Thursday, April 30, 2015

Cyst Hilang Dengan Qaseh Adinda

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah..ada feedback dari customer bagitahu cyst hilang setelah amalkan Qaseh Adinda. Alhamdulillah... kita usaha dan ikhtiar yer, insyaALLAH dengan izin ALLAH...aamiin.

Lagipun Qaseh Adinda ni, bahan bahan adalah terdiri dari makanan sunnah kan. Antaranya habbatussauda, kurma,zaitun, madu, air zam zam... ada juga zafron, manjakani, arabic gum...

Kehadiran cyst ni boleh sebabkan susah hamil. Berikut adalah feedback daripada mefeka yang amalkan Qadeh Adinda ni...






Alhamdulillah....
So kalau ada nak cuba qaseh adinda, boleh hubungi hany yer. 019-959 7323.

6 Bulan, Balik Kampung...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Esok start cuti kannn...untuk selangor 4hari cuti, maka kesempatan ini digunakan untuk balik kampong.yahoooo...tapi untuk mereka yang di pantai timur especially Kelate, for sure jemmmssss. Selalunya cuti bersambung camni ramai balik...

Kitorang pun harussslah balik jugak kan. Lagi lah ada anak ni, kata CICIT PERTAMA, CUCU PERTAMA kannn..  Dan for sure lah Anak Sedara pertama...haruslah ramai yang merinduiii...lagi pun Adra dah besar, last semua yg di kelate tengok Adra dalam 3bulan xsilap.

InsyaALLAH akan balik ke Kelate and Ganu lah. Haha kenalah adil,lagi pun dah berjiran kan. Bila balik,dua dua lah kena balik.

Budak damok 6 bulan dahhhh...

Selalu orang akan update apa dah pandai buat, normal laaa Adra pandai apa yang sdpatutnya budak 6bulan pandai. Cuma adra slow sikit la bab meniarap tuuu. Orang kata berat. Ikut haby kot...mwahahaha tak pun sebab drumstick besor gabak,susah haha...tak per lah sayang...mana mana lah.

Kita tengok lah camne kamu kat kampung, jumpa orang lain selain ummi dgn abi ye. Haha selalu nya dia jebek...lepas tu menangis. Haishhh tu lah agak nya kekurangan kalau jadi sendiri kot, jadi takot dengan orang yang dia jarang jumpa. Ke normal kot camni...hehehehe...

Cam ni gaya, kena bawa adra keluar selalu lah. Biar dia jumpa dengan orang lain kan. Ni balik balik muka hany, balik balik muka abi dia. Haha bohsang kot ;)

Okaylah, selamat bercuti buat sahabat semua. Ingat kalau drive ke mana mana...sama sama lah kita hati hati yer. Bagi extra tumpuan...

Tuesday, April 28, 2015

Claypot Daging Salai Masak Lemak

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak suami bekerja di Cyberjaya ni, kitorang selalu makan di Dengkil. Haha yer lah di Cyber kan makan mahal kot,suami dengan opismate selalu ke Dengkil,makan kat situ. Maka suami akan bercerita pada isteri, isteri pulak...weekend menhada lah nak rasa jugak apa yang suami makan.

Maka, bila hujung minggu menjelma...ke Dengkil lah kite yer. Haha sian suami...bohsan wooo ;) tapiii ikutkan jugak la kann...

Entri kali ni pasal Claypot Daging Salai Masak Lemak. Sebenarnya daging salai masak lemak macam biasa la kan, cuma di claypot kan. Meh tengok gambar dulu, hehe padahal takde idea kan ;)

Ha ni kedainya, Restoren Bunga Cengkih

Ni set Claypot daging salai masak lemak

Kedai ni terkenal dengan sediakan set set antanya set claypot daging salai masak lemak, telur itik masak lemak, asam pedas dan ikan keli masak lemak. Semuanya dalam bentuk claypot macam ni. Kitorang hari tu semua order daging salai masak lemak.

