السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tengahari semalam ni, dikejutkan dengan panggilan dari mak hany. Katanya ada kebakaran di kampung hany,spesifik lagi rumah makcik hany,mak sedara hany. Huiiii berdebor weh...mak call husband, sebab mak tahu waktu camtu Adra tido, Adra kan telinga lintah.
Tengok je handphone, wassap berduyun duyung gambar, mesej dari group family. Update mengenai kebakaran. Thank to smartphone, atleast anak menantu cucu yang kejauhan dapat lihat semua. Dan of cos la semua dah call tanya khabar kan. Melampau lah kalau setakat wassap je, lempang kann...
Setakat yang hany tahu 5buah rumah terlibat, 2buah rumah hangus sama sekali. Yang lain terbakar sebahagian. Rumah makcik hany terbakar sebahagian.
Ni keadaan rumah makcik hany
Lebih kurang jam 12.10 tengahari, berlaku kebakaran, yang mana punca nya masih dalam siasatan lagi. Pada masa ni, rumah makcik hany hanya da sepupu hany yang tengah sedap tidur. Terkejut hany dengar. Naseb ALLAH panjang kan lagi umur dia. Sempat keluar kan.
Ha yang pakai topi merah tu lah yang sedap tidur masa kejadian...
Ikutkan cerita nya, malam sebelum hari kejadian sepupu hany ni pergi candat sotong. Maklumlah sekarang ni musim candat sotong, so selalunya keluarga pakcik hany ni pergi lah candat sotong, ada kala nya bawa orang yang tempah motobot untuk pergi candat ni. So dah semalaman berjaga,haruslah mengantuk. Dia tidur sampai ke tengahari lah.
Ni pandangan yang di ambil dari pasar payang... berkepul kepul asap...
Rumah biru tu rumah makcik hany, bahagian yang nampak ni tak kena sebelah sana yang kena
Ni bahagian dalam rumah makcik hany
Sayuuu tengok weh...
Rumah makcik hany ni,kitorang bersanding tau. Huuu sedihhh pulok. Benda nak jadi kan...
**credit picture pada tuan empunya, ambil dari wassap**
1 comment:
allahuakbar.. semoga keluarga makcik hany tabah menghadapi ujian..
Post a Comment