- Subscribe to RSSkeep updated!
Monday, June 30, 2014
Order Sampul Duit Raya
Sunday, June 29, 2014
Ramadhan…
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Alhamdulillah… di izinkan olehNYA untuk kita bertemu lagi Ramadhan pada tahun ni. Maknanya banyak lagi pahala yang boleh kita grab kan…cuma bergantung pada kita jer lah sekarang kan. InsyaALLAH marilah sama sama kita usaha untuk membuat sebanyak mungkin amalan di bulan Ramadhan ini.
Selamat Berpuasa wahai sahabat semua…
Wednesday, June 25, 2014
Kunjungi Kami Di jabatan Peguam Negara
Assalamualaikum...
Hari ni buka booth di Jabatan Peguam Negara. biasalah sempena gaji adalah buat jualan ni kan. Hany share dengan membe. So gerai kami adalah gerai pelbagai.
Ha nampak??? Kami ada jual QASEH GOLD,POPIA,CHOC CHIP,TELEKUNG COTTON & LYCRA DAN PEPLUM BUDAK. Kami akan berada di sini hari ini dan esok, 25&26 june. So kalau ada yang ada masa dan berada berhampiran,mai la singgah...
**saja berjinak jinak meniaga ni kan. Seronok!!!**
Tuesday, June 24, 2014
Finding 2 Lines…
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Ada ker yang nak hany share usaha dan ikhtiar yang hany cuba untuk menemui 2 lines ni eh???
Yer lah memang sekarang dah banyak yang kongsi pengalaman mereka serta panduan dan ikhtiar mereka. Tapi setiap orang adalah berbeza pengalaman nya kan. InsyaALLAH nanti hany cuba untuk kongsikan bersama…Usaha dan ikhtiar untuk semua yang masih belum ada rezeki.
Jom usaha dan ikhtiar, jangan berputus asa…rezeki itu ad auntuk kita, cuma lambat atau cepat jer….
Monday, June 23, 2014
Seminggu Sebelum Puasa
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Hari ni ke Yummy, kedai jual barangan buat kek kukis dan segalanya yang berkaitan lah. Di Bangi tuh. Bajet hari ni hari kerja, tak ramai orang lah. Lagipun seminggu lagi nak puasa ni…mesti tenang lagi keadaan nya kan…Tapi tanggapan ku silap. haha penuh ajer orang kat kedai ni.
Nak parking depan kedai dia harapan la…kitorang parking lorong belakang kedai dia ni. menapak la sikit. takper exercise ;) Meh ushar gambar sikit, tapi hany ambil bahagian yang takder orang jer lah. segan ;)
untuk buat cupcake san segala mak nenek yang berkaitan…
ini yang foil tu kan, untuk buat puding roti ke ape ke…
Hany ke sini pun hanya untuk beli balang dan salotape kalerful tu. Borong balang siap siap 3plastik besor tu, lepas tu beli salotape kaler hijau. Tahun lepas ada yang gold jer, tahun ni siap ada pink merha hijau lagi. tapiiii bila tengok balik…tutup balang tu kaler merah, salotape hijau…hahaha macam cacat jer…tapiii ahh biarkan ler…
Berbaloi la datang sini. bak harga hany tak pandai sangat sebab jenis jarang buat kukis ni. tapi hany datang sini sebab senang nak borong banyak banyak terus. kulit popia pun ade,tapi di JJ lagi murah dari kat sini. so beli di JJ jer lah…
**tengoklah hari sabtu ni,sehari sebelum puasa dan hari cuti, kompem fullhouse orang kat kedai ni**
Se'eh & So'oh
Assalamualaikum...
Se'eh dan So'oh, bunyi dan eja pun berlainan...tapi membawa maksud yang sama. Maknanya adalah keadaan dimana perut dah penuh dengan makanan. Sengkak ke apa orang panggil. Contoh kalau lepas makan banyak sangat sampai sendat perot. Ha tu lah makna Se'eh/So'oh ni...