Zoom dekat sket. Hehe nampak biasa je kan, tapi sodappp


Daging salai masak lemak ni, dia campur mangga dalam nya. Nampak semangkuk tu...memang banyak daging nya, siap boleh ratah ratah lagi sebab banyak. Memang akan lebih la kalau makan dengan nasi tu.

Harga set nasi dan claypot daging salai masak lemak ni rm7.50. Hmmm bagi hany sedap la. Kena dengan selera tekak hany. So kalau rasa nak cuba, silalah ke Dengkil...direction tak reti nak bagi haha sebab tak biasa. Cuba lah waze kot ada kedai ni kan...;)

Friday, April 24, 2015

Anda semakin berumur? jom amalkan...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Qaseh Gold Premier

Ana Edar kini mengeluarkan 1 produk baru iaitu Qaseh Gold Premier. Khusus untuk mereka yang semakin meniti usia, 40 tahun ke atas...Qaseh Premier ni berbeza dengan qaseh adinda mahupun kekanda kerana mempunyai 6 bahan tambahan yg tiada dalam adinda mahupun kekanda.

Diperkaya dengan:-
✿ Kurma
✿ Madu
✿ Tiin
✿ Zaitun
✿ Habbatus Sauda
✿ Delima
✿ Air Zam zam
✿ Gam Arab
✿ Za'faran
✿ Biji Anggur
Goji Beri
✿ Kranberi
✿ Gingko
✿ White Kidney Bean
✿ Kalsium Ikan
✿ Roselle

Sesuai untuk mereka yang semakin berumur kerana faktor usia akan menyebabkan
⭕Keletihan/Sukar tidur
⭕Ingatan berkurangan
⭕Mudah dijangkiti penyakit
⭕Darah pekat/tekanan darah tinggi
⭕Tulang rapuh/sakit lutut/sakit sendi
⭕Mata kabur
⭕Kurang selera makan/perut meragam

Kandungan Kalsium dan Magnesium dalam Qaseh Gold Premier adalah 3-4 kali ganda lebih tinggi dari yang terdapat di dalam Qaseh Gold Kekanda/Adinda..

Sebarang pertanyaan, boleh msg, wassap
hany, 019-9597323.

Gaya Tidur

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saja nak tempek gaya anak dara tidur. Macam macam la hai kan, mana yang dia sempat je lah kan. Janji lena syaang oiii...dah la susah nak lena. Lepas tu lenanya sekejap sangat...

Dari awal lagi memang adra suka tido tangan ke atas camni...

Mimpi ape tu sayang, sengeh kemain lagiii

Ini sangat jarang kelihatan...kedua tangan ke bawah camtu...

Haaa penyokong cilik kelate :)

Tengok memang camni lah selesa kan...

Ni polis trafik tengah kawal lalu lintas...

Okay sir, surrender ;)

Menari ke apa ni sayang...

Alahaiii letih sangat ha,sampai tertido camtu haaa...

Tengok bantal tu...haha mana dang je lah kan

Sekarang tidur camni lah

Dari meniarap,dia akan angkat tidur atas lengan

Kalau malam,macam ni lah tidurnya...

Haaa gitu lah sedikit sebanyak gaya tido. Selalunya memang Adra tak suka di selimutkan. Pernah jugak tidur tak berbaju gara gara panas. Tengah malam nak pakaikan baju,dia meraung. Haaa suka hati lah adra, xyah pakai baju lah...

Salam Jumaat wahai sahabat sekalian...

Monday, April 20, 2015

Keturunan atau Gelaran Keluarga

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hehehe hari tu hany cerita pasal kekayaan kan, kali ni pulak kes keturunan atau gelaran keluarga. Hany tak sure apa panggilan sebenar, tapi kalau yang jenis Wan, Nik, Syed, Tuan semua tu lah. Keturunan la kan.

