Saturday, December 26, 2015

Cuti

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah,
Selamat sampai di rumah mertua di Kelantan, khamis dalam jam 9 lebih. Bertolak 8pagi, hamek ko 9 lebih batu sampai. Standard lah, cuti bersambung sikit, ore kelate kompom balik kampung.

Yang jadi jem nya adalah selepas trafik lite gua musang, yang mana situ sepatutnya dan memang takkan jem. Tak logik sangat je situ. Tengok waze, ada yg cakap excident, tp 1jam yang lalu. Terus la jalan, secoet secoet, sakit nya hati...sebab tak de apa apa pun. Macam jem tak bersebab. Owh kereta yang excident masih ada di lokasi,tapi semua dah clear. Ni mesti orang slow sebab nak tengok. Haruuu...

Alhamdulillah, adra behave la jugak. Masih terkawal. Walaupun mengamuk jugak la. Agaknya boring lama sangat dalam kete kan. Depan belakang depan belakang. Habis semua benda dah main. Tido bangun tido bangun, tak sampai sampai lagi, tu dia boring kan ;)

Masa ni lena dia tidur. Bangun awal pagi khamis tu. 6.45 dia terjaga tak tidur dah, selalu 10lebih baru bangun. Agaknya tahu orang nak balik kampung, dia pun bangun awal kan. Sudahnya lepas breakfast, kitorang gerak, lena terus adra. Lega sikit,boleh layan mata hahaha ummi pun mengantuk.

Yang ni, stop untuk solat zohor. Kitorang stop di masjid Gua Musang. Dekat rnr penuh sangat. Mandikan adra sekali kat sini. Ni suka lah boleh gerak gerak, lompat lompat, dia pun nak betulkan urat jugak haaa...

Lepas tu, dari kok lanas nak masuk ketereh pun jem, dan memang situ selalu jem. Nasib la ada jalan alternatif, memang xpernah lalu, tapi gamble jugak la. Dah la waze memang tak dapat detect gps, sebab takde intrnet cinnection. Gamble, ada sekali tersalah simpang, uturn balik. Naseb baik la smooth je jalan alternatif tu.

Sampai rumah mertua jam 9lebih. Mertua ada buat tahlil dan maulud, so sempat lah sekejap kan.

Alhamdulillah...

Tuesday, December 22, 2015

Promo GreenAard, ini lah masa untuk berjimat!!!

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Okay,
Sempena krismas & tahun baru akan menjelma ni, hany ada buat promo untuk GreenAard ni yer. Hehehe bukan selalu buat, sekali sekala, sama sama bagi keuntungan untuk anda jugak. Hehehe


Okay, anda boleh jimat sekiranya beli 2botol greenaard yer. Jimat RM20 tau. Banyak tuuu...mana nak dapat kannn.

Beli 1 botol, RM90,Free postage & Free Gift
BELI 2 botol, RM180,Free postage,free gift
Haaa,
Jimat RM20 YER.
Jommm simpan stok jommmm ;)

Yang atas ni untuk semenanjung malaysia yer. Untuk Sabah Sarawak, sila tengok bawah ni.

Ha yang ni untuk sabah sarawak, juga jimat RM20 untuk belian 2botol...

So, apa tunggu lagi, jom dapatkan greenaard anda.

+6019 959 7323

Monday, December 21, 2015

Thor

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gigih tak hapdet di pagi buta. Hahaha tak thau lah keras mata pulak. Tak mengantuk lagi, paksa paksa,pejam pejam, masih takmau lena. Meh la hapdet blog. Adra pun lena jer tido tu.


Ha cute tak thor ni. Ni husband la dapat. Company dia ada buat event, tukar tukar hadiah sempena krismas & new year nanti. Husband hany dapat si thor ni. Ha elok la bagi kat adra main. Kitorang memang tak der beli kalau patung patung ni. Setakat ni kalau beli pun bola, yang mcm tukul tu bila ketuk bunyi2, itik kuning tu letak dalam air. Untuk patung bear ke memang tak beli.

