- Subscribe to RSSkeep updated!
Saturday, January 31, 2015
Friday, January 30, 2015
Tidur Meniarap...Bagus? Tak Bagus?
Assalamualaikum...
Okay, hany pun sebenarnya tak der lah nak melatih anak tidur meniarap...tapi sekarang macam seolah olah ke arah melatih la dan nak suruh dia tidur meniarap. Semuanya salah hany lah kot,sebab mulakan dulu...
Macam ni alkisahnya, Adra memang susah nak lena kalau tidur melentnag macam biasa. Nak nak lagi sejak balik rumah sendiri ni. Sekejap sangat dia tidur kalau melentang tuuu, sudahnya hany gatal pegi ajar dia tidur meniarap atas dada hany. Hamekkk pakej lagi kan,meniarap, atas dada pulak tu.
Sudahnya melekatla Adra tidur lena kalau atas dada umi yang kalahkan tilam vono niii... padan muka ko hany, kan dah tak boleh buat benda lain kalau anak dah tido. Dah tu telinga pulak super sensitif,lagi lah haruuu,kalau melentang macam biasa. 10minit tu dah bersyukur sangat lah. Tapiii ni semua hanya berlaku waktu siang, malam alhamdulillah lena dia tidur melentang.
Makanya, hari ni hany nekad...ajar dia tido meniarap jugak, tapi atas tilam. Hehehe baru nak ajar kan. Patut dari dalam pantang lagi ajar...
Thursday, January 29, 2015
Tak Payah Tilam Baby la Adra oiiiii...
Assalamualaikum,
Kita beli toto dewasa je lah ye sayang, jimat pakai sampai kamu besar. Hahaha beli tilam baby pun pendek, kan kamu menggeliat sedar sedar dah kat lantai. Kesiannn pulak...
Wednesday, January 28, 2015
Mengandung Selepas Amalkan 6 Botol Qaseh Adinda......
Assalamualaikum...
** Qaseh bukan UBAT, tetapi makanan tambahan berasaskan gabungan makanan sunnah**
** Pengambilan Qaseh bergantung kepada individu untuk mendapat serta merasai kesan nya**
** Usaha & Ihktiar, namun semuanya Rezeki serta ketentuan dari NYA...aamiin**
Yer, dalam apa jua perkara kita perlu usaha serta ikhtiar. InsyaALLAH ada rezeki untuk kita. Sama juga dalam untuk kita mengandung, kita usaha, kita ikhtiar...namun segalanya ketentuan dari DIA... DIA tahu bila masa untuk DIA berikan sesuatu pada kita. Namun DIA pastinya suka hambaNYA berusaha kan...
Alhamdulillah, ada feedback yang amalkan Qaseh Adinda ni, dimurahkan rezeki...mengandung setelah amalkan 6 botol Qaseh. Allahuakbar! Macam hany dulu, wallahualam berapa botol, tapi genap setahun amalkan Qaseh Adinda baru hany diberikan rezeki yang dinanti nanti...aamiin...
Friday, January 23, 2015
Epi Wound Breakdown
Assalamualaikum,
Haaaa atau dengan bahasa mudahnya luka jahitan tercabut. Luka mana? Kalau bersalin normal, luka celah mana lagi kannn...yer luka kat bahagian bawah tu lah.
Doctor Faryn mesti dah tahu saat baca tajuk je kan ;)
Hany sedari dan tahu lepas pergi checkup di Klinik Kesihatan, itu pun setelah 12hari selepas bersalin. Haha sebabnya memang tak kuat laaa nak tengok kan. Yang tahu sapu ubat, cuci dengan ubat saat mandi or tukar pad.
Yang jadi tahu, nurse yang melawat datang tengok. Terus suruh pergi check di KK. KK terus buat surat ke Hospital Ganu, yang check cakap kompem kena jahit balik. Dengar je dia cakap macam tu, terus bergenang airmata. Masa berjalan ke kereta menangis teresak esak la, sebab dah melalui kan. Dah la memang tak bius, ni nak kena merasa lagi sekali. ;(
Macam mana boleh terbukak...hmmm panjang citenya, tapi boleh katakan disebabkan hany 1st time, banyak benda la main ikut je. Disebabkan ini lah incik suami sambung cuti sampai 3minggu. Plan asal 2minggu je.hehehe ada kebaikan jugak kann...
