Ini Wilayah Hijau: Keturunan atau Gelaran Keluarga


20 April 2015

Keturunan atau Gelaran Keluarga

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hehehe hari tu hany cerita pasal kekayaan kan, kali ni pulak kes keturunan atau gelaran keluarga. Hany tak sure apa panggilan sebenar, tapi kalau yang jenis Wan, Nik, Syed, Tuan semua tu lah. Keturunan la kan.

Ini pun kisah yang hany alami jugak. Masa ni hany form 3, hany kerja part time kedai makan ayah angkat hany. Atas pasar payang. Bermula masa cuti sekolah yang panjng tu, ayah angkat minta kebenaran ayah hany nak tolong dia kat kedai sebab dia suami isteri tak larat nak kejar, ramai orang. Padahal dia jual air je, tapi memang kedai dia tumpuan sebab air sedap cukup semua perisa, kira tak kedekut la.

Kalau ke Pasar Payang, boleh cari kedai MN 17, cuba lah air kedai tu, besh.

Hany pun kerja lah, awal pagi lah pergi pasar ni. Naik bot dari Pulau Duyong. Sapu sapu depan kedai, susun kerusi, susun kuih muih yang dibeli dari orang, lepas tu makan dulu siap siap sebelum ornag datang nak breakfast. Biasa lah kan kedai kan banyak situ...

Selang beberapa buah kedai, ada kedai roti canai. Pok Mat kitorang panggil, kat pasar payang ni 2kedai je jual roti canai, dulu lah yer, sorang mamak and sorang lagi melayu, pok mat ni lah. Anak sedara dia ada tolong dia,lelaki lah. So jadi kawan lah kitorang ni. Kawan yer, jangan hingat boipren lak. Dulu takde fikir fikir boipren bagai ni...

Petang petang lepas dah sapu semua, susun kerusi...kitorang sembang sembang lah, pasal sekolah pun ada, semua lah kawan kan. Dia xsilap tua setahun dari hany dan sekolah agama. Semua macam biasa lah...

Then, sampai lah ada ketika tu dia start datang xdatang kedai pok mat. Hany macam okay lah kot maybe dia ada keje ke apa ke yang tak boleh dia datang kedai kan. Takder lah beriya benor mencari nya, just tanya gitu gitu je kat pok mat. Pok mat pn tak tahu jugak masa tu.

Akhirnya,
Dia datang kerja tapi dia datang tu last lah, sebab lepas ni tak keje dah. Dia macam berat nak cakap tapi dia cakap jugak, dia bagitahu mak dia tak suka dia kawan dengan hany. Demmm pulok dah, apesal lak...bukan buat ape pun, just kawan je. Jumpa pun masa kerja kat situ je, tak pernah keluar ke apa. Hany macam diam je, memang tak tanya kenapa lah. Dia ala ala sedih la jugak.

Lepas tu, memang dia langsung tak keje dah. Pok mat pun cari ornag lain untuk tolong dia. Biasa petang petang nak balik, hany akan lalu kedai pok mat gurau gurau, semua kan... ada 1 hari tu tiba tiba pok mat cakap...

"Tak per lah ani, orang keturunan tutttt, mana nak bagi bergaul dengan kite ni orang biase, takdok keturunan apa apa"

Hany terdiam, okay fine...rupanya mak dia ingatkan kitornag ni bercinta, dan tak suka sebab hany bukan keturunan yang sama dengan dia. Kira tak der gelaran kat depan tu...hmmm...camtu rupanya.

Ade apa dnegan gelaran der...hahaha whatever! Macam macam kan dunia ni... rupanya apa yang ku lihat dalam drama semua tu, jadi kenyataan...
Komen
4 Komen

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Nasib baik la awal2 lg org tu bagitau Hany. Kalau dibuatnya sampai tahap bercinta lantas kawin, sudahnya menjeruk rasa je dpt mak mentua cenggitu. Eh eh.. ai plak yg emo.

aTieYusof Family said...

erm.. hairan juga dgn org yg terlalu mementingkan gelaran ni kan.. di sisi Allah kita semua sama..kan..? ;)

syalinda johari said...

over betoi mak budak tu...emosi aku terganggu baca cerita2 gini...huwaaa

Rohani Hashim said...

@MM
haha betol jugak tu kan. Seb baek la berkawan jer kan...


@atie
Kadang2 ayie tahap pentingkan gelaran ni melampau lampau kan.especially anak pompuan la,kena gak kawin dgn yg ada gelaran sama sbb nak carry gelaran utk ank cucucicit kan.

@syalinda
Haha ko jgn la emo weh.haha aku pn pelik gak.padahal anak lelaki kawin dgn yg xde gelaran pun still boleh carry gelaran tu utk cucu dia kan. Macam2 laaa