Sudahnya, adra main kejapje. Dia cepat boring. Gigih lah bagidia tudung botol la, botol la, sudu, penutup tupperware, jap lagi bagi senduk sudip periuk belanga lah, biar besar rajin kat dapur. Dah tu cepat sangat boring dengan satu satu mainan. Jenuh la cari mainan banyak banyak kan.


Lepas tu dapat si popcorn ni skali. Merasalah popcorn mahal kan. Gula gula tu husband nak bagi adra gigit gigit, hany tak bagi sebab maniss wooo. Tak mau ajar manis manis, nanti dia terbiasa. Setakat ni memang tak bagi lagi dia inum manis, air masak dengan susu je lah minuman dia.

Seronok kan, dah lama tak join tukar tukar hadiah ni. Rinduuuu...dulu masa kerja selalu buat masa besday, ada event apa apa mesti buat tukar tukar hadiah ni. Haha takpo lah...

Jagalah "hadiah" dari ALLAH tu, nak dapat lama tunggu kan. ;)

Saturday, December 19, 2015

Sambungan Cameron Highland

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hahahaha jauh bebenor jarak antara entry. Alaa dah lama pergi ni, tu pun biasa biasa jer kan. Cameron Highland semua orang rasanya dah maklum kan. So cite hany ni biasa biasa jer. Saja hapdet penuhkan blog yang tak berupdate ni.

Sebelum pergi ni, mcm risau adra lah. Sebab dia ni kalau sejuk je dia meragam. Selalu kalau pergi mall yang kuat ekon dia, mula lah dia merengek, serba tak kena jer. Almaklom ler kat rumah takdok ekon kan. Tapi fikir fikir takper lah redah je lah kan. Pakaikan baju tebal2.

Kitorang gerak dalam jam 9lebih dari rumah. Hahaha lewat jugak lah kan. Breakfast kat rumah dulu, pergi hari bekerja. Keluar awal awal kan sesak dengan orang nak gi kerja. Kitorang decide lalu Tapah sebab konon nak berhenti dekat lata iskandar tu. Owh bangunkan adra awal, sebab biasa adra ni 10 lebih baru bangun. Hari tu sejuk, maka tak mandikan adra. Nanti lah on da way stop, mandi je lah kan.

Sudahnya stop kat lata iskandar. Betul betul kan urat pergi toilet. Husband cakap air tak sejuk. Maka hany dengan mak mertua masuk tandas, kali harung mandi kan adra. Hahaha melalak adra. Huisshhh sejuk weh ait dia. Ape lah abi adra ni cakap tak sejuk lak. Suka hati dia je. Tapi sebab tak mandi lagi, maka hany pun terus mandikan jugak adra. Melalak la sekejap sayang oi. Lepas tu terus peluk rapat2 panaskan badan dia ;)

Husband takde sebab dia yang amek gambar. Cari orang macam tak de lah pulak nak suruh snap. Alaaa gambar tak banyak sangat ;)

Okay,teruskan perjalanan. Serius, kalau tahu camni jalan tapah tu memang tak lalu tapah la weh. Seriau wehhhh... adik ipar hany yang bongsu siap muntah. Hahaha sian lak.

Okay, sampai cameron petang, dan btengah bulan 11 kan. Hujannn...haruuu jer. Kat sana petang je hujan. Mula mula nak stop dekat ladang teh bharat tu, sekali elok bukak pintu kereta, hujan. Lebattt. Terus cancel lah. Kitorang pergi makan terus, sambil solat. Makan area town dia. Kitorang stay di Desa Anthurium, lebih kurang in between Brinchang & Tanah Rata. Sebelum check in, hany google apa yang dekat. Tengok2 big red strawberry tu tak jauh. Decide pergi situ dulu baru lah check in.

Sebenarnya memang situ lah hany nak pergi sangat, teringin ko nak makan makanan manis manis dengan fresh strawberry. Hahaha berbunga bunga hati. Kikiki beshhhh...

Pusing pusing ambik gambar kejap, tu paksu adra. Kat sini lagi sejuk, sebab hujan kan, lepas tu macam berangin sikit. Alhamdulillah adra sangat okay. Naseb la baju sejuk dia tu muat lagi. Hahaha jimat umi sebab memang xplan nak beli pun. Ni pun jiran belakang rumah hadiah kan, from london tau. Cewahhh nak jugak bagitahu ;)

Kan dekat big red strawberry tu ada pokok2 bunga kat atas tu, tapi kena menapak sikit la kan. Ha gambar family lah konon. Adra suka nau sabotaj gambar. Payah nak suruh dia tengok kamera.