Ini pun kisah yang hany alami jugak. Masa ni hany form 3, hany kerja part time kedai makan ayah angkat hany. Atas pasar payang. Bermula masa cuti sekolah yang panjng tu, ayah angkat minta kebenaran ayah hany nak tolong dia kat kedai sebab dia suami isteri tak larat nak kejar, ramai orang. Padahal dia jual air je, tapi memang kedai dia tumpuan sebab air sedap cukup semua perisa, kira tak kedekut la.

Kalau ke Pasar Payang, boleh cari kedai MN 17, cuba lah air kedai tu, besh.

Hany pun kerja lah, awal pagi lah pergi pasar ni. Naik bot dari Pulau Duyong. Sapu sapu depan kedai, susun kerusi, susun kuih muih yang dibeli dari orang, lepas tu makan dulu siap siap sebelum ornag datang nak breakfast. Biasa lah kan kedai kan banyak situ...

Selang beberapa buah kedai, ada kedai roti canai. Pok Mat kitorang panggil, kat pasar payang ni 2kedai je jual roti canai, dulu lah yer, sorang mamak and sorang lagi melayu, pok mat ni lah. Anak sedara dia ada tolong dia,lelaki lah. So jadi kawan lah kitorang ni. Kawan yer, jangan hingat boipren lak. Dulu takde fikir fikir boipren bagai ni...

Petang petang lepas dah sapu semua, susun kerusi...kitorang sembang sembang lah, pasal sekolah pun ada, semua lah kawan kan. Dia xsilap tua setahun dari hany dan sekolah agama. Semua macam biasa lah...

Then, sampai lah ada ketika tu dia start datang xdatang kedai pok mat. Hany macam okay lah kot maybe dia ada keje ke apa ke yang tak boleh dia datang kedai kan. Takder lah beriya benor mencari nya, just tanya gitu gitu je kat pok mat. Pok mat pn tak tahu jugak masa tu.

Akhirnya,
Dia datang kerja tapi dia datang tu last lah, sebab lepas ni tak keje dah. Dia macam berat nak cakap tapi dia cakap jugak, dia bagitahu mak dia tak suka dia kawan dengan hany. Demmm pulok dah, apesal lak...bukan buat ape pun, just kawan je. Jumpa pun masa kerja kat situ je, tak pernah keluar ke apa. Hany macam diam je, memang tak tanya kenapa lah. Dia ala ala sedih la jugak.

Lepas tu, memang dia langsung tak keje dah. Pok mat pun cari ornag lain untuk tolong dia. Biasa petang petang nak balik, hany akan lalu kedai pok mat gurau gurau, semua kan... ada 1 hari tu tiba tiba pok mat cakap...

"Tak per lah ani, orang keturunan tutttt, mana nak bagi bergaul dengan kite ni orang biase, takdok keturunan apa apa"

Hany terdiam, okay fine...rupanya mak dia ingatkan kitornag ni bercinta, dan tak suka sebab hany bukan keturunan yang sama dengan dia. Kira tak der gelaran kat depan tu...hmmm...camtu rupanya.

Ade apa dnegan gelaran der...hahaha whatever! Macam macam kan dunia ni... rupanya apa yang ku lihat dalam drama semua tu, jadi kenyataan...

Sunday, April 19, 2015

PRUDENTIAL BSN Takaful

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hany sekarang buat insurans, PruBSN Takaful... kalau anda semua bemrinat dan ada plan nak ambil insurans, boleh la contact hany... insyaALLAH hany explain semua... 

Bila sebut insurans, memang semua akan alaaa boring nya insurans. Tak der benda lain ke eh, tak nak lah aku ambil insurans ni..blablabla...

Honestly,hany dulu pun macam ni. Bengang je ornag promote insurans ni. Tapiiii...hany ambil jugak sebab nya, masa tu company hany memang takde insurans. Dan hany dah ada kesedaran pasal perubatan yang semaki hari semakin tinggi...

Tapiii, dornag akan cakap. Pergi jer lah gomen, xyah bayar. Okay depend pada diri sendiri lah, sometime bila ke gomen ada je benda yang kita tak puas hati kan. Jadi sebab tu lah hany amek insurans ni. Lagipun ada saving sekali. 

