Tuesday, November 27, 2012

Jom Shopping tengah tengah malam…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

IMG_4327

NAMPAKKKK??? 63 jam tanpa henti okay!!! so korang bolehla lepas lepak kedai mamak tu, kul1 pagi pergi shopping buku. Takpun agak agak boring takleh pejam mata kan, bangun cuci muka sikit, tukar baju…eh takpun pakai jer baju tidur, then pergilah shopping buku jam 3pagi pun kan.

Akan di adakan di MIECC, Mines tuuuu. bermula 7.December pukul 6.30 pagi tau, sehinggalah 9.December jam 9.30 malam.

Hany rasa macam nak pergi, sebab memang berbaloi lah kan, buku pun rm8, rm5. lagipun nak cari kolek sophie kinsella. last year dah beli buku buku dia ni. Hany dah cek ada lagi beberapa buku dia yang hany tak ada. so hopefully ada lah mana mana buku yang hany tak de lagi tu kan.

so kawan kawan, jommm serbuuuu!!! ;)

Sunday, November 25, 2012

Cuti yang sangat berbaloi....

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
 
 Assalamualaikum,
 
Hari ni hany cuti.hehehe sepatutnya kerja la kan sebab di Ganu memang bekerja. hurmmm malam ni baru balik ke Ganu,sampai esok pagi terus pergi kerja. ahaha kentalll kan mek ni;)
 
Hari ni, cuti yang berbaloi, sebab dapat masak untuk suami.ahaha almaklong ler, kan duk jauh,weekend jer lah boleh masakkan untuk suami. itupun kalau balik lah kannn....hehe padahal selama ni macam ko tak pernah masak kan, yang hari ni beriya sangat kan...
 
Sebenarnya, sejak duduk Ganu, memang lauk pauk harian adalah berasaskan ikan jer kan. lepas tu pulak hany kena pantang ikan, maka nya memang sangat tepat lah kan. Then, 2,3 hari jugak la kat kampung tu, duk makan ikan steam dan ikan 3rasa. dah balik ni, teringin pulak nak makan ikan 3rasa dengan suami. makanya, pergi lah ke JJ mencarik ikan.ahaha sebenarnya memang dah alang alang membeli barang barang lain, so sekali harung je lah. mulanya nak beli siakap, lepas tu macam besar sangat, tukar lah ke ikan merah.

ahahaha, ikan nye sudah tertimbus. sebab hany memang suka banyak kuah ;)


Ikan tu hany goreng sempoi jer, kalau search resipi, selalu sapu tepung jagung nak goreng tu, hany macam malas, so tak sapu laa. just lumur dgn garam+kunyit jer. itupun light light jer lah. then goreng kasi garing. untuk kuah yang disiram di atasnya itu, hany masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, gula sikit. lepas tu capsicum hijau, tomato potong dadu. then masukkan cili padi.

hehehe, rasanya adalah 5rasa...Rasa pedasss,rasa manis sikitje,rasa kenyang,rasa nak lagi,rasa puas hati sbb dapat masak utk suami. Over gituh ;)

Lepas ni nak buat ikan steam pulok.hehehe







Thursday, November 22, 2012

Bas & Durian Crepe


Assalamualaikum,
Hany dalam bas sekarang, hehe macam biasa lah esok jumaat,cuti.maka marilah kite mencari suami yg berjauhan.1week dah tido pelok bantal je. Ahahaha...

Hany sekarang suka naik bas adik beradik.sebab semua bas dia adalah 1 tingkat. So kurang sikit kerisauan.lagi satu bas dia banyak bas baru.so sangat selesa.Last week naik bas yg baru 7bulan beroperasi.Ahaha terasa kebaruan nya;)

Kali ni dapat seat depan sekali no1.okaylah sebab macam luas sikit la depan tu and muatla nak letak beg galas and seplastik kopok lekor yang ada 50batang.




Alhamdulillah driver sorang muda dan sorang lagi dah pangkat ayah la. Sekarang ni turn si muda drive. Masa nak start berjalan,dia mulakan dengan bacaan Bismillah,sejukkk sikit dengar kan. Atleast dia bermula dengan Bismillah.