Lepas tu terus ke Desa Anthurium. Hany mandi mandi, panaskan air masak semua. Ha kitorang memang bawak roti, meggi. Sejuk sejuk weh harus lapor je kan. Memang sejukkk, lantai pun macam pijak ais je. Unit yang hany dapat ni, depan pintu masuk dia lantai tak beralas, kat lain semua beralas. So okay lah.

Mandikan adra, pakaikan baju tido biasa je dulu,sebab dia ni aktif jugak, nanti nak tido salin lain. Makin hala ke malam makin sejuk. Hany pakai kan 2lapis,kat luor baju and seluar memang utk cuaca sejuk. Hahaha beli preloved je baju nya, seluar beli di f.o.s. gambar banyak takde sebab hp hany problem, format terus.

Malam, keluar pergi makan dekat dengan desa anthurium tu. Kedai tu main dia steamboat, tapi kitorang tak order steamboat lah. Order goreng2. Sebab mak n ayah mertua tak ikut kan lama kesian diorang lapar kan. Adra lak tido tak cukup, agak meragam jugak dalam kedai. Setel makan terus balik. Lepak2 lah. Esok nya nak bangun awal nak pergi pasar pagi. Sebab kitornag kena gerak dari cameron kul12, malam esoknya flight family balik ke kelantan. Risau lambat kan rush pulok.

Balik homestay, adra dah elok. Keras mata pulak dia. Merangkak sana sini. Tapak tangan kena lantai pun rileks je takde sejuk. Hah main la adra oiiii. Syok duk main,sekali bau busuk...hahaha nak nak tido lah dia membuang. Kan pakai baju 2lapis kan. Uish sengsara jugak. Camne lah ornag yang memang berada dalam 4musim tu. Time winter anak anak baju lapis2, time nak tukar diaper, bergaduh dengan anak kan.hahaha sabo je lah.

Alhamdulillah, adra tido kemain lena....

Esok nya adra bangun awal, kul7lebih dah terjaga. Makanya terus husband suruh siap siap lah kan,alang2 adra bangun awal. Terus semua siap2, kitorang breakfast denga roti dulu. Hany dah plan,pergi pasar pagi, then terus gerak balik ikut simpang pulai. Sebab pasarpagi tu dah dekat exit simpang pulai. Yesss kitorang tak jalan jalan sangat, sebab cuaca pun 1, dan kitorang stay 2hr1mlm, singkat. Tapi takper lah...next time plan betol betol.

Sebab tu decide pergi pasar pagi, sana smeua benda ada kan. So beli di satu tempat je. Teh, strawberi, sayur2 buah2, madu pun beli, keychain ke apa ke,semua ada kan.

Haaa husband tengah carry adra. Kat sini tepi jalan, and tepi tu mc gaung haha ye ke gaung, angin kuat jugak. Beshhh suka lah. Yess hany suka cuaca sejuk. Adra sukalah masuk carrier kan sebab boleh rasa hangat badan kita. Masa ni husband carry adra,jarang sangat dia nak carry adra sebab adra dah ganas, xbehave dah dalam carrier ni.

Kalau pergi cameron, hmmm memang suggested and bagus bawak carrier. Sebab kalau stroller agak leceh. Keaadan muka bumi 1hal. Ni tak kira crowd lagi. Kitrang datang hari bekerja memang lah syiok, tak crowded sangat.

See, lengang je kan. Ha buah buah melambak. Strawberi takyah cakap la kan. Yang kering kering pun banyak.

Ha mana nak beli utk bagi sedara mara ke kawan kawan, banyak pilihan. Tapi kalau macam baju tu mahal owh kat sini. Tapi mak mertu beli jugak untuk adra. Baju gambau strawberi lah kan.

