Saturday, June 21, 2014

Handbag...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sebelum n i hany ada buat entri pasal aku sebuah beg... Yang sememangnya itulah luahan henbeg hany kot, sebab dah sengsara benau ler. meh hany repost gambar henbeg tersebut.


Tengok...sengsara benau dah ha. Ini adalah henbeg pertama kalau tak silap start dari bekerja. BIasalah bukan branded pun, harga pun biasa biasa jer. Selesa henbeg ni sebab tu hany lenjan betol betol. Dah rupe gitu pun masih tak mau tukar sebab hany susah berkenan kat henbeg ni. Kena betol betol berkenan barulahhh beli. Selalunya berkenan dengan henbeg yang harga tak boleh blah...haha pastu memang la tak beli, udah tak mamfu kan...

Bila dah berkeadaan begini, membe membe pun banyak kali tegur, yang tak tahan nya dia jadi berhabuk sebab menggelupas kan. Tu yang akhirnya beli lah henbeg lain. tapi tak ingat la apa rupe henbeg selepas henbeg ni. Ini cerita 4,5 tahun lepas yer. Ynag pasti henbeg biasa jer, bukan branded pun.


Lepas tu, beli yang kaler hitam tu, turutan dia tak ikut turutan.sebab dah lupa. Dah tahu kecik tapi gatal beli jugak. Masuk purse, henphone dah penuh henbeg. pakai lah jugak kan, dah beli. Lepas tu dapat lucky guest, dapat yang putih tu lak. free, Putih tu brand sembonia. Inilah 1st handbag warna putih. Kalau tak hitam or coklat je. hehe risau nak pakai kaler lain, takut pelik.


Ini pun pernah jadi hak milik hany. Brand carlo rino. tu lah dia suka beli yang jenis macam tu, end up menggelupas la dia. dah nazak sangat menggelupas baru lah tukar.



Alaaa, yang ni tak clear pulok. Ini brand sembonia. Harga biasa je pun, mana mamfu mahal mahal. yang ni memang tak menggelupas, tapi zip buat hal pulok. Tapi hany bedal je lah, zip rosak pun rosak la. tapi kena hati hati lah sebab risau orang boleh masukkan tangan untuk ambil barang.


Dan dari tahun lepas sehingga sekarang, masih memakai si hitam ni. Yang ni Coach. harga pun so so jer lah. tidok le sampai riban riban kann. giler ngko nak beli yang riban, tak mamfu mak hencik. Ini pun bayar 3kali. haha naseb la member kannn kalu tidok, tidak mamfu la nak bayar sekali harung. siap kumpul gajii lagi. TQ hans atas kebaikan hati mu. Harapnya yang ni bertahan lama, lebih dari 2 tahun...

Jenis hany guna henbeg, satu jer. Lenjan la sampai dah mintak nyawa. sebab hany ni susah nak main tukar tukar henbeg. Mesti ada lah yang tertinggal. Lepas tu nanti sakit hati bila cari tu takde, cari ni takde. Jadi baik hany guna 1henbeg je. 

Lain orang lain gayanya, korang lak camne penggunaan henbeg. adakah tiap tiap tahun tukar henbeg? ;)



No comments:

~TQ Dear~

Followers