Owh ha,sekarang kan tengah foular durian crepe ni. Alaaa fenomena kan,dulu macaron,pavlova,red velvet...la ni durian crepe lak kan. So far macaron tu hany tak pernah rasa pavlova and red velvet tu rasa la sikit tapi tak der lah beriya nakkk kan.tapi durian crepe ni memang buatkan hati meronta ronta nak.

Semalam,meseg akma then harini jumpa kat mcd ganu,ahaha mahap ler jumpa kt mcd sonang.jangan risau i boikot mcd dah 2bulan xmakan di mcd yer.

Dapatttt je terus makan ok dalam kete. Ahaha akma siap nampak lahi. Aaaaaa malu i tau. Tapi sebab tak sabar sangat. Tu yg gelojoh sangat. Dah ngap 2 ketol baru jalan balik. Tak sabar nak sampai rumah sebab nak ngap lagi.hohohoho tak cukuppp rasa. Order 3peket,next week nak repeat order ;)








Yang area kuala ganu tu,ni dia no phone kalau nak order. 019 254 6538. For me sangattttttt SEDAP. Memang berbaloiii lah. Tercapai kepuasan napsu makan. Ahaha

Okaylah,dah pening taip entry masa bas berjalan ni. Semoga perjalanan ini dilindungi oleh NYA aamiin...




- Posted using BlogPress from my iPhone

Anuar Zain & Saleem

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Mesti korang pun dah tahu kan lagu baru Anuar Zain, Ajari Aku yang ada Nora Danish tu. Personally hany rasa Anuar ni dia macam memilih lagu kan, tapiiii setiap kali keluar lagu baru, pasti meletop la lagu dia tu. name it, lagu apa jer, pasti glemer lagu tu. kira dia memilih pun tujuan baik la sebab nak jaga kualiti dan lagu yang betul betul kena dengan dia je kan…

Sama macam Saleem, tapiii maybe sebab Saleem ni banyak kontroversi personal life dia kan, so orang tak pandang sangat. Tapiii Saleem pun kalau keluar lagu baru, mesti meletup jugak. And suara dia still lagi senang dikenali. dengar suara dia nyanyi jer dah boleh tahu itu adalah Saleem. suara unik kan…


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti

Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu







Tak guna memujuk lagi
Pabila orang dah benci
Tak perlu rayu simpati
Dia dah tak sudi
Oohhhhh

Biarpun ku masih sayang
Kasihku tak pernah padam
Tetapi apa kan daya
Terpaksa ku lepaskan

Sampai hatimu melihat diriku
Dihukum begini
Seluruh hidupku
Bagaikan mati tak bernyawa lagi

Mengapa sayang engkau hancurkan
Niat suciku menyunting dirimu
Sedangkan dulu
Engkau berjanji kau hanya milikku

Bila orang dah benci
Tiada guna ku nanti
Lebih baik ku pergi
Pergi membawa diri

Bila orang dah benci
Tinggal aku sendiri
Orang pun dah tak suka
Dikenang pun tak guna

Bukan niatku
Untuk berpisah dengan dirimu
Aku terpaksa memilih dia
Aku terpaksa lupakan dirimu
Kejamnya
Sikapmu padaku

**Selamat maju jaya**

Tuesday, November 13, 2012

Selasa di Selangor


Assalamualaikum,

Selamat bercuti buat semua. Seronok kan minggu ni,kerja selang sehari,untuk yang berada di Kelantan,cuti direct sempena keputeraan.

Hany kerja ahad isnin,then rabu hany kerja di selangor. Hehe biasalah kan mencari suami la. Lama tak jumpa;). Last week Mz dah balik so this week hany yang balik ke Selangor.kiranya selasa sampai rabu hany di selangor lah. Rabu kerja,jumaat tengok keadaan la,kalau rajin hany pergi je lah kerja.

Lagipun MZ kerja siang minggu ni.so siang hany sorang2 jugak.jadi agak agak boring tu,pergi je lah ofis kan.apa plan korang cuti cuti ni? Sekali dengan cuti sekolah pulak kan. Ha seronok la pergi mana mana kan dengan anak anak.