Gambar di pasar pagi. Haaa adra memang suggest carrier sebab senang nak bergerak. Eh ni bagi hany lah, apapun ikut keselesaan masing masing kan. Parking kete tepi twpi tu je. Hishhh kalau weekend ni, taktahu lah, mau nya bersusun susun kete. Scary owh sebab twpi tu mc gaung. Nak pandang pun takot.

Kul11 lebih, kitorang pun gerak turun lah. Next time kalau nak datang, jangan datang musim hujan ngeee sian tak dapat jalan jalan sangat....

Thursday, December 17, 2015

Cara Saya Makan TomYam di Rumah

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapa suka makan tomyam. Sedapnya kan. Owh hany bukan lah peminat fanatik tomyam, biasa biasa ajer. Tapi selalu jugak buat tomyam sebab senang ;) tak payah buat lauk lain lagi, sayur lagi. Semua sudah ada dalam tomyam, cuma tambah telur dadar je. Setel.


Haaa,
Ini lah cara hany makan tomyam, masukkan nasi dalam mangkuk tomyam. Yummy.

Semalam ada buat tomyam sotong. Sebab terbeli sotong banyak. Haha sebabnya salah beli 1kg. Haha padahal nak setengah kilo je. Takpe banyak pun takper, boleh je buat lauk kan.

Okay, cau.

Hahaha dah lama tak hapdet kan ;)

Thursday, December 10, 2015

Info: Pengeluaran Kali Ke 2 KWSP

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Okay, kali ni nak bercerita pasal pengeluaran KWSP. Ini untuk pengeluaran beli rumah, kali ke2. Bukan beli rumah ke2. Tapi pengeluaran untuk kali ke 2. Untuk rumah yang sama lah.

Selepas call KWSP, apa dokumen yang diperlukan. Yang jawab call cakaph
1) ic original
2) bank statement terkini dari bank yang kita buat loan.

Okay, nak cerita pasal item no 2 tu. Sebenarnya BUKAN BANK STATEMENT. Seriously, 2kali call KWSP, dua orang berbeza dia cakap bank statement. Tapi sebenarnya adalah APPROVAL LETTER dari bank yang kita buat loan masa beli rumah.

Kitorang pergi bank, cakap lah nak bank statement terkini format KWSP, pegawai bank cakap bank statement yang dihantar ke rumah tu dah boleh guna. Eh takk kitorang cakap nak format kwsp, diorang kata takde format kwsp,itu je format kalau bank statement. Naseb la manager dia ke apa, datang tanya.

Kitorang cakap nak buat pengeluaran KWSP, ooo itu APPROVAL LETTER, bukan bank statement. Yer lah, dah pegawai KWSP cakap bank statement. Haruu betol lah. Naseb ada manager tu.

Okay,
Korang pergi ke bank yang kornag buat loan, cakap nak approval letter untuk pengeluaran kwsp. Memang format kwsp lah. Ada lah kena isi sikit di borang tu, sign semua. Tapi kena tunggu lebih kurang 1 atau 2minggu. Nanti bank akan call, bila dah siap. Make sure nama korang ada dalam loan. Kalau takde maka tak dapat yer nak keluarkan.

Bila dah dapat, terus lah pergi kw KWSP. Ini contoh approval letter tu.


Di KWSP, pergi kaunter yang ambil no, cakap saya nak buat pengeluaran rumah kali ke2. Dia akan minta kita isi borang macam kat bawah ni, lepas tu print latest statement kwsp di kiosk tu. Lepas tu baru ambil no dari dia.


Borang kat atas ni simple jer, nama no ic, alamat dan kena isikan maklumat bank. Nama bank dan no akaun. Okay, untuk pengeluaran kali ke 2 ni, ada 2pilihan iaitu pengurangan baki dan ansuran bulanan. Pengurangan baki, kwsp akan bayar lum sump pada bank yang kita buat loan. Manakala ansuran bulanan, kwsp akan kredit kan ke akaun kita,tapi secara bulanan. Contoh kita bayar loan rumah ke bank sebulan 500, maka kwsp Akan masukkan duit ke akaun bank kita 500 lah setiap bulan.

Ha itu lah sikit sebanyak, apa yang hany tahu. Semoga bermanfaat yer.