Lepas ni hany akan explain pasal insurans ni lagi yer. Stay tune...jangan boring lak yer...hahaha ;)

Meh contact hany untuk insurans ni 019-959 7323...

Kebakaran Di Pulau Duyong

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tengahari semalam ni, dikejutkan dengan panggilan dari mak hany. Katanya ada kebakaran di kampung hany,spesifik lagi rumah makcik hany,mak sedara hany. Huiiii berdebor weh...mak call husband, sebab mak tahu waktu camtu Adra tido, Adra kan telinga lintah.

Tengok je handphone, wassap berduyun duyung gambar, mesej dari group family. Update mengenai kebakaran. Thank to smartphone, atleast anak menantu cucu yang kejauhan dapat lihat semua. Dan of cos la semua dah call tanya khabar kan. Melampau lah kalau setakat wassap je, lempang kann...

Setakat yang hany tahu 5buah rumah terlibat, 2buah rumah hangus sama sekali. Yang lain terbakar sebahagian. Rumah makcik hany terbakar sebahagian.

Ni keadaan rumah makcik hany

Lebih kurang jam 12.10 tengahari, berlaku kebakaran, yang mana punca nya masih dalam siasatan lagi. Pada masa ni, rumah makcik hany hanya da sepupu hany yang tengah sedap tidur. Terkejut hany dengar. Naseb ALLAH panjang kan lagi umur dia. Sempat keluar kan. 

Ha yang pakai topi merah tu lah yang sedap tidur masa kejadian...

Ikutkan cerita nya, malam sebelum hari kejadian sepupu hany ni pergi candat sotong. Maklumlah sekarang ni musim candat sotong, so selalunya keluarga pakcik hany ni pergi lah candat sotong, ada kala nya bawa orang yang tempah motobot untuk pergi candat ni. So dah semalaman berjaga,haruslah mengantuk. Dia tidur sampai ke tengahari lah.

Ni pandangan yang di ambil dari pasar payang... berkepul kepul asap...

Rumah biru tu rumah makcik hany, bahagian yang nampak ni tak kena sebelah sana yang kena

Ni bahagian dalam rumah makcik hany
Sayuuu tengok weh...

Terima kasih buat semua yang menolong terutamanya anggota bomba. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian maish belum diketahui saat hany buat entri ni...

Rumah makcik hany ni,kitorang bersanding tau. Huuu sedihhh pulok. Benda nak jadi kan...

**credit picture pada tuan empunya, ambil dari wassap**

Friday, April 17, 2015

Antara Darjat, Pangkat Atau Kekayaan...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Haaa...tengok perenggan pertama lagu A to Z ni. Bercerita mengenai darjat. Hehe zaman sekarang ada lagi ke orang peduli pasal darjat,pangkat,harta, keturunan keluarga? Mesti ada lagi kan. Ye lah manusia kan, memang berbeza...dan manusia jugak terkenal dengan sifat tamak kan...

Hany pernah merasa penangan darjat ke ape eh,mungkin tengok dari segi pekerjaan ibu bapa dan keadaan kitorang.

Hany ada lah kawan dengan sorang budak perempuan ni, family dia kaya lah,ada restoren ada kedai jual sutera. Alaaa kita budak budak kan, main kawan je lah dengan sapa sapa. Dia jenis mulut kecoh dan hany pun jenis peramah...selalu lah sembang2 beli buku doraemon kaler kaler...

Tapi kalau orang tengok boleh beza lah, dia memang selalu pakai gaun kemas2, hany lak selalu tshirt dgn seluar je. Sebab senang nak bergerak. Tapi kami memang gembira kawan sama, takder langsung rasa dengki ke jeles ke. Masa ni darjah 6. Sama sama nak amek upsr.