Aperpun,selamat bercuti buat semua. Dan happy deepavali buat semua yang menyambut Deepavali.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, November 11, 2012

Komplen, Stress…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,

KOMPLEN? tipu lah kalau cakap tak pernah komplen kan. hany cakap pasal diri sendiri, taknak cakap pasal orang lain. Memanglah hany pun memang banyak komplen, ahaha manusia. ada jer benda yang tak puas hati kan.

Genap seminggu hany kerja di Ganu ni keseorangan. Minggu yang lepas Raya Haji tu, tak kira sebab hany kerja bersama opismate. so semua nya ok lagi lah. lagipun bukan kerja betul betul, just install, briefing and training sikit.

complaintdepartmentgren sumber google

Bermula Ahad kerja, isnin kerja, selasa kerja…bila masuk rabu hany dah start rasa keseorangan giler. ahaha matik kutu kawe. isnin selasa tu, hany dah start komplen, tension, boring la duduk sorang. Lepas tu ada la lagi, itu ini. memang ada jer benda tak kena kan. nak komplen je kerja nya. Memang serius tak tenang langsung la. buat itu tak kena, buat ini tak kena. Lepas dah komplen tu, tak tenang, mula la STRESS datang. haaa bila masuk bab STRESS…lagi bahaya.

Masuk hari khamis, hany datang kerja dengan keadaan PASRAH. dan hany dah set dalam otak hany, hari ni adalah hari 0 komplen. jangan KOMPLEN apa apa. walau apa pun yang terjadi.
stop_complaining sumber google

Hany pun tak tahu, kenapa begitu nekad la, taknak komplen apa apa. memang la hany tak komplen pada sapa sapa, takder lah sampai pergi jumpa orang tu, komplen blablablabla. tapi hany just merungut dan komplen sendiri. itu kira komplen la kan. pagi pagi khamis lagi dah ada hal yang buatkan hati agak mendidih la. tapi disebabkan hany dah set otak taknak komplen. hany redho, serius berjaya bautkan diri ni tak komplen.

Masuk tengahari sikit, ada lagi benda yang sakitkan hati. sabar sabar, dah set kan hari ni adalah hari 0 komplen. Alhamdulillah, dengan tidak komplen pada hari tu, hany berjaya berada dalam keadaan TENANG, 0 STRESS jugak. ha tengok apa yang buatkan ko stress hany? diri sendiri jugak kan, banyak komplen, sudahnya diri sendiri tak tenang dan stress.

Alhamdulillah, untuk minum pagi, staff sini tinggalkan kuih untuk hany. see buat baik dibalas baik. hehehe niat taknak komplen taknak mengomel hari tu, mendatangkan rezeki.

3733_550627538285073_1350401907_n lunch untuk hari khamis lepas ;)

konklusi nya, yup memang kita ni akan lepas dari komplen kan. memang kadang kadang bagus untuk kita komplen atas apa yang tak betul pada mata kita. kadang kadang dengan komple kita tu boleh merubah sesuatu. tapiiii dengan asyikkkk komplen jer, boleh membuatkan orang meluat, jugak boleh membuatkan diri sendiri tak tenang. ini untuk hany la…


**akan cuba untuk menjadikan setiap hari adalah hari 0 komplen**

Wednesday, November 7, 2012

Lokasi Awie Yellow House

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ha, ramai yang bertanya kat mana sebenarnya lokasi Bajet Chalet yang hany up kan sebelum ni kan. yess, sangat bajet ko. ahahaha…semuanya basic jer kan.

Lokasi sebenar adalah di PULAU DUYONG. dan berada di Duyong Besar. Kiranya Duyong Besar ni kampung di dalam Pulau Duyong. Ada 3kampung iaitu Duyong Kecil, Duyong Besar dan Pulau Ketam. alaaa kecik jer pulau nya, Kampung hany kat Duyong Kecil.

Korang jangan risau, kalau korang ke Terengganu, korang akan jumpa la signage ke PULAU DUYONG. sebab PULAU DUYONG ni adalah tempat di anjurkan MONSUN CUP. Bila dah sampai ke PULAU DUYONG tu, korang tanya jer lah penduduk kampung kat mana chalet Pok Awie. Pasti mereka kenal.