Hany selalu guna Se'eh, husband So'oh la...Ganu Kelate kan kitorang ni...
Sunday, June 22, 2014
La Hot Spring, Besut
Saturday, June 21, 2014
Buat Peminat Coklat...Jualan Beryls...
Handbag...
Friday, June 20, 2014
Al Manna
Assalamualaikum...
Korang pernah dengar AlManna tak?atau nama lain dia Arabic Gum atau Gam Arab?
Haaa Gam Arab ni bagus untuk membantu dalam melawaskan pembuangan. Sapa sapa yang ada masalah sembelit tu elok la kalau ambil Gam Arab ni. Hany setakat ni tidok la ambil direct Gam Arab ni. Ni la ruper gam arab ni.
Hany sekarang amalkan Qaseh Gold ni. Dalam nya ada Gam Arab ni. So senang sekali harung. Hehe lagi pun Qaseh Gold ni cecair,jadi senang untuk di telan. Hany susah sikit nak telan yang berbentuk pil ni. Macam tersekat je kat tekak.hehehe...
Ni antara kandungan Qaseh Gold...
Kalau anak anak sembelit tu pun elok amalkan Qaseh,tapi Qaseh Junior la...khas untuk yang berumur 1tahun hingga 12tahun. Juga ada Gam Arab dan pelbagai lagi...
InsyaALLAH... Ada kebaikan dan manfaat nya...
Sesuatu...
Monday, June 16, 2014
Al Kisah Beras Perang...
Hany sekarang baru je mula berjinak dan bertukar ke beras perang. Ahhh tak sedap guna beras perang, brown rice baru besh.hehe padahal sama jer kan. Brand apa ntah beli hari tu.Malas nak pegi cek. Beli yang 1kg sepeket tu dulu. Kot la tak sedap kan.
Tapiiii sedap tak sedap kena jugak makan. Bukan main lagi tengok apa tu namanya yang kandungan dia tu. Kolesterol, fat, sugar, energy tuuu. Sugar 0, kolesterol pun 0. Okaylah kita cuba dulu.
Masa mula mula masak adalah hari jumaat. Husband dah cakap dia nak gerak kul12,nak solat kat area sana. Hany pun bajet la okay kul10.30 masak nasi.dingdongdingdong sempatla makan sebelum kul12.
Kat belakang paket dah ditulis 1cawan beras 2cawan setengah air. Tapiiii hany degil,konon eh kan lembik pulak. Husband tak suka nasi lembik. So gatal mengingkari arahan yang ditulis. Hany bedal 2cawan beras 2cawan air. Dah tekan on hany pun tinggal la periuk nasi buat kerja dia. Sekali kul11 baru rasa nak tengok nasik. Mak aihhhh mentah. Tengok jam kul11,dah gelabah ni. Amek air secawan maaukkan,tutup periuk...siap tunggu tepi periuk.
Agak agak air dah kering,buka tengok mentah lagi...hwaaaa camno ni, terus amek air 2cawan masukkan. Tutup periuk. Tungguuuuu... Bila dah eject button tu bukak tengok dah okay. Naseb baik! Kasi kering sikit lagi sambil hidang lauk. Terus makan. Kan tak pasal pasal lambat lak suami. Lepas makan ngam ngam dkt kul12. Sian suami tak sempat rest terus gerak pergi keja.
Tu lah degil! Arahan tak mau ikut.
Hany beli yang campur macam ni. Bukan semua perang. Rasa dia..kalau makan nasi tu ajer, memang tak ada rasa lah. Tapi kalau dah letak kuah makan dengan lauk tak ada beza pun. Sedap lauk sedap lah kan. So boleh proceed. Lepas ni memang beras perang ni lah kena jadi pilihan. Harga mahal sikit la kan. Tak per demi kesihatan...cewah!