Dan hany rasa sebab hany ganas bergerak kot. Honestly masa dalam wad, nak ambil baby dari babycot tu hany rasa hany bergerak banyak dan ganas sket. Lepas tu hany tak reti nak duduk, haha ornag lain pun 1st time elok je. Hmm nak buat camne, dah nak ditakdirkan...
Terus wassap membe membe, hany tak pergi HSNZ, pergi swasta, INTAN namanya, rumah bersalin tak silap. Ganu ni mana lah banyak swasta, 3 je kalau tak silap. Alhamdulillah boleh guna kad panel husband. Doctor check, dia kata tak perlu jahit dulu... sapu krim yang dia bagi, then seminggu lagi datang balik tengok macam mana. Alhamdulillah... leganyaaaa...
Alhamdulillah...
Walaupun breakdown, tapi hanya lapisan kulit paling luar. Then semuanya okay, tak bernanah, tak berbau. Lepas keluar hospital je, hany terus makan sup ikan haruan, tiap tiap hari. Lepas tu cuci betul betul, jaga kering betul betul... naseb baek kan, kalau berbau or bernanah lagi parah laaa...
Selepas seminggu, nampak perubahan. So doctor kata tak perlu jahit balik. Kalau nak jahit balik pun, kena toreh balik, baru jahit. Huiiii scary wehhh... betol ke doc faryn?
Doctor tu cakap, alaa tak per nanti anak ke2, lepas bersalin tu doctor akan repair balik la. Jahit elok elok laaa...hehe aamiin.
So kawan kawan, jaga lah luka anda betol betol yer.
Tuesday, January 20, 2015
Total Weight Loss...
Assalamualaikum...
Monday, January 19, 2015
Sampaikan Lupa Rupa Anak Sendiri...
Assalamualaikum...
Sunday, January 18, 2015
Kurangkan Kahak Serta Asma......
Assalamualaikum,
Haaa nak bercerita pasal.Qaseh Junior & Asma. Hehe bukan nama orang yer, tapi asma yang semput tu lah. Tak tahu camne ejaan betul. Athma kot. Tapi yang pasti bunyi lebih kurang lah yer ;)
Alhamdulillah...
Dengan izin ALLAH serta berkat istiqomah dalam mengamalkan junior, asma semakin berkurangan. Ini feedback dati customer yang bagi anak dia Qaseh Junior ni...
Selain tu, ada juga feedback kalau anak selalu selsema, berkahak ni, alhamdulillah dengan amalkan Junior ni, kahak senang keluar. Kadang kadang anak batuk pun, senang je keluarkan kahak tu. Yer lah budak kan mana reti lagi nak keluarkan sendiri.
Untuk info, Qaseh Junior ni saiz 420ml, boleh diberikan pada budak berumur 1tahun sehingga 12tahun. Masuk 13tahun start ambil Qaseh Kekanda/Adinda lah yer. Harga sebotol Rm60, kalau sebotol ni boleh tahan ke 2bulan untuk sorg budak. Kalau baby sorg budak sorang pun masih boleh tahan 2bulan...
InsyaALLAH, kita ikhtiar dan usaha kan. Tak rugi amalkan makanan tambahan berasaskan makanan sunnah ni banyak kebaikan serta khasiat nya. Antara kandungan Junior adalah kurma,madu,buah tiin, buah zaitun, arabicgum/almanna, air zam zam, zafran, habbatussauda, pegaga, bayam...
Sebarnag pertanyaan, info mahupun nak mintak harga qaseh sayang, roger hany yer: 019-9597323.
