بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Monday, August 05, 2013

Tudung Nur Kasih

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Yess, Hany sangat suka brand Nur Kasih ni. Selalunya Nur Kasih ni memang tak ada keluarkan design banyak banyak jenis, dan design dia memang tak macam design Fareeda ker, apa ker…dia ada design dia. memang simple jer. tapi hany suka.

Dan salah satu sebab utama adalah awning dia sangat besh, terletak jer bila pakai. rendam tindih tindih pun masih okay lagi. hany tak suka kalau awning jenis thai silk tu, ntah rasa macam cepat kemek. kalau coudroy pun hany suka.

IMG_6105

Ha ni antara tudung Nur Kasih yang hany ada. semuanya free size. tapi free size yang biru sebelah kanan besar sikit dan cutting dia macam bulat. konon yang hitam yang oren yang biru nak pakai raya nanti, tapi semua dah dirasmikan. hahaha…tak menyabor yer.

Agak susah nak dapatkan tudung Nur Kasih ni. kalau area equine park ni, yang ada di Giant Seri Kembangan, kedai berhadapan dengan surau. itu pun kadang kadang ada, kadang kadang tak ada. baru ni hany pergi kebetulan ada terus rembat yang hitam oren. ada sorang akak tu sampai 6 dia borong.

Kalau balik kelate, hany mesti ke Pengkalan Kubur. Ada satu kedai ni memang dia ambil stok Nur Kasih ni. latest hany balik tinggal kaler yang hany dah ada. aaaa frust la. balik raya ni kompom tak pergi la, huiiiii sesak orang weh. parking susah then rege membunuh dengar nya.

Sekarang ni, kalau jumpa tudung Nur Kasih ni, memang hany akan rembat kalau ada yang kalernya tak beli lagi. Tapi selalunya kaler sama je hany jumpa.

Setiap orang ada kesukaan dia, yang pasti ikut jangan ikut napsu Winking smile

7 comments:

Lady D'yot said...

bape harga selai kak?

Mrs. Adnan said...

Kat johor banyak je orang jual nur kasih ni..haha!!

Irfa said...

sy pakai shawl,ada selai je tudung awning ni.adik balik kg tu ari, katanya tudung murah2 kat kelantan ;)
balik raya ni nak cari jugakla selai dua

naniklang said...

Aku baru balik wakaf che yeh smalam beb..banyak gak tudung nur kasih ni ..

Rohani Hashim said...

@Lady Dyot
-Dik, harga dia lebih kurang 38-50 la. tengok jugak size, then kedai. kalau yg nk clearance stock dia bg la murah.

@Mrs.Adnan
-waaa seronoknya,jeless.sini mcm susah je nk cari.

@Irfa
-Akak tak pandai pakai shawl. mcm pelik jadinya hehe, lgpun shawl selalunya xdapat nk cover semua aset yg ada.almaklom ler badan gedabak ;)

@Nani
-ahaha daku harapan la nk pergi wakaf che yeh time gini weh. abglong korang tu bukan suka nk masuk tempat jem. bazar petang2 pun dia liat nk pergi.

Solehah Shamsuddin said...

skrg ni solehah dh jarang pakai tudung awning.skrg pakai tudung bawal je

naniklang said...

Aku g pun da lewat malam..kol 11 lebih..sedar2 abeh shopping sedar2 da kol 2pg haha..tp masa tu pun da jem..ari ahad x silap, kalau g skang ni..mmg kompom x leh keluar dr parking lot dgn tenang..

Followers