Sunday, June 15, 2014
Ubat Untuk Batuk Berpanjangan...
ayat ini seperti di dalam gambar di atas. InsyaALLAH dengan amalkan secara istiqomah dan dengan yakin dengan Allah... Pasti akan berkesan.
Ayat ni Ustaz Sharhan pun ada bagi masa program Tanyalah Ustaz di TV9. Tak rugi pun kita amalkan. Ayat Al-Quran ni banyak kelebihan nya kan. Alhamdulillah hany dan husband memang amalkan ayat ni sejak Ustaz Sharhan bagi tu. Alhamdulillah...berkesan.
Cara dia mudah jer,macam dalam gambar di atas. Setiap kali lepas solat, lepas doa semua tu, letak tapak tangan di dada sambil baca ayat ni. InsyaALLAH...
Saturday, June 14, 2014
Lesen
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Lesen kan tarikh mati dia dah ikut tarikh lahir kan. Tarikh lahir hany 16mei yang lalu. selamba kaduk jer, tak ingat langsung lesen dah mati. Sebabnya seingat hany last year hany renew untuk 2tahun terus. sekali rupanya setahun jer, memang lah pelupa betol lah.
Sekali last 8hb baru lah godek godek purse tu, sekali…mak aihhh lesen dah mati ropenya. Gigihla tanya husband kat mana JPJ kan sebab takmau renew di pos opis sebab nak dapatkan yang kad macam ic tu. husband pun bagi la direction nak ke JPJ.haha macam tak konfiden je den ni nak jumpa JPJ.
Hari Isnin tu gigih la, bangun awal konon nak pergi JPJ. sekali member cakap dekat pos opis Cyberjaya pun dapat kad mcm ic tu. ini sudah bagus sebab husband memang kerja di Cyber. makanya zassss gerak ke Cyber. Alhamdulillah sekejappp je urusan nya. dapat renew dan dapat lesen berbentuk kad mcm ic tu. yeayyyy!
Pos Opis di Cyber ni kecik je, 4kaunter, itu pun 2 je bukak masa hany pergi. dia open. Lokasi adalah di Terminal. sape yang kerja di Cyber tahu la kot mana terminal ni. Sempoi je, main Q je takde amek nombor bagai pun. Walaupun hany pergi masa lunch, tapi orang tak ramai la. kejap je beratur. hany terus renew untuk 2tahun, sebab duit tak cukup nak renew 5tahun…haha tak agak agak 5tahun terus kan. RM62 untuk 2tahun.
Hanya bawak IC, tapi IC hendaklah boleh di baca oleh reader dia tu. Sebab nanti dia akan ambil gambar di IC terus untuk gambar lesen ni. Hany punya IC masa pertama kali try tak dapat baca…aaa sudah dah risau kot kena pergi JPJ jugak kan. akak di kaunter tu guna pemadam kasi padam dekat cip di IC tu. Dia kata IC baru yg ada 2gambar tu selalu masalah tak boleh baca. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak…
Setel kerja, tak payah menapak jauh pergi JPJ kan…
** ingat rohani, lesen mati ikut tarikh lahir**
Friday, June 13, 2014
Dari ios ke android
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Ios adalah OS untuk iphone, manakala android banyak je brand yang guna android ni, samsung, lenovo, aper lagi eh…ha seangkatan dengan nya lah…
Sebelum ni hany memang gunakan Iphone4, jagan gelak yer, memang ip4 ni screen dia taklah sebesara samsung kan. tapiiii hany sangat suka iphone. ntah besh la bagi hany. lagipun iphone ni adalah smartphone pertama hany, so memang suka la kan.
Tapiiii, jodoh kami tak berpanjangan…ada la rosak sikit iphone hany ni, setelah 4thn guna kalau tak silap. tapi suami punya elok je lagi.haha walaupun usianya sama jer. mungkin cara menggunakan tu yang buatkan ia nya rosak. Lepas tu memang hany nak pakai 2 nombor, jadi fikir fikir nak beli hp lagi satu ke atau nak cari phone yang boleh masuk 2 simkad.
