahun:

Tahun 2013

Bil

Nama produk

No. notifikasi (NOT)

Bahan kimia yang dikesan

1

Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment

NOT120905219K

Betamethasone clip_image001

2

Natural 99 Night Cream

NOT120300526K

Mercury  clip_image001[1]

3

Natural 99 Day Cream

NOT120300524K

Mercury  clip_image001[2]

4

SF Beauty Night Cream (Facial)

NOT120602462K

Mercury  clip_image001[3]

5

SF Beauty Day Cream (Facial)

NOT120602461K

Mercury  clip_image001[4]

6

Acrena Pure Herbal Papaya Soap

NOT100802337K

Tretinoin

7

White Complex

NOT100801451K

Tretinoin

8

SS Pearl Cream

NOT110602263K

Mercury  

9

SS Vita C Night Repair

NOT110602264K

Mercury  

Tahun 2012

Bil

Nama produk

No. notifikasi (NOT)

Bahan kimia yang dikesan

1

Daily Protecting Cream - Joie et Beaute

NOT100778850K / 
NOT100602230K

Mercury

2

La Bliss Skin Brightening Cream

NOT100200697K

Tretinoin

3

Sans Dynamic Intensive Light Cream

NOT100400422K

Mercury

4

Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion

NOT100403485K

Mercury

5

Bio-Clear Intensive Renewal Complex

NOT120503338K

Tretinoin

6

MS Wellmood Enhancing Cream

NOT100602405K

Tretinoin

7

Renewing Cream

NOT100101066K

Tretinoin

8

E Beaute Total Revitalizer Night Cream

NOT100601840K

Mercury

9

MS Wellmood Lightening Complex

NOT100601840K

Mercury

10

MULTI CREAM

NOT100764415K

Tretinoin

11

DQISTEE NIGHT CREAM

NOT100802185K

Mercury

12

DQISTEE BEAUTY DAY CREAM

NOT100802184K

Mercury

 

Tahun 2011

Bil

Nama produk

No. notifikasi (NOT)

Bahan kimia yang dikesan

1

Sensual Whitening Cream

NOT100751321K

Mercury

2

Derma-Rx Arbutin-R Cream

NOT090601556K

Tretinoin & Hydroquinone

3

DS.1 BLEMISH CONTROL CREAM

NOT091201931K

Azelaic Acid

4

EZEE SUNBLOCK CREAM

NOT100601213K

Mercury

5

MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE

NOT090700043K

Lead

 

Tahun 2010

Bil

Nama produk

No. notifikasi (NOT)

Bahan kimia yang dikesan

1

NV Toner Treatment No 1

NOT05010130KE

Hydroquinone & Tretinoin

2

NV Toner Treatment No 2

NOT05010129KE

Hydroquinone & Tretinoin

3

Zara Rejuvenation Cream

NOT04081873KE

Hydroquinone

4

Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream

NOT081201209K

Tretinoin

5

Pigmentation Recovery Complex

NOT081200745K

Tretinoin

6

De Putih Night Cream

NOT05100878KE

Tretinoin

7

BML HB LOTION

NOT090701336K

Tretinoin & Hydroquinone

8

Krim Malam Shana

NOT090600820K

Tretinoin & Hydroquinone

9

Natasya Gold Krim Herba

NOT091100971K

Tretinoin & Hydroquinone

10

Biotox Whitening Hydro Cream

NOT007061310K

Dexamethasone

11

Yoko Whitening Cream

NOT080100330K

Tretinoin

12

Sue Beauty Night Treatment Cream

NOT080600138K

Tretinoin

 

Url yang menyenaraikan semua ni adalah http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=118&parentid=116

Jangan ingat nak cantikkkk je, tapi langsung tak ambil kira…

Sharing is caring…Winking smile

Monday, June 10, 2013

Banyak Kelebihan dan Kebaikan nya…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Antara kandungan/ramuan utama QASEH GOLD adalah:

1520_661334893881003_946431484_n

534231_374456835951050_1908163319_n

KURMA 
> Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.
> Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.

HABBATUS SAUDA 
> Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya.

MADU
> Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai  sumber dan memulihkan tenaga.
> Membantu melawaskan sistem pencernaan
> Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
> Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
> Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

AIR ZAM ZAM
> Manfaat meminum Air Zam-Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat. Dan berniatlah bersungguh-sungguh. Sepertimana pesan baginda;
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Air Zam-Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya” Hadis Riwayat Ibnu Majah

ZA'FARAN
> Melancarkan sistem daya ingatan
> Melancarkan sistem saraf
> Meningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria

TIIN
> Merendahkan tahap kolestrol
> Mengimbangi tekanan darah
> Mencegah serangan ghout, sembelit dan buasir
> Mencegah penyakit kencing manis
> Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal

SIRIH
>Hasil kajian saintifik membuktikan Sireh mengandungi komponen-komponen aktif yang sangat tinggi nilainya seperti antioksidan, astrigen ,ekspektoran, euginol, flavonoid, hydroxyl cavicol, polyphenol, sialagoga dan banyak lagi yang penting dalam bidang perubatan herba untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh

GINGKO BILOBA
>Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat
> Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas
> Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.

ZAITUN
> Membantu mengatasi masalah darah tinggi
> Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
> Menyihatkan kulit
> Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)

 

019-9597323, untuk sebarang pertanyaan;)

warna warni, macam jamaica katanya…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

998257_661318653882627_2073714116_n

haaaa, warna warni kan. Alas meja asal kaler hijau, tapi biase la nak kena basuh la kan. Lepas tu tak kering pulak…padahal lambat basuh,dah malam baru nak basuh kan.

Lepas tu, selongkar selongkar, jumpa la alas meja yang makcik hany buatkan ni. Sebenarnya makcik hany memang suka kait mengait ni. ada la balance kaler ijau sikit, kuning sikit, biru sikit. Lepas tu makcik hany buat la campur campur, then tanya hany nak ke tak. hany okay ajer kan. tak dak masalah. mulanya kecik, lepas tu hantar balik kat makcik hany, dia tambah lagi…and now yeahhhhh kena elok dengan meja hany yeahhhh….

Lepas dah pasang, MZ balik dari surau, bukak pintu, bagi salam…then terus dia cakap.

“kaler….macam jamaica jer”

ahahaha…jamaica pun jamaica la, janji ada alas meja.

Friday, June 7, 2013

Pemakanan Sunnah: QASEH

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Bila sebut pemakanan sunnah, apa yang korang terbayang? yang pertama mesti Habbatussauda kan, lepas tu Kurma, lepas tu apa lagi? Perasan tak kalau sebut pemakanan sunnah orang macam kurang beri perhatian. nak nak kalau melibatkan supplement ke apa ker, kebanyakan akan mencari produk yang terkini, yang dah mendapat jutaan review akan kebaikan nya. sama la macam hany, macam tu jugak.

Hany nak share pasal satu makanan tambahan yang berasaskan pemakanan Sunnah. QASEH. QASEH adalah keluaran syarikat bumiputera Islam ANA EDAR SDN BHD, dan semestinya mengikut standard islamik.

Hany baru jer betul betul amalkan QASEH ni start bulan 4 lepas la. Sebenarnya yang buatkan hany nak amek QASEH ni adalah sebab kandungan yang ada dalam QASEH ni. Antaranya adalah MADU, KURMA, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, HABBATUS SAUDA, EKSTRAK DELIMA, ARABIC GUM, GINGKO BILOBA, SIREH,AIR ZAM ZAM, MANJAKANI, PEGAGA. See, kandungan dia kebanyakan nya adalah makanan sunnah kan. hany ni jenis yang susah nak makan banyak banyak benda ni kan.

IMG_5650

inilah dia QASEH nya, QASEH ADINDA untuk perempuan, QASEH KEKANDA untuk lelaki. Berbeza dari segi kandungan sikit jer.

page2

Kandungan QASEH kekanda dan adinda

Macam mana pula rasa dia? boleh telan ker? Alhamdulillah…mesti boleh telan.hehehe melainkan korang memang tak boleh makan kurma. ala buah kurma tu, rasa dia memang rasa kurma. ianya dalam bentuk cecair la.

IMG_5675

ha inilah rupa dia. yang putih tu susu kambeng. hany minum susu kambing pagi pagi campur dengan QASEH ni.

Alhamdulillah, setelah betul betul amalkan QASEH ni, boleh rasa la perubahan nya kan. Macam pagi pagi kalau terlupa atau tak sempat nak makan, memang boleh tahan la perut. tak lapor gila gila la. Lepas tu dari segi tenaga, memang bertenaga la, takde lah lemau sangat kan. dan alhamdulillah peot, flow nya sangat cantik. alhamdulillah bersyukur sangat.

Lepas ni, hany akan kongsi lagi testimoni berkaitan QASEH ni. kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal QASEH ni boleh la whatsapp/msg hany 0199597323.

**InsyaALLAH, tak rugi amalkan makanan tambahan yang mengandungi makanan sunnah ni. banyak khasiatnya…InsyaALLAH**

Wednesday, June 5, 2013

Air Bau

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Dah lama tak buat pembelajaran loghat Kelate ni. hehehe okay, hari ni adalah perkataan nya AIR BAU.

AIR BAU = PERFUME

okay daaaa…

 

**nanisihijau,ko dah tahu belom air bau niWinking smile**

Tuesday, June 4, 2013

Kesah anak…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Tahun ni genap 4tahun berkahwin, namun rezeki anak masih belom jua kunjung. Ada yang dah sebaya hany nak masuk 3 dah, dah ada 3 pun ada kan. Alhamdulillah murah rezeki korang semua. mesti bertambah tambah gembira kan…alhamdulillah.

Dan, ramai juga yang macam hany, masih belum ada rezeki lagi kan. takpe sayang, ini bahagian kita. kita terima yer. DIA tahu apa yang terbaek buat kita.

