Saturday, June 30, 2012

Lipstick Collagen

Assalamualaikum,

Lipstick, ha kalau bab lipstick ni, hany sangat payah nak beli sebab warna bibir hany gelap. so macam tak tahu dan tak pandai nak beli lipstick warna apa kan. Serius, warna bibir gelap ni susah sikit kot kan, or hany yang tak pandai pilih ahahaha…

Pernah sekali pergi sasa rasanya, sebab member hany ada cakap ada 1 tu yang boleh rawat bibir hitam ni. hany tanya la kat promoter tuh, boleh tak dia cakap macam ni, “bibir akak hitam merokok ker kak?” cekodok ko merokok, tak hagak hagak…

Seingat hany bulan 12 tahun lepas, hany ada nampak iklan kat flyer pasal lipstick collagen ni, terus la hany ushar ushar kan kat mana ada jual. dapat la di mydin mall Ganu. beli la satu nak cuba kan. so far ok lah dgn hany, kaler dia pun macam ok jer. tak de lah nampak macam jalang…ahahaha mahap yer, ayat kasar.

ntah kalau pakai lipstick yg kaler dia mcm tak sesuai jer, hany rasa macam lipstick ko ni macam jalang jer ahaha kurang hajor!

dannnn, satu lagi keajaiban nya…selalunya hany guna lipstick mesti lah tak pernah habis, selalunya setengah je paling banyak habis, sebab tak selalu guna…dan jenis suka beli lipstick lain, beli lagi, lagi lagi dan lagi.

IMG_3503 ha tengok sampai habis ok, pas ni hany korek pakai cutton bud lak;)

sampai menggelupas dia nye casing tuh, sebab selalu guna kan. dan tengok sampai habis dan masih lagi digunakan. harga nya RM22, ni harga hany dapat masa beli di mydin mall. tempat lain tak tahu la, maybe lagi murah or lagi mahal.

IMG_3501 ni dia kotak nya. PELEMBAB & PEMERAH BIBIR BERKOLAGEN gituh ko!!!!

maaf lah yer, tak ada gambar bibir ku berlipstick kolagen nih. lupa la nak amek;) yang pasti hany dah suka dengan lipstick ni, dan rasanya buat masa ni tak tukar lagi kot.

** korang lak guna lipstick brand aper? besh tak? ce citer ce citer;)**

Hijau berubah ke Pink

Assalamualaikum,

Hijau ubah ke Pink?oh NO!!!! bukan hany okay, me still dengan HIJAU ku. ;) Hijau ke pink ni adalah pasal Jaya Jusco atau sekarang adalah AEON.

Pergi JJ, owh serius lagi besh panggil JJ dari AEON, terbelit belit nak sebut weh, tengok semua troli dah tukar balut ke pink, plastik pun dah jadi pink juga, tulisan je la…hurmmm tarakkk syok la pink nih.

Hany terus renew kad JJ, ada offer untuk renew 2tahun terus, so hany renew je terus untuk 2tahun, RM24. tapiiii yang besh nya dapat free 1tahun. so kad hany expired tahun 2015 la. jimat RM12.

IMG_3520

 

SO, renew lah yang 2tahun terus, then dapat pree 1tahun. kalau dah memang akan selalu berbelanja di JJ ni, memang untung lah kan.

Monday, June 25, 2012

Negeri termiskin kah???


Assalamualaikum,
Salam pagi isnin semua;)

Sekarang hany berada di negeri termiskin di malaysia,negeri yang mampu buat highway sendiri. miskin kah itu? Ahahaha wutever!

Sabtu pagi bertolak balik ke ganu,hantar mak hany. Then ahad petang bertolak ke kelate, InsyaALLAH esok akan kembali ke ibu kota. Mak hany nak balik puasa kat kampong. InsyaALLAH lepas raya baru ikut datang sini balik.

Kat ganu xsempat sangat nak shopping. Kat ganu adalah sempat membesarkan badan. Makannnn memang sempat. Sbtu malam makan kepok lekor, nasi minyak, ahad pagi nasi dagang, paung goreng, ahad tghari makan sotong celup tepung. Owhhh ye masa mkn sotong celup tepung ada sekali ketua polis dang wangi dan anggota polis makan ramai ramai.

