Monday, June 16, 2014

Al Kisah Beras Perang...

Assalamualaikum...


Hany sekarang baru je mula berjinak dan bertukar ke beras perang. Ahhh tak sedap guna beras perang, brown rice baru besh.hehe padahal sama jer kan. Brand apa ntah beli hari tu.Malas nak pegi cek. Beli yang 1kg sepeket tu dulu. Kot la tak sedap kan.

Tapiiii sedap tak sedap kena jugak makan. Bukan main lagi tengok apa tu namanya yang kandungan dia tu. Kolesterol, fat, sugar, energy tuuu. Sugar 0, kolesterol pun 0. Okaylah kita cuba dulu. Masa mula mula masak adalah hari jumaat. Husband dah cakap dia nak gerak kul12,nak solat kat area sana. Hany pun bajet la okay kul10.30 masak nasi.dingdongdingdong sempatla makan sebelum kul12.

Kat belakang paket dah ditulis 1cawan beras 2cawan setengah air. Tapiiii hany degil,konon eh kan lembik pulak. Husband tak suka nasi lembik. So gatal mengingkari arahan yang ditulis. Hany bedal 2cawan beras 2cawan air. Dah tekan on hany pun tinggal la periuk nasi buat kerja dia. Sekali kul11 baru rasa nak tengok nasik. Mak aihhhh mentah. Tengok jam kul11,dah gelabah ni. Amek air secawan maaukkan,tutup periuk...siap tunggu tepi periuk.

Agak agak air dah kering,buka tengok mentah lagi...hwaaaa camno ni, terus amek air 2cawan masukkan. Tutup periuk. Tungguuuuu... Bila dah eject button tu bukak tengok dah okay. Naseb baik! Kasi kering sikit lagi sambil hidang lauk. Terus makan. Kan tak pasal pasal lambat lak suami. Lepas makan ngam ngam dkt kul12. Sian suami tak sempat rest terus gerak pergi keja.

Tu lah degil! Arahan tak mau ikut.


Hany beli yang campur macam ni. Bukan semua perang. Rasa dia..kalau makan nasi tu ajer, memang tak ada rasa lah. Tapi kalau dah letak kuah makan dengan lauk tak ada beza pun. Sedap lauk sedap lah kan. So boleh proceed. Lepas ni memang beras perang ni lah kena jadi pilihan. Harga mahal sikit la kan. Tak per demi kesihatan...cewah!

1 comment:

Unknown said...

Kepada pembaca yang ingin dapatkan produk berasaskan beras perang, kami ingin syorkan produk minuman ORYGOLD. Minuman Kesihatan Yang Terlebih Bagus! Untuk lihat testimoni produk, klik atau copy & paste ke search browser>> http://orygolddrink.com/testimoni/

Produk berkualiti kajian UPM sejak 2006. Minuman ORYGOLD sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki & perempuan.

~TQ Dear~

Followers