Pergi Mines surevy punya survey, akhirnya buat keputusan beli phone yang boleh masuk 2 simkad. dan hany pilin NINETOLOGY U9Z1. tak berapa glemer sangat pun ninetology ni,tapi ni produk Malaysia, inspired dari produk China. i is fanatik hokeyyyy guna produk Malaysia ;)
Ha inilah roper dia. biasalah guna OS android. bagi hany android ni sama je lah handphone mana mana pun kan. kejap je explore rasa dah boring.haha eh maybe sebab hany tak root kot. so standard je lah kan. tapiii okaylah tercapai lah hasrat nak pakai 2 sim and kamera pun ok.
Susah sikit sebab tak banyak aksesori ninetology ni jumpa kat booth kt dlm pasaraya, ada la web yang jual.tapi susah la nak jumpa kat mana mana kan. mcm samsung iphone tu mana mana booth selalu ada kan. so redho jer lah.
sayangi apa yang adana ada…hehehe jangan banyak cekadak.
** nak kompol duit nak beli iphone 6 yeahhhh**
Thursday, June 12, 2014
Popia Reben @ Simpulan Qaseh
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Hany kembali dengan Popia Reben @ Simpulan Qaseh. Yer lah dah tak kerja ni, apa salahnya tambah duit poket sikit kan. Lagipun masa kerja dulu memang dah ada buat popia ni kalau tiba musim nak raya. tak kerja ni maka boleh la spend masa lebih sikit buat popia ni…
Hany dah start edarkan tester untuk popia ni. Bagi pada member member terdekat lah sekarang.
Tak sia sia beli bekas hijau besorrr ni. Dulu siap fikir bila la aku nak guna…
Hany jual by balang, tak jual timbang kilo. hmmm macam susah jer timbang kilo ni;) Padahal takde penimbang kan… Alhamdulillah…ada la order dari kawan kawan. Untuk makan makan sebelum puasa pun dah ada order masuk.
Cabaran buat popia ni, selain leceh nak menyimpul atau mereben popia tu… kulit popia yang selalu pecah pun jadi cabaran. tak sure la peti ais hany tu suhu nya tak sesuai ke kan. Jadi pasrah ajer la setiap kali simpul tiba tiba pecah. Memang masalah sebab takkan la nak bagi kat customer yang pecah pecah sampai terkeluar sambal kan. Lagi satu bila goreng, nanti serunding tu akan keluar. sudahnya takde serunding langsung dalam tu.
Hany gunakan serunding Ikan import khas dari Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Bagi hany serunding dia sedap. dan Alhamdulillah tahun ni tahun ke3 hany jual popia ni, so far customer memang dapat rasa yang sama. Hany jual 1balang RM15. Tahun ni semua naik, serunding pun naik harga. tapi seingat hany last year hany jual RM10, tapi dah ada yang jual RM15 satu balang….
**InsyaALLAH…rezeki ALLAH tu luas…aamiin**
Wednesday, June 11, 2014
Temuduga F41 Pegawai Teknologi Maklumat, Negeri Terengganu
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Setelah berkurun lama…haha tak menjadi jugak azam nak selalu hapdet belog. maafkan saya wahai reader semua. cewahhh reader koooo…yang pasti daku tahu seseorang bernama hidayah pasti akan membaca belog hijau ni ;)
Okay…kali ni seperti yang dijanjikan nak sambung step ke3 untuk F41 ni. Temuduga untuk jawatan F41, Pegawai Teknologi Maklumat Negeri Terengganu. Setelah melepasi step peperiksaan, kemudian Kursus dan kini alhamdulillah dipanggil untuk Temuduga. Agak terkejut sebab tak esangka boleh lepas Kursus. maklum la calon yang datang semua hebat hebat. eh hany pun hebat aper;)
Temuduga adalah pada hujung Januari. serius tak ingat. Lepas tu malas nak cek surat.