Wednesday, December 9, 2015

Apa Yang Ada di Lazada? Jadi Perbualan sangat Lazada ni

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Korang tahu LAZADA? Haha majoriti blogger mesti tahu lah Lazada ni kan. Haruslah kan, tempat online shopping kebaboom...semua benda ada.

2hari lepas pun baru shopping, usb kabel type C. Usb type C ni memang susah nak jumpa kat luar, sebab baru lagi. Tapiiii di Lazada sudah ada. Murah pun murah. Puas hati.

Okay, kalau ikutkan hati banyak benda nak shopping dari Lazada ni weh. Tapiii, nafsu jangan dituruti. Kena waspada. Maka setelah difikir fikir, dah senaraikan beberapa yang nak sangat. Ha apa dia tu? Jom tengok sini jom...

Ha, apa nak panggil mainan ni. Panjang sangat nama dia. Tapiii yang ni Adra suka sangat main. Kalau ke klinik yang ada mainan macam ni, memang besh sangat rasa. Dia akan leka main bead ni. Ni pasti akan dibeli ni. Colourful Wooden Mini Around Beads.

Wisecube Wooden Puzzle Jawi Arabic ni hany yang berkenan sangat. Petnah tengok sale di 1 ig ni. Tapi ntah tak beli lagi, mungkin berjidoh nak beli di Lazada. Lagipun harga macam lagi murah yang Lazada ni. Menarik sebab ada tempat pegang di setiap huruf tu.

Seterusnya...haaa ini pun dah lama idam idam kan. Sebabnya sedikit malas nak vakum lantai. Hahaha, dah ada baby ni kenalah sentiasa 0astikan tiada habuk kan. Tapi tu lah dia, sedikit pemalas. Maka, dengan adanya I-ROVA Robot Vacuum Cleaner ni, hehe senang la kerja. Lepas je robot ni biar dia buat kerja, dan jimat masa hany boleh buat kerja lain ;)

Seterusnya, hmmm ni impian besar ni. Memang nak, tapi rasa nya tak mampu dalam masa terdekat. Kena menabung dulu. Yesssss Iphone 6 S, 128GB. Hany memang suka iphone. Lepas iphone 4 dulu rosak, terus tukar ke android. Tapi hany memang suka sangat ios ni. Besh. Tapi harga pun besh kan. Maka sebab itulah, kena menabung dulu ;)

Owh ya, korang semua...JANGAN LUPA, Online Revolution Sale Lazada akan bermula esok 10.dec sehingga 12dec, Hanya 2hari yer. Pastinya tawaran LEBIH MENARIK selama 2hari ni. Standby guys! Jom shoppingggggg!!!


Haaa, kalau korang berminat nak join jugak, jom intai syarat syarat dia  Sayaiday...

Tuesday, December 8, 2015

Saya Guna...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kalau perasan kan, hany sekarang ada up kan pasal Qaseh, GreenAard & Ellfie. Hehe sebabnya hany guna, dan so far puas hati... hany pun join as dealer, dan share sekali kat sini. Bak kata barang baek jangan simpan sorang sorang kannn ;)

1) QASEH GOLD

Okay, rangkaian Qaseh Gold ni ada qaseh adinda, qaseh kekanda, qaseh premier, qaseh junior & gojes by qaseh. Qaseh ni adalah formulasi makanan sunnah. Hany jadi RAKANIAGA untuk produk Qaseh Gold ni.







2) GREENAARD GC PLUS

GreenAard Garcinia Plus ni Hany Jadi DEALER. GreenAard ni kira supplement untuk mereka yang nak turunkan berat badan. GreenAard membantu dengan buatkan rasa kurang lapar, cepat kenyang serta bantu bakar lemak,tingkatkan metabolisma badan. Jom tengok kandungan GreenAard.

GreenAard LULUS KKM yer, boleh cek guna MAL13115017T.



3) ELLFIE BEAUTY

Ellfie ni produk untuk muka yer. Skincare lah. Hany join DROPSHIP je untuk Ellfie ni. Hany memang lama juga survey sebelum start guna ellfie ni. Hehe sebab muka hany kalau silap cleanser akan jadi macam terbakar, jadi hitam dengan menggelupas gitu. Ellfie ni LULUS KKM jugak yer.