Lama lepas tu, dia dah tak datang main dengan hany. Hany tunggu pun tak datang. Masa tu takder fikir ape pun, mungkin dia pergi mana mana kan. Hany pun ada tanya mak hany kenapa dia dah tak datang semua kan. Mula mula mak hany diam je takde jawab pun. Lama lama mak hany pun cakap, mak dia tak bagi dah datang...takper lah kawan dgn org lain.

Rupanya, dah lama baru hany tahu. Mak dia ada cakap cakap dengan orang yang tak suka anak dia kawan dengan hany. Sampai lah ke pengetahuan mak hany. Okay lah, kita ni macam ooo tak pe lah kan...hmmm mungkin aku ni miskin, bodoh pulak kan. So habis macam tu je. 

Lepas habis exam and dapat result, dia ni datang lah jumpa hany lagi...tak silap nak say goodbye sebab dia akan ke sekolah somewhere lah kan. Rupanya result hany lagi power dari result dia. Tapi kitorang budak mana nak heran sangat kan.

Mak budak ni terkejut jugak dengar result hany lagi ok dari anak dia. Tu pun dia tahu dari orang lain lah. Haha mak hany kata orang yg cakap dengan dia tu sengaja kot nak bagitahu,nak suruh dia sedar...ingat orang miskin ni bodoh semua ker? Haha saboo je lah..

Tapiii kan,
Kalau kes macam ni kesian la kat anak kan. Budak budak lagi, tak perlu lah nak halang sampai macam tu. Kau berkawan dengan budak bodoh, tak berjangkitnya kebodohan tu, tak berjangkitnya miskin tu ke anak ko...apa lah yang susah sangat kan. Budak budak ni tak reti nak jadi pisau cukur lagi, biarlah dorang enjoy zaman budak budak dengan kawan kawan yang dia suka,selesa kan... ni kecik kecik dah ajar pinggirkan orang macam tu...

Dah besor nanti makin sombong lah,dah kau didik macam tu. Macam macam lah hai...harapnya kita semua didik anak anak kita betul betul la...insyaALLAH aamiin...

Thursday, April 16, 2015

Perubahan Harga Qaseh

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dukacita sangat nak maklumkan, bahawa produk Qaseh turut mengalami kesan akibat GST. Harga produk Qaseh mengalami sedikit kenaikan, ini kerana kebanyakan bahan bahan dalam Qaseh adalah di import dari timur tengah, maka ini juga beri kesan pada kenaikan harga Qaseh.

Berikut adalah harga baru untuk produk Qaseh. InsyaALLAH kandungan dan bahan bahan masih kekal...

Qaseh Junior, 420ml, RM66
untuk simanja 1tahun ke 12tahun

Qaseh Kekanda, 500ml RM78-Lelaki 13thn ke atas
Qaseh Adinda,500ml RM78-Perempuan 13thn ke atas

InsyaALLAH, akan datang produk Qaseh Gojes serta Qaseh Premier. Nantikan produk produk terbaek untuk anda...

Monday, April 6, 2015

Jiran Ana Imran

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ni dah Isnin, selamat bekerja wahai sahabat sekalian. Maka hari ni bermula lah ketiadaan jiran belakang rumah. Yer jiran hany yang bernama Ana & suaminya Imran. Tajuk entri ni sebijik nama yang hany save dalam hp hany. Hehe Jiran kat depan kena ada,senang nak cari nanti.

So, kenapa yang kesah sangat,padahal jiran belakang rumah je kan. Sebelun ni hany sewa rumah lorong belakang, masa mula mula nikah, dapat rumah corner lot, sewa rm500. Akak tuan rumah kesian sebab baru nikah so dia bagi murah je. Masa sewa ni lah duk berjiran dengan Ana ni. Lorong belakang besh sebab ramai melayu, and semua baik sporting jer.

Ana dah pindah ke Klang, huuu terpaksa kan Ana kan. Terasa jugak kesunyian sebabnya, selalu dengar suara anak anak Ana ni menangis, bercakap, rasa lah riuh rendah tu. Maklum la kan, hany lama baru dapat anak...selama ni duk kongsi kemeriahan anak anak Ana je lah. Walaupun dirumah berbeza.

