بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Thursday, August 08, 2013

Makang

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri buat semua. Alhamdulillah masih dapat meraikan aidilfitri untuk tahun ini. Semoga diketemukan Ramadhan tahun hadapan aamin.

Sepanjang Ramadhan, hehe tak ada upload apa apa gambar makanan berbuka. yeahhhh berjaya dengan cabaran yang ditetapkan oleh diri sendiri. Saje je, tak nak hapload gambar makanan. lagipun i is tak pandai masak. maka tak menarik pun makanan berbuka kitorang. tapi bak kata suami, apa apa jer tak kesah, janji berbuka, janji bersahur. Alhamdulillah…. Kalau pun itu adalah kiasan atau perli, maka den tak pedulik. ahaha…

Sepanjang Ramdhan, kalau hari bekerja, memang hany masak, sebab malas bersesak sesak ke bazar. lagipun hany yang kena ke bazar sebab suami balik lambat. tapi kalau hari minggu memang tutup dapur, ke bazar je hari minggu. seronok sikit dengan suami kan.

Untuk pagi raya ni, mak hany buat nasi dagang. macam biasa, makcik tanak kan nasi, mak buat lauk dia.

IMG_6123

Gambar kena kasi besar sikit. nampak tak ikan tu. Nasi dagang sedap dengan ikan tongkol, orang ganu panggil ikang aya. ikan ni seekor berat 3kg. memang besar gabak la. RM11 sekilo.so seekor adalah 33 hengget. terbaek!!!

Tak ada gambar lagi. ahaha tak nyempat nak ambil gambar. tunggu petang petang sikit. seriusly panas sangat sekarang kan. Pergi solat Raya, balik tukar baju kelawar. makang makang, nak jalan rumah makcik baru tukar balik.

Okay sahabat semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri….

2 comments:

Masha Meisters said...

hoho...ikan tongkol terbaIK ni...hehe..makang la puas2 kan

Che Rosliza Che Mat said...

sedapnya nasi dagang ganu...

Followers