Tipu la kalau cakap, tak sedih, tak kesah, tak ada rasa apa apaa, tak stress. tipuuuu. orang yang berada dalam keadaan macam kami ni, pasti memahami dan merasai nya. hany dulu, memang cepat sedih, menangis, tensen…semua nya rasa. Ye lah siapa taknak anak kan. Siapa? ce cakap? kalau dulu hany tak boleh sorang sorang, jap lagi macam macam la fikir, lepas tu sedih, nangis sorang sorang. suami dulu keje sif, so memang selalu berseorangan kat rumah.

Alhamdulillah, suami pun faham keadaan dan banyak bagi hany sedar, bagi semangat semua kan. jangan la nak banding banding kan sebab tak semua orang rezekinya sama kan. Lepas tu, kita ni susah rezeki, orang lain tentu lagi susah lagi lama dari kita kan. tapi cuba tengok diorang semua berusaha, cekal…bukan duk nanges memanjang kan. boleh nak nangis tapi jangan la memanjang je menangis kan.

Hany gembira sangat, sebab ramai kawan kawan yang amek berat. kadang kadang kita tak suka orang duk tanya, eh tak ada lagi ker? blablablabla…tapi sebenarnya mereka ni amek berat. dari gaya dorang tanya tu kita dah boleh agak, mana yang betul betul amek berat, mana yang nak sindir ke apa kan.

Alhamdulillah, ramai kawan kawan hany PM, bagitahu cara itu, cara ini kan. kongsi apa yang mereka lalui, kongsi apa yang terjadi dengan saudara terdekat mereka. seriusly, hany memang suka dan tak pernah rasa sedih ke apa ke bila ada mesej masuk, tanya kan hany dan terus share petua ke, cara ke, ubat ke. suka sangat sebab bagi hany mereka ni sangat amek berat dan mahu tolong jugak. bukan sekadar bagi nasihat blablablabla kan.

Tak kurang jugak yang bertanya,

“ko ni tak pergi berubat ker?”

“ko tak pernah try berurut ker?”

“weh, ko nak tahu membe aku dia ada try biodex, alhamdulillah lekat ko”

Ramai yang share info dan benda benda berguna. untuk pengetahuan, hany tak share apa yang kitorang dah usaha kan. Mungkin ada yang share perjalanan diorang dalam usaha untuk mendapatkan anak ni. ALhamdulillah, bagus sangat usaha tu. tapi kitorang takkan share secara public dalam blog ke fb ke apa. Masing masing ada cara masing masing kan.

Ada membe bertanya, dan siap bagi tahu lagi treatment macam ni macam ni. kau pergilah buat ni ni then lepas tu pergi sini sini. terima kasih. kami, kalau buat semua tu kami takkan cakap or bagitahu kamu. and takkan cerita details apa yang telah kami buat.ada antara membe membe tertentu maybe kami boleh share la. tapi again, TERIMA KASIH BANYAK BANYAK sebab sangat ambil berat. alhamdulillah…syukur sebab ada yang ambil berat pasal kami.

Semoga, usaha kami dan juga mereka yang senasib dengan kami akan berhasil dan dimakbulkan olehNYA…serta memberi kami nikmat serta rezeki yang kami tunggu tungu ini…aamiin…aamiin…aamiin…

Bila Keseorangan

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

kakaka lame menyepi. almaklomler, dah masuk 3series ni, dia jadi dingdongdingdong je.ahaha alasan kan.

Kerja. Selama ni memang hany bekerja bersama sama opismate yang kebanyakan nya umur lebih kurang la. kalau beza pun 2,3 tahun jer kan. tapi ada juga opismate yang beza puluh puluh tahun. ALhamdulillah, seronok sebab semua macam kepala tingtong, boleh masuk la kan. hepi sangat rasa.

Lepas tu, dari kelompok besar ni, kitorang kena station, dekat puncak alam la, dekat skudai la, dekat putrajaya la, dekat Ganu pun ada. masa di puncak alam, still lagi beramai ramai. Lepas tu station di Skudai, ni dah pecah kumpulan kecik sikit, tapi geng sekepala semua. lepas tu hany kena station di ganu.hwaaaa sorang sorang okeh. nasib baek di ganu, time keje je boring sebab sorang sorang, tapi sebab kampung sendiri kan. tak de la stress sangat, jauh dgn suami tapi dekat dgn mak Winking smile

IMG_5635

harini masuk opis sorang sorang, hwaaa sedih. semua orang takde. semua kt hq kot.

IMG_5638

Bila dah sorang sorang ni, dia macam tiba tiba semua kenangan lama menjelma. satu per satu. memang pasal kerja la, sejak dari dulu sampai la sekarang. tsk tsk tsk…sedih.

And, serius hany tak boleh sorang sorang. boring weh. Jenis memang suka berborak kan, bila sorang sorang ni jadi lain macam la pulok. jap lagi ada la yang kena kacau ni. jap nak cek bil hp jap, dah bayar belom.ahaha kang tak pasal pasal takleh call orang….

Selamat Bekerja Yawww…

~TQ Dear~

Followers