بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, April 17, 2015

Antara Darjat, Pangkat Atau Kekayaan...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Haaa...tengok perenggan pertama lagu A to Z ni. Bercerita mengenai darjat. Hehe zaman sekarang ada lagi ke orang peduli pasal darjat,pangkat,harta, keturunan keluarga? Mesti ada lagi kan. Ye lah manusia kan, memang berbeza...dan manusia jugak terkenal dengan sifat tamak kan...

Hany pernah merasa penangan darjat ke ape eh,mungkin tengok dari segi pekerjaan ibu bapa dan keadaan kitorang.

Hany ada lah kawan dengan sorang budak perempuan ni, family dia kaya lah,ada restoren ada kedai jual sutera. Alaaa kita budak budak kan, main kawan je lah dengan sapa sapa. Dia jenis mulut kecoh dan hany pun jenis peramah...selalu lah sembang2 beli buku doraemon kaler kaler...

Tapi kalau orang tengok boleh beza lah, dia memang selalu pakai gaun kemas2, hany lak selalu tshirt dgn seluar je. Sebab senang nak bergerak. Tapi kami memang gembira kawan sama, takder langsung rasa dengki ke jeles ke. Masa ni darjah 6. Sama sama nak amek upsr.

Lama lepas tu, dia dah tak datang main dengan hany. Hany tunggu pun tak datang. Masa tu takder fikir ape pun, mungkin dia pergi mana mana kan. Hany pun ada tanya mak hany kenapa dia dah tak datang semua kan. Mula mula mak hany diam je takde jawab pun. Lama lama mak hany pun cakap, mak dia tak bagi dah datang...takper lah kawan dgn org lain.

Rupanya, dah lama baru hany tahu. Mak dia ada cakap cakap dengan orang yang tak suka anak dia kawan dengan hany. Sampai lah ke pengetahuan mak hany. Okay lah, kita ni macam ooo tak pe lah kan...hmmm mungkin aku ni miskin, bodoh pulak kan. So habis macam tu je. 

Lepas habis exam and dapat result, dia ni datang lah jumpa hany lagi...tak silap nak say goodbye sebab dia akan ke sekolah somewhere lah kan. Rupanya result hany lagi power dari result dia. Tapi kitorang budak mana nak heran sangat kan.

Mak budak ni terkejut jugak dengar result hany lagi ok dari anak dia. Tu pun dia tahu dari orang lain lah. Haha mak hany kata orang yg cakap dengan dia tu sengaja kot nak bagitahu,nak suruh dia sedar...ingat orang miskin ni bodoh semua ker? Haha saboo je lah..

Tapiii kan,
Kalau kes macam ni kesian la kat anak kan. Budak budak lagi, tak perlu lah nak halang sampai macam tu. Kau berkawan dengan budak bodoh, tak berjangkitnya kebodohan tu, tak berjangkitnya miskin tu ke anak ko...apa lah yang susah sangat kan. Budak budak ni tak reti nak jadi pisau cukur lagi, biarlah dorang enjoy zaman budak budak dengan kawan kawan yang dia suka,selesa kan... ni kecik kecik dah ajar pinggirkan orang macam tu...

Dah besor nanti makin sombong lah,dah kau didik macam tu. Macam macam lah hai...harapnya kita semua didik anak anak kita betul betul la...insyaALLAH aamiin...

7 comments:

wa said...

Peiklahh bila ada ibu bapa berperangai macam tu..eeeee

Rohani Hashim said...

@wa
Yer wa,masa tu diri sendiri tak kisah sgt sbb budak,tp camne lah hati mak kan,mesti sedih anak hilang kawan gara2 kekayaan diukur...

syalinda johari said...

Hani..lebih kurang cerita kita..kadang2 bukan orang luar pun..sedara sendiri pun gitu..

tak senonoh betoi mak bapak gitu weii.

patutnya kalau tau anak dia dok kawan dengan org susah lagi tolong la apa ker..ajak datang umah ker..masak2 kasik makan kenyang2..bagi adiah ker sedekah jariah...

harap2 kita jangan jadi parent yang macam tu...aminnnn...

aku dulu pun gitu la wei...orang felcra kan macam miskin..nasib baik dapat juga belajar ke unibersiti walaupum mak bapak motong getah..alhamdulillah...

Rohani Hashim said...

Hahaha kannn linda kan,lagilah dia tu ada restoren. Alaaa kita ni bukan nak semua tu pun kan,tp kita suke brkawan,budak budak kan...seronok kawan sama sama,kena lak jenis perangai sama. Bapak nelayan mak xkeja,tu lah agaknya xsuka. Bak kata la bodoh xkkan jangkit la,miskin pun xkkan jangkit jugak...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Laa.. very de kampungnya sikap beliau itewww!!!. Tp mmg ada la Hany, jenis2 manusia yg sikapnya terlalu keduniaan. Nauzubillahiminzalik.. moga kita tidak tergolong di dlmnya.

Tp takpe... hidup kan ibarat roda2 yg berputar.

naniklang said...

tu la..kebodohan dan kemiskinan x berjangkit..hasad dengki dan iri hati bole berjangkit..
xyah la nak beza2 sgt..sama je semua budak ni..cuma kalau anak tu terlalu nakal n bole beri pengaruh x elok ke anak kita aku rs baik jauhkan kalau bole..
anak x besar lg ni..tp mak da.nerbes siapa la kawan2 anak aku nanti huhu

Rohani Hashim said...

@mm
Yer mm,pdbal diorg kategori org bandar,kategori elit la kan.haha tp pemikiran ntah ape2

@nani
Ha betol aku setuju beb,kalau yg boleh pengaruh xelok tu,itu risau lah kan.haha jgn fikir lg beb,kang risau xtentu hala haha...meh una hadi kawan dgn adra mehhh. Tp adra cengeng la, una jgn buli adra yer ;)

Followers