Ini Wilayah Hijau: Sarung Kaki & Stoking


01 April 2015

Sarung Kaki & Stoking

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaa korang anak korang berapa bulan dah stop pakaikan stoking/sarung kaki ni...hany tak silap start bukak sarung kaki masa umur 4bulan. Siang memang tak pakaikan langsung la, tapi malam tetap pakaikan...sebab malam kan sejuk, nak nak hala ke subuh. Kalau dah lena kompom la tak bangun hanya nak pakaikan stoking kan...baik pakaikan siap siap...

Ni ha stoking dengan sarung kaki Adra

Sarung tangan memang dah lama buka sebab duk baca baca elok jangan pakai kan lama sebab nak ransang tangan untuk dia biasakan pegang dan merasa benda kan. Tapi sarung kaki hany lewatkan sikit sebab risau kembung perut...hehe ntah ada kaitan ke tidak. 

Biasa kalau siang kat rumah memang tak pakaikan stoking, tapi kalau keluar hany pakaikan sebab Adra jenis tak tahan sejuk. Maklom ler rumah tak ada ekon ;) kalau malam hany pakaikan sarung kaki/booties tu. Sebab muat muat lagi laaa...hehe sebenarnya tak beli banyak pun lagi stoking ni. Tu lah pakai lagi sarung kaki tuuu ;)

Gambar tuuu, haha sekejap je tersusun elok macam tu,haha lepas tu dah malas nak susun dah.

Komen
0 Komen

No comments: