Ini Wilayah Hijau: Rezeki masing masing…


13 August 2013

Rezeki masing masing…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Bercakap pasal rezeki, memang kita sebagai manusia ni tak tahu akan rezeki masing masing. Semuanya ketentuan DIA. JODOH, REZEKI, KEMATIAN semuanya di tangan DIA kan. Apa yang kita boleh lakukan sebagai hamba NYA hanyalah berusaha dan berserah pada NYA…InsyaALLAH.

Hany kan ada jual POPIA RIBEN, hany memang tak publish sangat kat blog ni,sebab nya takot tak dan buat, satu lagi kalau pos memang risau sikit. Dah try popia ni cepat pecah, kan jap lagi sampai kat customer hancur berkecai. Hany publish kat facebook je pun. Hany start jual popia bermula untuk raya tahun lepas. Alhamdulillah, ada sambutan…

Lepas tu, bersambung la ke bulan bulan biasa, ada yang order hany buat la. Untuk raya tahun ni pun, hany up kan status di FB sekali jer. Sebabnya hany takut tak sempat nak kejar buat. Tu pun ada 3orang tak sempat, nasib baik la untuk makan makan sendiri jer kan. Tester pun bagi pada 2orang je. itu pun dah banyak jugak order nya. Target hany 50botol jer untuk Raya tahun ni, tapi sedar sedar dah 87 botol. Ada yang request nak tambah hany tolak.

946518_643240265690466_1064111989_n

Hany jual yang tengah dan sebelah kanan sahaja. Tapi kebanyakan order yang paling kecik tu lah, yang sebelah kanan tu.

Sejak hany start jual Ramadhan tahun lepas, ramai yang bertanya pasal popia ni. Bukan untuk beli tapi untuk mereka jual juga rasanya. Antara soalan nya: Berapa jual satu balang, berapa biji dalamnya,serunding apa….blablabla.

Honestly, hany jawab betul betul, hany share apa yang hany tahu. Sebab bagi hany rezeki masing masing kan. Ada yang bertanya ni dapat order lebih banyak dari hany. Alhamdulillah rezeki dia kan. dan sememangnya yang order tahun lepas, ada tak order dari hany tahun ni. dalam3,4 orang jugak la. tapi alhamdulillah order tahun ni lagi banyak dari order tahun lepas. Ha, itulah rezeki masing masing kan.

Tak rugi pun share ni kan. InsyaALLAH, ada rezeki dari tempat lain…aamiin…

Komen
12 Komen

12 comments:

Anonymous said...

best ni popia riben..raya thn ni xde jumpe kat mana2 umah plak..selamat hari rayaaaa hany..

Rosmiza Ali said...

Alhamdulillah, rezeki raya.. =)

Rohani Hashim said...

Meh dtg beraya rumah hany meh. Popia jer hany hidangkan nanti ;)

Rohani Hashim said...

Rosmiza,alhamdulillah. Rezeki kan...

Cik Nur™ said...

alhamdulillah..jualan melebihi target...

rezeki syawal.. :)

BaNu Syah said...

wah popia reben mula2 ingat biskut raya tadi hehe mesti sedap kn,Selamat Hari Raya yer..

syalinda johari said...

ni aku dok makn popia simpul ko kat opis, mmg payah nak stop..hahahaha

Kella said...

Alhamdulillah hany.. masing2 ada rezeki masing2 Allah tetapkan.. kita kena bersyukur setiap apa yang kita dapat tu..
sama la kita hanny.. tahun ni kan.. ada yang selalu2 order tu tahun ni tak order..tapi kan order dari yang lain pula da memang byk.. Alhamdulillah.. rezeki Ramadhan.. rezeki anak.. ngeh ngeh ngeh..

dear xila said...

aah rezeki msg2...pecaya je dgn Allah kan ")

Lady D'yot said...

sedapppppppp

Che Rosliza Che Mat said...

Popia reben nie sedap...lagipun senang nak buat...Alhamdulillah rezeki hany...tahun nie..

N.Aima K said...

Amin... kalau dekat nak jg try rasa air tngn hany