Saturday, June 14, 2014

Lesen

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Lesen kan tarikh mati dia dah ikut tarikh lahir kan. Tarikh lahir hany 16mei yang lalu. selamba kaduk jer, tak ingat langsung lesen dah mati. Sebabnya seingat hany last year hany renew untuk 2tahun terus. sekali rupanya setahun jer, memang lah pelupa betol lah.

Sekali last 8hb baru lah godek godek purse tu, sekali…mak aihhh lesen dah mati ropenya. Gigihla tanya husband kat mana JPJ kan sebab takmau renew di pos opis sebab nak dapatkan yang kad macam ic tu. husband pun bagi la direction nak ke JPJ.haha macam tak konfiden je den ni nak jumpa JPJ.

Hari Isnin tu gigih la, bangun awal konon nak pergi JPJ. sekali member cakap dekat pos opis Cyberjaya pun dapat kad mcm ic tu. ini sudah bagus sebab husband memang kerja di Cyber. makanya zassss gerak ke Cyber. Alhamdulillah sekejappp je urusan nya. dapat renew dan dapat lesen berbentuk kad mcm ic tu. yeayyyy!

Pos Opis di Cyber ni kecik je, 4kaunter, itu pun 2 je bukak masa hany pergi. dia open. Lokasi adalah di Terminal. sape yang kerja di Cyber tahu la kot mana terminal ni. Sempoi je, main Q je takde amek nombor bagai pun. Walaupun hany pergi masa lunch, tapi orang tak ramai la. kejap je beratur. hany terus renew untuk 2tahun, sebab duit tak cukup nak renew 5tahun…haha tak agak agak 5tahun terus kan. RM62 untuk 2tahun.

10438659_868887016459122_385661612_n

Hanya bawak IC, tapi IC hendaklah boleh di baca oleh reader dia tu. Sebab nanti dia akan ambil gambar di IC terus untuk gambar lesen ni. Hany punya IC masa pertama kali try tak dapat baca…aaa sudah dah risau kot kena pergi JPJ jugak kan. akak di kaunter tu guna pemadam kasi padam dekat cip di IC tu. Dia kata IC baru yg ada 2gambar tu selalu masalah tak boleh baca. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak…

Setel kerja, tak payah menapak jauh pergi JPJ kan…

** ingat rohani, lesen mati ikut tarikh lahir**

No comments:

~TQ Dear~

Followers