Friday, June 20, 2014

Sesuatu...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Salam Jumaat wahai sahabat semua...semoga kerajinan untuk update blog semakin menjadi jadi. haihhh dah tak kerja pun pemalas lagi nak update blog kan. hehe yer lah masa kerja tu busy tak der masa. tapi tak kerja ni sama jugak, busy layan tv...Sebenarnya, ada beberapa perkara nak diceritakan, tapi hmmm nak cerita memang nak cerita tapi risau jugak kot ada yang terasa. hmm tunggu lah dulu, dah bersedia nanti baru kita cerita.  

Hari ni akan ke IKBN, ambil adik ipar yang dah habis belajar. huisss silibus dari 1thn 6bulan di pendekkan jadi 1tahun. Kesian jugak dekat diorang ni. sapa kata setakat IKBN, apa nak heran...huiii diorang belajar boleh tahan weh. mengejar nak habiskan silibus. wekeend ada kelas, siang hari macam biasa kelas...malam pun sampai kul12 kelas. DIorang ni macam asrama la kena solat berjemaah ssemua. 

Macam adik ipar hany ambil Jahitan Pakaian Lelaki. nasibla dah ada basic jahit pakaian wanita tu. so takder lah hegeh hegeh kan. tapiii assignment kemain banyak, kelas lagi, exam lagi.haha dah macam aper dah. ada bagusnya jugak kan, supaya budak budak ni cepat pickup, tapiii kesian tang kesihatan la. sampai demam, tak cukup rest semua. Ni dah habis lega la jugak. then praktikal 3bulan.

Ni namanya hapdet laju laju... ok dah mau solat, jap lagi nak gerak ke ikbn lak...

**lepas ni akan rajinkan diri blogwalking. dahlama tak tengok perkembangan rakan rakan blogger. **



No comments:

~TQ Dear~

Followers