Ha,kat kelate ni, hari ni insyaALLAH akan ke pengkalan kubur. Misi: cari bantal, telekung solat,ummm henbeg murahan kot kalau ada brkenan, cari tudung yg size L yg cantik2 sikit, blouse labuh and apa apa yg brkenan la nanti;)

Lepas tu plan nak pergi KB misi mencari baju raya.taktahu la nak cari katmana. Tapi aim nak cari ready made je.

Tak aperlah kalau dikatakan kelate negeri termiskin, janji kaya kot lain, ye dok???


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 20, 2012

Anda ada ANAK?

Assalamualaikum,


AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... 

♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, 

♥ Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. 

♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. 

♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


bersama anak orang, haziq nama baby...anak niza.

credit to: FB I.S.L.A.M

Sunday, June 17, 2012

Perah susu


Assalamualaikum,
Okay kali ni hany inginkan pertolongan sahabat blogger sekalian. Hal ni hany dah ada bertanya dalam group GSF di FB. Terima kasih pada respon anda sekalian.

Hany perlukan pertolongan sahabat sekalian berkenaan "memerah susu" untuk anak. Yerlah zaman sekarang kan ibu bekerja,nak BF direct memang kekangan la kan. Sebab tu ramai yang perah dan buat stok kan.

Alkisahnya, ada la sahabat hany sorang ni ragu sikit. Pasal ada orang bagitahu dia,tak boleh perah susu. Sebab susu yang dah diperah tu dah jadi darah bukan susu.ada yang cakap pada membe hany ni macam tu. so membe hany ni macam was was.

"Penyusuan yang menimbulkan ikatan mahram (kerana penyusuan) tidaklah disyaratkan bayi menyusu di badan. Yang disyaratkan ialah masuknya susu ke dalam mulut bayi. Oleh demikian, jika seorang wanita memerah susunya kemudian memberi minum susu itu kepada bayi, maka bayi itu tetap akan menjadi anak susuannya jika memenuhi syarat-syarat tadi"
Sumberdari: http://insafislam.blogspot.com/2011/05/ibu-susuan-adakah-disyaratkan-bayi.html?m=1





Ini hany ambil dari blog pasal ibu susuan. Dari ayat di atas,maka dibolehkan untuk perah susu dan bagi pada baby. Sudah terang akan jadi ibu susuan walaupun bukan direct menyusu dari ibu kan.

So kawan kawan harapnya dapat bagi pandangan,tapi sangat diharapkan jangan mencaci dan mencela serta memburukkan keadaan yer. Mohon sangat.

**susu ibu banyak khasiatnya kan**



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 14, 2012

Online Shopping

Assalamualaikum,

Teknologi makin canggih, hehe macam macam boleh buat dengan internet ni, tinggal siri sendiri je lah nak kena nilai yang mana baik dan buruk kan. ok sekarang nak sembang pasal Online SHopping. hany pun memang ada gak shopping thru online ni, tapi depend pada barang la. dan rasanya hany bukanlah kategori yang suka dan banyak kali shopping thru online ni.

Banyak jugak isu dan masalh boleh berlaku bila shopping thru online ni. yer lah jenis tak bertemu muka kan. duit nak kena transfer barang nak kena pos kan. pokok pangkal pelanggan dan pembeli, dua dua kena jujur.

online-store

sumber:google kaluuuu

1) Penjual Menipu

Hany pernah gak la baca kat FB, yang kes penjual yang menipu. si pembeli ni beriya la dah transfer duit beli barang, sekali tunggu punya tunggu punya tunggu tak sampai sampai barangnya. ater kalau dah pos laju, paling lama pun 3hari kan sampai la barangnya. ini tidak, makan berbulan masih tak sampai sampai kan.haisssh tak baik tau makan duit orang weh.

2) Pembeli menipu

ha, kes ni membe hany yang meniaga ada kena.2,3 orang jugak la yang kena. Yang kena ni, sebab pembeli tu dah selalu beli barang, dah repeat order beberapa kali la, sekali tu pembeli order, dia pun pergi la pos kan even tak sah lagi duit dah masuk ke belum. yer la, kalau bank lain lain memang tak dapat terus la kan. sekali dah pos barang, sampai sudah tak nya di transfer duit tuh. mana tak hangin penjual. before ni order sikit sikit je, tapi kali ni makan ratus ratus.