Anak sulong ana ni suara kuat,suka bercakap...selalu la dengar dia dgn ayah dia duk bersembang. Kadang kadang dengar menjerit laa...haha serius meriah. Ana ni pendiam tapi xsombong. Selalu jumpa bersembang aje...tapi tu lah dah duduk belakang ni memang jarang la berjumpa kan.

Lepas tu kadang kadang selalu lah tengok anak sulong ana ni dengan ayah dia duk jemur baju kt balkoni,hany kat dapur. Haha seronok tengok, dengan keletah si Danish tu...kadang kadang hany mesti panggil Danish, buat ape tu... hehe Ana...huuu sedih la pulak...

Ana and suami suka jugak buat makan makan...dalam banyak2 kali ada sekali je hany tolong tolong..haha dasar punya jiran kan. Tolong buang kulit udang.itu je keje hany.kikiki sebenarnya bukan lah takmau tolong,kadang2 dah tempah kan...hari tu kebetulan dorang masak. So sempat la nolong sikit sikit kan. Nak masak hany tak reti tolong buang kulit udang pun jadik laaa...

Ana ni pandai masak,pizza dia buat sedapp...huiii boleh celen pizza hut la...dan popia basah dia pun besh. Nyumnyum teringat lagi ana...hmmm bila lagi la boleh jumpa kan lepas ni...

Ana, kalau nak tahu perkembangan kitorang, ana baca je lah mzhany.com ni. Hany kan suka merapu kat sini. Hehe...

Ampun dan maaf atas segala salah silap kitorg ye ana. Dan terima kasih atas segalanya...

Nah untuk auntie Ana...



Wednesday, April 1, 2015

Delivery MekNa Nasi Kerabu

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaa musim panas panas gini kan, mesti terasa malas je nak keluar kan. Nak nak kalau yang bekerja tu, ofis jauh dari tempat makan. Nak kena naik kete dulu. Huiii bercinta jugak, masuk kete, nak sejukkan dulu dalam kete tu...hooo malas kan...

Ha ni ada solusi ni, boleh order dan ada delivery ke tempat anda...

Haaa clear tak?


Ada 4jenis nasi boleh order tuuu...tapi ada minimun order lah yer. Kalau area taman equine,taman lestari putra,bandar putra permai, minimun order 2bungkus...

PUTRAJAYA, CYBERJAYA, PUCHONG, SERDANG minum order 10 yer. Kena pakat la se ofis ni cukupkan 10...;)

Bolehla kot kan, tapi kalau tiap tiap hari bosan jugak kot ;)

Sarung Kaki & Stoking

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaa korang anak korang berapa bulan dah stop pakaikan stoking/sarung kaki ni...hany tak silap start bukak sarung kaki masa umur 4bulan. Siang memang tak pakaikan langsung la, tapi malam tetap pakaikan...sebab malam kan sejuk, nak nak hala ke subuh. Kalau dah lena kompom la tak bangun hanya nak pakaikan stoking kan...baik pakaikan siap siap...

Ni ha stoking dengan sarung kaki Adra

Sarung tangan memang dah lama buka sebab duk baca baca elok jangan pakai kan lama sebab nak ransang tangan untuk dia biasakan pegang dan merasa benda kan. Tapi sarung kaki hany lewatkan sikit sebab risau kembung perut...hehe ntah ada kaitan ke tidak. 

Biasa kalau siang kat rumah memang tak pakaikan stoking, tapi kalau keluar hany pakaikan sebab Adra jenis tak tahan sejuk. Maklom ler rumah tak ada ekon ;) kalau malam hany pakaikan sarung kaki/booties tu. Sebab muat muat lagi laaa...hehe sebenarnya tak beli banyak pun lagi stoking ni. Tu lah pakai lagi sarung kaki tuuu ;)

Gambar tuuu, haha sekejap je tersusun elok macam tu,haha lepas tu dah malas nak susun dah.

~TQ Dear~

Followers