Okay, itu jer untuk entri kali ni. Kalau nak tahu detail, boleh contact hany di
019-959 7323

Friday, December 4, 2015

Baju Yang Mengecut

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang pernah tak, baju baru pakai sekali, tapi bila dah basuh dia punya mengecut berkali kali ganda, sampai tak muat terus nak pakai? Haha ni tak kira lagi makin gemuk, sah sah tak muat kan. Ini cerita pasal baju mengecut ni, bukan pasal gemuk yer.

Hany ada 1pasang baju kurung ni, maybe sebab kain jenis mengecut kot. Yang ala ala viscos ke apa nama dia. Baju ni kaler memang tak pernah hany ada, so raya tahun tu beli lah kaler biru, husband pun beli tshirt biru. Kebetulan suruh adik ipar jahit. Jadinya, ngam ngam balik raya boleh terus pakai. Biasa nya hany buat baju pahang, yang kembang kat bawah. Ntah kali ni buat baju kurung biasa jer.

Sebab kemalasan,maka hany tak basuh baju tu, raya ke berapa ntah, terus pakai je. Ni kisah raya 3thn lepas tak silap. Besh selesa je, sebab kain cotton viscos kan lembut. Memang happy lah kan, dah la tak pernah ada kaler camtu. Blablabla...bila lepas basuh je, nangissss dia mengecut sampai hany xmuat weh. Muat tu muat tapi sendat, macam balut nangka. Agak agak lepas ke husband nak bagi pakai? Memang tak lah weh. Iron banyak kali dengan harapan memberi balik dan muat. Sudahnya sama jer. Maka hany hanger kan simpan dalam lemari.

Taraaaaa... ini lah baju nya yang mengecut berganda ganda itu. Ni semalam punya gambar. Hany cuba sarung, hmmm macam boleh pakai ni. Memang la tak de lah longgar sangat2, tapiii takder lah mcm balut nangka. Okay cuba pakai lah.

Lunch hour memang plan nak makan dengan husband. Kalau dia tegur sendat, maksudnya memang tak lepas lagi lah tu. Tapi semalam so far takde komplen dari dia. Weehuuuu suka suka. Sebab kain baju ni memang lembut dan tak panas. Tu hany suka.

Okay hany, jommm gigih gigih... kena kurangkan lagi berat niii, chaiyok chaiyok!!!

Nak try GreenAard???
019 959 7323
019 959 7323
019 959 7323

Wednesday, December 2, 2015

Testimoni greenAard

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa rasanya ramai dah maklum, ni gambar Kak D, Diana Ishak. Dia lah owner produk GreenAard ni. Dan ini adalah testimoni dia sendiri, dalam masa 4bulan seluar dari saiz 31 turun dan boleh pakai saiz 25.

Hany pun ada try GreenAard ni. Tapi setakat ni dah nak habis 1botol ni, 2.8kg turun berat. Tapi rasa macam tak der beza pun dari sebelum ni,haha rasa macam besor lagi.
Haaa ini masa raya haji hari tu, hmmm pipi kemaen lagi kannn...

Ini weekend lepas,bawak si kecik ni ke playground. Ada ke beza. Hahaha tapi tu lah, ada jugak baju yang dah rasa longgar bila di pakai. Tapi jauh lagi target ni. Chaiyok chaiyok!!!

Okay, sejak amek GreenAard ni...hmmm memang boleh control makan. Bila makan pun cepat kenyang, dan kurang rasa lapar. Tapii makan tetap kena makan, walau tak lapar. Kena eat clean eat healthy lah. Hany memang tak exercise pun. Maybe tu jadi lambat turun kot.

Secara ringkas, ini cara GreenAard berfungsi:

1. Tenaga yang tidak digunakan atau glukosa ditukarkan kepada simpanan lemak di dalam badan oleh enzim tertentu, mewujudkan pertambahan berat badan.

2. HCA (Hydroxycitric acid) yang didapati dalam Garcinia Cambogia berfungsi membendung pembentukan lemak dengan cara menghalang aktiviti enzim tersebut.

3. Akibat dari tindakbalas enzim yang terhalang tadi, badan akan mula memecahkan sel-sel lemak yang tersimpan. Aktiviti ini meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak lebih cepat berlaku.