Macam biasa Interview adalah pada hari Ahad. so tak perlu apply cuti. Bawak husband sekali, konon sebagai sokongan la.hahaha mengada. Naseb ada tiket flight murahan. Masa ni tiket MAS pun murah lagi, lepas insiden MH370 rasanya tak dapat dah sorang bawah 100.
Okay, dipendekkan cerita…ada 2 bilik untuk temuduga ni. satu sesi dalam 20 orang kalau tak silap. Dan ada 5 sesi. SO total dalam 100++ sebab ada hari yang lebih dari 20. Hany sampai dalam jam 8++ pagi, dapat no 6 rasanya…sengsara jugak la menunggu. haha dengan berdebar nya…
So far hany dapat bilik yang sempoi sangat soalan masa interview. tak sure la hany je kot di tanya sempoi. Bilik lagi satu tu memang banyak jugak killer question kan. ntah mungkin bergantung pada penemuduga jugak kan.
Antara yang ditanya:
1) | Soalan wajib, kenapa nak bekerja di Terengganu. |
2) | Di tanya apakah pekerjaan sekarang, apa tugas sekarang yang dibuat. So explain la dengan yakin dan lancar yer. Dan bersedia untuk ditanya lebih detail lagi tentang apa yang kita tengah buat sekarang. Macam hany di tanya, apa perbezaan antara SQL dengan ORACLE. |
3) | Apa kebaikan dan keburukan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram… |
4) | Macam mana nak halang staff dari berlaman sosial semasa bekerja. Apa tindakan untuk staff yang selalu berlaman sosial ni. |
Penemuduga hany tak ada langsung speaking, semua dalam Bahasa Melayu, so hany pun reply dalam Bahasa la. siap kekadang tubik loghat ganu. Soalan berkenaan peribadi ni memang ada la, siap tanya ibu bapa kerja apa, bilangan ahli keluarga, ada tak yang kerja kerajaan…
Lepas tu, silalah alert dengan isu semasa. tapi masa hany tak ada pun soalan berkaitan isu semasa. Bilik satu lagi siap di tanya pasal GST. haaa nasib la kan. kan tengah glemer GST nak di apply tahun depan. hany beriya study pasal GST ni.
Rasanya itu jerlah sikit sebanyak untuk info calon calon akan datang. ada apa apa soalan boleh tinggalkan komen yer.
Followers
Jalan Jalan
Popular Posts
-
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • Assalamualaikum, Kalau bab popia ni, tak kira lah, popia simpul ke, popia gu...
-
Assalamualaikum... Se'eh dan So'oh, bunyi dan eja pun berlainan...tapi membawa maksud yang sama. Maknanya adalah keadaan dimana per...
-
Taknak berkias kias, merapu merapan…ni ha hany nak bertanya, korang tahu tak LAICI DALAM TIN tuh? ha hany nak bertanya, LAICI DA...
-
Ha warna versi Ganu dah buat, maka hari ni, kita pergi ke Kelate pulok yer. ini pun sumbangan MZ lah. hany memang tarak tahu loghat kelat...
-
LEBONG yer kawan kawan! Cara sebut LEBONG: LE – bunyik macam LE dalam perkataan LE BAH BONG – bunyik BONG tu macam perkataang BONG K...
Blog Archive
-
▼
2014
(113)
-
▼
June
(17)
- Order Sampul Duit Raya
- Ramadhan…
- Kunjungi Kami Di jabatan Peguam Negara
- Finding 2 Lines…
- Seminggu Sebelum Puasa
- Se'eh & So'oh
- La Hot Spring, Besut
- Buat Peminat Coklat...Jualan Beryls...
- Handbag...
- Al Manna
- Sesuatu...
- Al Kisah Beras Perang...
- Ubat Untuk Batuk Berpanjangan...
- Lesen
- Dari ios ke android
- Popia Reben @ Simpulan Qaseh
- Temuduga F41 Pegawai Teknologi Maklumat, Negeri Te...
-
▼
June
(17)