Ini Wilayah Hijau: Claypot Daging Salai Masak Lemak


28 April 2015

Claypot Daging Salai Masak Lemak

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak suami bekerja di Cyberjaya ni, kitorang selalu makan di Dengkil. Haha yer lah di Cyber kan makan mahal kot,suami dengan opismate selalu ke Dengkil,makan kat situ. Maka suami akan bercerita pada isteri, isteri pulak...weekend menhada lah nak rasa jugak apa yang suami makan.

Maka, bila hujung minggu menjelma...ke Dengkil lah kite yer. Haha sian suami...bohsan wooo ;) tapiii ikutkan jugak la kann...

Entri kali ni pasal Claypot Daging Salai Masak Lemak. Sebenarnya daging salai masak lemak macam biasa la kan, cuma di claypot kan. Meh tengok gambar dulu, hehe padahal takde idea kan ;)

Ha ni kedainya, Restoren Bunga Cengkih

Ni set Claypot daging salai masak lemak

Kedai ni terkenal dengan sediakan set set antanya set claypot daging salai masak lemak, telur itik masak lemak, asam pedas dan ikan keli masak lemak. Semuanya dalam bentuk claypot macam ni. Kitorang hari tu semua order daging salai masak lemak.

Zoom dekat sket. Hehe nampak biasa je kan, tapi sodappp


Daging salai masak lemak ni, dia campur mangga dalam nya. Nampak semangkuk tu...memang banyak daging nya, siap boleh ratah ratah lagi sebab banyak. Memang akan lebih la kalau makan dengan nasi tu.

Harga set nasi dan claypot daging salai masak lemak ni rm7.50. Hmmm bagi hany sedap la. Kena dengan selera tekak hany. So kalau rasa nak cuba, silalah ke Dengkil...direction tak reti nak bagi haha sebab tak biasa. Cuba lah waze kot ada kedai ni kan...;)
Komen
2 Komen