Friday, January 16, 2015
Update Selepas Rawatan Sonotron
Saturday, January 3, 2015
Perihal Anak…
Assalamualaikum,
Hmmm… Alhamdulillah Adra dah 2bulan lebih… hehe tapi hany masih tak reti lagi jadual dia. Memang sentiasa berubah ubah lagi, nak nak time tido dia kan. Ke normal eh sebab baru 2bulan lebih, ke sepatutnya dia dah ada timing yang betul untuk tidur dia? Ntahla…just follow je lah jadual dia. Naseb la hany tak keje kan, kagum owh dengan ibu bekerja ni setakat mata panda tuuu biasa dah kan…
Kadang kadang Adra elok je tidur nya, tapi dia datang keras mata dia tu, pernah dari petang sampai kul4pagi baru tidur. Memang terbaek laaaa... lepas tu dia punya tidur bila malam jer telinga jadi super duper sensitif. Apa pun tak boleh bunyi, kompom terjaga. Kalau siang bunyi blender ke washing machine ke,bersin sebelah dia ke...rileks je dia lena...bila malam bunyi suis lampu pun terjaga…hwaaaa dah lama tak tengok maharaja lawak ;) kalau nak tengok kena bisukan volume… haha bukan ada translate pun kan. Sebab tu hany selalu tengok cite omputeh or korea or chinese je lah…
Kepala Adra ada lagi lah lembik. Walaupun kalau kita sandar dia kat bahu dia dah start angkat kepala nak tengok mende la hai…tapi ada lagi tiba tiba terkulai…hehe sian dia. Membe hany ada cakap anak dia masuk 2bulan dah keras kepala. Elok je angkat gerak gerak…hmmm setiap baby berbeza kan. Hehe dah start dah perbandingan, ni baru kecik lagi ni…haiyooo bertabahlah. Selalu sebelum ni dengar membe membe bercerita org tu duk compare anak dia camni camtu dah…hamek ko dah start merasa lah…
Sebenarnya nak belanja gambar Adra tido sambil senyum, tapi ntah lah takleh upload gambar lak. Dia detect takde internet connection. Ape ke hal lak…dah post entri ni guna ape? Tak ke internet…haruu betol laaa… nanti lah hany bertukang kot kot boleh upload gambar…
Selamat berhujung minggu....
Thursday, January 1, 2015
2015 Dah…
Assalamualaikum,
Selamat Tahun Baru…2015. Sekejap je kan dah melangkah ke tahun baru…meninggalkan 2014 yang penuh kenangan. Maauk tahun baru, makin bertambah usia...hehehe semoga amalan juga makin bertambah, aamiin…
Perancangan untuk tahun baru memang tak der lagi. Hahaha boleh tak macam tu. Hany follow the flow je lah. Sikit sikit tu ada lah rancangan nya kan, tapi tu lah semuanya bergantung pada DIA jugak sebab perancangan DIA lagi bagus lagi baek. InsyaALLAH semoga dipermudahkan semuanya…aamiin…
Followers
Jalan Jalan
Popular Posts
-
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • Assalamualaikum, Kalau bab popia ni, tak kira lah, popia simpul ke, popia gu...
-
Assalamualaikum... Se'eh dan So'oh, bunyi dan eja pun berlainan...tapi membawa maksud yang sama. Maknanya adalah keadaan dimana per...
-
Taknak berkias kias, merapu merapan…ni ha hany nak bertanya, korang tahu tak LAICI DALAM TIN tuh? ha hany nak bertanya, LAICI DA...
-
Ha warna versi Ganu dah buat, maka hari ni, kita pergi ke Kelate pulok yer. ini pun sumbangan MZ lah. hany memang tarak tahu loghat kelat...
-
LEBONG yer kawan kawan! Cara sebut LEBONG: LE – bunyik macam LE dalam perkataan LE BAH BONG – bunyik BONG tu macam perkataang BONG K...
Blog Archive
-
▼
2015
(127)
-
▼
January
(11)
- Copy Paste....
- Tidur Meniarap...Bagus? Tak Bagus?
- Tak Payah Tilam Baby la Adra oiiiii...
- Mengandung Selepas Amalkan 6 Botol Qaseh Adinda......
- Epi Wound Breakdown
- Total Weight Loss...
- Sampaikan Lupa Rupa Anak Sendiri...
- Kurangkan Kahak Serta Asma......
- Update Selepas Rawatan Sonotron
- Perihal Anak…
- 2015 Dah…
-
▼
January
(11)