3) Barang tak seperti yang diiklankan

hurm ini 1kes jugak. tu lah benda tak dilihat secara langsung, tak dirasa dgn tangan, susah jugak. sekadar gambarkan. bila sampai adusss kecewa nya lah. habis nak buat macam mana kan, kita yang memilih nak shopping cara tu. terima je lah kak oiiii.

4) Layanan

ha, so far ikut pengalaman hany, setakat 2,3kali shopping thru online ni, Alhamdulillah layanan ok. so far so good.sebelum dan selepas membeli barang. kadang kadang ada orang ni, sebelum kita beli barang, beriya lah itu ini bagai, dah beli barang, kita tanya itu ini, macam nak taknak jer jawab kan. sakit hati jugak tu.

Aperpun, terpulang pada diri sendiri la nak buat keputusan untuk membeli secara atas talian ni. Pesanan hany, masa nak beli tu, kalau dia ada Facebook, sila check di wall dia, tengok ada tak orang pernah order ker, komen komen tu macam mana. dari situ kita boleh nilai. tapi yer lah kan, kalau komen buruk2, mesti owner dah delete. hurmmm…tapiiii aperpun sila berhati hati yer.

Tepuk dada tanya selera.

aghhhh teringin nak makan aiskrim pulak dah.ceittt. bye.

Wednesday, June 13, 2012

Posisi dalam Solat Berjamaah

Assalamualaikum,

Sharing is caring, hany ambil dari FB membe hany. Info untuk kita semua yer.

IMG_3420

Suami isteri kalau tak boleh tiap tiap waktu berjamaah tu, kurang kurang sehari tu buat la 1waktu solat berjamaah kan. InsyaALLAH…ada hikmah nya. Kalau boleh tiap tiap waktu Alhamdulillah lagi bagus.

Tuesday, June 12, 2012

Jeng Molek

er6n 2012 Third Generation. 

Kenapa aku 'tepek' (tampal) moto nih? Pasal moto ni la aku mimpi di siang hari. Kang tak pasal2 ade moto ter'trade'in kang. huhu sabar2.

./MZ

Saham Akhirat – InsyaALLAH…

Assalamualaikum,

Nak beli saham memangla tak mampu, lagi pun tak reti nak main saham bagai nih kan. memangla dengar untung tu mak aiihhhh terbeliak biji mata kan. tapi sedar diri la kan. nak untung besar, modal pun kena besar kan.

Tapiiiii, SAHAM AKHIRAT nih, modal nya sikit jer, dan kadang kadang tak perlu modal pun. tapiiii InsyaALLAH ganjaran….sangat besar. mungkin kita takkan nampak di dunia ni, InsyaALLAH “disana” nanti ada bahagian untuk kita.Aamiin…

Hany pernah dengar ceramah/kuliah maghrib kalau tak silap, di masjid mana dah lupa, ustaz tu kata…kalaua da rezeki lebih…apa salahnya menderma kan. tak rugi pun. banyak cara untuk kita beramal nih.antaranya:

 

1) Sedekahkan telekung di masjid masjid atau di surau surau: setiap kali ada yang menggunakan telekung itu, insyaALLAH kita yang menderma ni dapat pahala.

2) Beli selipar jepun, letak dekat toilet ataupun tempat orang nak ambil wudu’: sama jugak kan, pasti ramai yang akan menggunakan selipar kita tuh.

3) Takpun, beli paku dan paku la di tandas serta tempat orang ambil wudu’: setiap kali orang masuk mesti guna untuk sangkut beg ker, sangkut tudung ker(kat tempat ambil wudu’)

 

Kalau ada rezeki lebih lagi, apa salahnya derma pada orang yang lebih memerlukan contohnya:

1) DANA SINAR FAUZIAH

https://www.facebook.com/pages/Dana-Sinar-Fauziah/337818622942791

Korang tahu kan kisah seorang akak ni, kakgee yang mengalami brain damage akibat asma? korang boleh pergi ke FB DANA SINAR FAUZIAH ni. korang kalau nak tahu ceritanya boleh la baca di blog suami kakgee ni. http://abil4fauziah.blogspot.com/. Kalau tak mampu untuk derma kan wang ringgit, marilah kita sama sama berdoa untuk kak gee dan juga suami nya abil.Aamiin….

Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: CIMB Bank
Account No: 0506-0040577-52-1
H/P No : 016-2634258

 

2) PEMBINAAN LEBUHRAYA RAKYAT

600492_10150858824592592_1670668133_n Serendah 1sen pun anda boleh derma. INsyaALLAH pasti ramai yang akan menggunakan lebuhraya ini, termasuklah hany…;) semoga segalanya berjalan lancar dan lebuhraya ni dapat dibina dengan jayanya.

Sama sama bantu membantu…

Monday, June 11, 2012

Enable mobile template

Assalamualaikum,

Hari ni nak cakap pasal mobile template untuk blog. Untuk blogspot memang dah ada setting untuk enable kan mobile template. so bila kita masuk blog seseorang yang enable kan mobile template ni, jadi loading laju la sebab memang dah sesuai kan dengan mobile kan. Personally, hany sangat suka kalau blog seseorang tu enable kan mobile template, sebab hany suka BW guna hp sekarang ni, kadang2 kalau masuk blog tu, yg tak enable kan mobile template tu, rasa malas je nak tunggu sebab slow.

 

Masuk guna laptop pun dah sloooow loading, guna hp lagiii la kan. dah la hp cenoet jer kan. so meh la kita sama sama enable kan mobile template untuk blog kita nih.

 

1) macam biasa, log in ke blogger.com, then pergi ke TEMPLATE

1 ha, kan ada 2 template tu kan, sebelah kiri untuk dekstop, dan kanan untuk mobile. klik je SETTING, ikon yang macam skru tu, yang bawah mobile punya template tuh.

 

2) Ok, next…tick pada YES. SHOW mobile template on devices (macam gambar dibawah. ok, untuk jenis template lak, klik je pada dropdown yang bawah perkataan CHOOSE MOBILE TEMPLATE. ada beberapa jenis la boleh di pilih. once dah pilih nanti korang boleh preview dulu sebelum proceed untuk save.

2

 

3) ok, kat bawah ni contoh bila kita klik preview. ni contoh blog hany la. cuba korang masuk www.mzhany.com guna hp ;)

3

dah setel pilih semua, puas hati. korang klik je button SAVE tu. setel!!!

 

**loading laju sket, sebab dia tak paparkan gambar gamabr yg tepek kat side bar tu, iklan pun tak ada…huhu tapi syok sket nak BW sebab laju**

Thursday, June 7, 2012

Help: kenapa komen masuk spam

Assalamualaikum,

Kawan kawan, ada check komen tadi, almaklum ler konon konon nak buat tak autoapprove. sklai cek tengok akt spam, eh banyak pulak komen dari kawan kawan yg sememangnya bukan spam. dan kebanyakkan nya entri lama la.

hishhh, mesti korang ingat hany tak approve komen korang kan? padahal semua masuk spam. sioottt betol la. camne eh nak buat ni. kenapa komen ni dia direct pergi SPAM yer?

1

2

tolong!!!

Wednesday, June 6, 2012

GSF Bloglist

Assalamualaikum,
okay, hapdet hany HAPDET…

Monday, June 4, 2012

Kena ubah setting comment la lepas ni…

Assalamualaikum,

Sekarang ni, di blog hijau hany nih, sapa sapa sahaja boleh komen, even anynomous pun hany allow untuk komen. dah jugak, komen tu akan terus appear pada entri, no need to approved by kitorang, tapiiii sejak akta ini akan dikuatkuasa…eh dah kuatkuasa la kan, ni dah 4JUn, maka kena berfikir la untuk tidak allow autoapprove lepas ni…

sebabnya????

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

Semuanya ANDA yang kena tau…!!!

Photo-6_4_12-12.56.05-PM-1

**macam sudah tiada kebebasan sajaaa**

~TQ Dear~

Followers