4. HCA juga meningkatkan tahap serotonin dalam otak, oleh itu menghadkan selera makan anda dan meningkatkan tenaga anda.

So far, takderlah melepek kan, tetap bertenaga walaupun kurang lapar. Sebab kita tetap kena makan. Makan kena makan healthy lah.

Okay, ini testimoni 3bulan turun 14kg. Boleh tengok tulisan di gambar tu. Gambar di edit atas permintaan owner dia yer. Dia ni memang kental nak turunkan berat badan betul2. Dia jaga makan, dia exercise jugak, dan ambil GreenAard jugak untuk bantu. Ha 14kg turun okehhh...

Kalau nak cuba jugak boleh contact hany. Boleh c.o.d di tempat tempat tertentu. Kalau pos pun boleh, FREE POSTAGE hany bagi.

Untuk mereka di TRENGGANU & KELANTAN pun ada c.o.d. contact hany dulu yer, nanti hany bagi info 019-9597323.


Friday, November 27, 2015

Pore ni memang degil

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa bila sebut pasal pore, ada kaitan dengan ellfie. Haha maklum lah hany kan guna ellfie. Ellfie barulah boleh selfie... gituuu kan

So far, pore hany rasanya macam biasa je. Haha dah selalu sangat duk tilik tilik ni rasa macam takder perubahan. Tapiii yang pasti tak makin besar. Okay alhamdulillah. Rasanya pore memang susah kot nak di baik pulih. Ke camne? Ada suggestion tak korang?


Ni paling latest gambar. Ni mode auto kamera di hp ye. No 360 yer. Cerah cahaya je tu. Nampak kan pore tu. Masih jelas kelihatan. Tapiii, ni takde make up yer.hanya pakai day cream ellfie je. Yes hany tak pakai make up sangat,tak pandai pun. Lipstik dherbs terlajak laroa je. Tapi dah berjaya adra korek. Hancusss...

Thursday, November 26, 2015

WOOP Community

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa, korang suka tak dapat barang barang free? Haha siapa tak suka kan. Free kannn, ha jom lah join WOOP ni, kelik kat sini --> WOOP korang kena lah jawab simple question. Ala jawapan dah disediakan, just click click je kan. Nanti ada point untuk setiap survey tu. So boleh la redeem denagn hadiah nanti.

Suka suka je kan. Boring boring tu layan je lah ;)


Hany layak redeem joy hari ni. Tapi tamak nak redeem blackmore, 2500 point.haha skrg baru ada 155point. Kah kah kah jauh lagi weh... ;)

Monday, November 23, 2015

Puding Roti Punya Cerita

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebenarnya,
Haha memang tak pernah buat puding roti ni. Selalu makan member buat kan. Dia dah tahu hany suka,kalau dia buat hany ngendeng la kat rumah dia kan. Tapi now teringin nak makan, tak sampai hati nak minta dia buatkan sebab dia skrg mak buyung, kesian lak kan. Makanya buatlah sendiri. Memang sebijik sebijik hany ikut resipi orang share.

Bahan bahan nya,

Gula kastor

Esen vanila

Susu segar, balance boleh buat minum

Whiping cream, naseb tak beli yg dalam botol tu ;)

Susu cair

Tepung kastard

Kismis buat tabur kat atas nanti

Kaedahnya kan, bila tengok resepi dia cakap 1/2 cawan gula kastor. Aaaa sudah, mcm tak tahu je gula kastor ni. Hahaha terus call member hany, gelak kemain dia hany tak kenal gula kastor. Naseb baik ada kawan yang dah terer kan. Kalu tak sampai sudah ko tak tahu kan...

Untuk jirus atas roti, camni hany buat:
1 cawan whipping cream
2 cawan susu segar
3 biji telur
1 sudu esen vanila
1/2 (setengah) cawan gula kastor
Kismis (untuk tabur)

Mula2 hany pukul 3biji telur, kasi kembang. Pukul pukul pukul...lepas tu masukkan whipping cream, susu segar, gula kastor dan esen vanila tu. Kacau la bagi sebati. Gula kastor bagi hancur lah.

Siap adunan ni, hany start susun roti. Tapi sebelum tu sapu butter pada roti tu dulu, sapu depan belakang, then susun dalam loyang. Setel susun terus tuang kuah yang dibuat kat atas ni.

Ha camtulah rupa dah dijirus. Biarkan dalam 10 hingga 20 minit. Bagi dia meresap pada roti. Sambil tu panaskan lah oven tu. Hany guna suhu 160, dan bakar pada 40minit. Nak bakar tu tabur lah kismis kat atas.

Untuk kuah kastard,
1 tin susu cair
1 cawan fresh milk
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula, ikut citasa sendiri lah yer

Panaskan semua ni atas api sederhana, sambil kacau kacau. Sebab taknak bagi pekat kat bawah. Kacau kacau agak agak dah likat sikit. Hany biarkan sejuk, dan masuk peti ais.

Haha hangus pulok, sebab lama sangat kot. Tapi sedap jugak rangup kat atas nya tu. Dalam masih okay.

Ha ini kuahnya. Bila dah masuk peti ais, elok je dia likat. Sejuk sejuk sedappp...

Ini lah rupanya ha...

Alhamdulillah...suami kata not bad walopun 1st trial kan. Haha harus di ingat hany memang tak pernah on kan oven ni. Haha nampak tak tak pernah buat sekut kek ;)

Wednesday, November 18, 2015

Desa Anthurium, Cameron Highland

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Akhirnya,
Sampai jugak ke Cameron Highland ni. Serius, last datang adalah masa sekolah menengah dulu yer. Haha rombongan sekolah kan,biasalah. Ke KL, Cameron Highland. Itu biler? Masa hany tingkatan 3. Haha dah lama kannn...

Maka, rancang la...ajak mertua sekali then adik ipar pun follow sekali. Kitorang cari apartment lah, 3bilik sebab senang kan satu family. Kalau hotel mahal la pulok kan. Survey survey, maka tengok ramai blogger up kan dan suggest en.hamid ni. Di desa anthurium, in between Brinchang & Tanah Rata.

Okay lah, dingdongdingdong dapatlah RM200 1malam. Kitorang datang weekdays, so memang tak crowded lah. Kalau guna waze senang je nak cari Desa Anthurium. Senang deal dengan en.Hamid ni, deposit pun takyah bayar. So far kebanyakan nak deposit dibayar dulu sebelum hari nak masuk. Makan kena lah transfer or bank in kan. Ni dengan en.hamid okay je, no deposit. Datang and bayar masa nak masuk atau nak keluar.


Haaa cenggini lah rupa apartment, desa anthurium, memang takder lif lah yer.

Ini ruang tamu nya. Tv secoet pun nampak lah kan, astro basic jer. Not bad lah. Bukan beriya tengok tv pun.

Ni tempat makan, ada basic peralatan. Ricecooker, pemanas air, kira dry kitchen lah ni. Nak masak ke, nampak pintu tu kan. Haaa situ ada disediakan dapur, periuk pun ada.

Ini master room, boleh tahan la besar nya kan. Standard bilik utk apartment la kan. Bilik air 1 dalam master bedroom ni. Haha macam biasa haruslah kitorg amek master room ;)

Ini pulak bilik kedua, ada katil double, ada almari kecik, ada meja cermin tu. Ada iron jugak.

Bilik ketiga, ada 2katil single. Tapi janga risau, ada disediakan extra tilam, extra bantal, extra selimut. So boleh je sumbat lagi kan dalam bilik, takpun tidur depan di ruang tamu ;)

Ini lah dapur yang hany cakap tadi tu. Kecik comeyyy jer kan. Bagus jugak dia asingkan.


Ni bahagian beranda, disediakan 1sofa. Kalau untuk smoker tu bolehla kan berasap kat luar ni. Sambil panaskan badan sambil tengok pemandangan.

So far bagi hany, puas hati. Simple, memuaskan, murah jugak.

Ni no en.hamid, owner apartment ni. En.hamid ni ada beberapa unit apartment area sini, so kalau ramai boleh je ambil dengan dia. +60 19-568 2330 en.hamid.

~TQ Dear~

Followers