06-11-2012 21-26-48 ini jer yang mampu hany buatkan untuk korang

Jarak PULAU DUYONG ke Bandar Kuala Terengganu ni, +- dalam 30minit la kalau naik kereta kan. kalau naik bot tu dalam 15minit jer. Chalet Pok Awie ni memang mengadap Bandar KT.

Hany ada search la pasal entri yang orang lain up kan mengenai chalet ni, sini ada link, korang try la ushar. apa kata mereka. so far semuanya pergi dah lama la. hany pergi latest, adalah last week. hujung bulan 10.  Masa dorang semua pergi harga RM15-RM20 jer. giler murah kan ahaha…

http://cheeseburgerbuddha.blogspot.com/2011/12/revisit-to-awis-yellow-house-located-on.html

http://farisaz.blogspot.com/2010/04/16-and-otai-ish_13.html

Dari dulu sampai sekarang, Pok Awie tetap dengan pendirian dia, sebabnya dia hany ada lebih kurang 10bilik sahaja. kalau lah dia tambah lagi, for sure la lagi bagus dan lagi ramai yang boleh stay kan. Tapiiiii alasan Pok Awie adalah kerana dia mahu kekalkan suasana aman, damai dan tenang. kalau ramai ramai pasti bising dan kecoh kan. dan selalunya pengunjung yang stay kat sini adalah datang nak cari kedamaian, ketenangan…

Ha begitu lah kiranya, Pok Awie ni pun sempoi orangnya. Jenis dia kan kalau hany call nak bawa membe datang stay, mesti dia cakap macam ni, “Bawak dulu membe tu tengok2 tempat ni, kalau okay boleh la duduk”.

Kenapa Pok Awie cakap macam tu, sebabnya, dia dah jumpa banyak ragam manusia, especially Melayu lah. datang datang cerewet complaint itu ini. aircond takde lah, itu lah ini lah. sebab tu dia selalu suruh datang tengok dulu. lepas tu baru la buat keputusan.

Okaylah… kalau rasa nak contact number tu, roger hany yer… rohani.bt.hashim@gmail.com

Sunday, November 4, 2012

Bajet Chalet…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Okay, kali nih nak tempek gambar gambar Chalet di kampung hany. ahahaha sebenarnya macam tak sampai je idea nak hapdet ape kan. tapi taknak la biarkan tak berhapdet jer, nanti korang lupakan hany lak ;)
Okay, malas sembang panjang, mari tengok gambar…
IMG_4167 Tempantnya memang terdapat tumbuhan dan pokok pokok…
IMG_4171 Antara bilik yang ada, nampak tak atas air, dan disebalik tumbuhan…
IMG_4179 
Ini unit baru dibina…tak siap lagi…
IMG_4170 Ini adalah dapur, share lah beramai ramai, ahaha kalau rajin la nak masak kan.
IMG_4183 Lepak lepak sambil tengok matahari terbit…
IMG_4184 Tempat lepak jugak…
IMG_4182 Okay, mari tengok bilik…hehe
IMG_4189 Sebelah kiri tu boleh tengok la pemandangan luar, sebelah kanan adalah tandas+bilik air.
Okay sebelum diteruskan, bagi hany chalet ni sesuai untuk orang yang jenis backpacker la…jenis yang sempoi, tak cerewet. Sebab takder aircond, hanya ada kipas sahaja. and tempat dia memang sempoi giler. Juga tak sesuai bawak anak anak yang masih kecik lagi.
So far, hany pernah bawa 2orang membe hany la setakat ni. dan diorang boleh la stay kat sini. taktahu lah kot kot cakap boleh, tapi dalam hati mana tahu hehehe. tapi setakat korang nak tidur jer kan, makang minum jenjalan…okaylah tu nak stay sini.
IMG_4172 ha…bilik air nya, ahaha mesti pengsan kan korang tengok. tak ada bumbung ok. ko mandi sambil kira bintang pun boleh.ahahaha
IMG_4186 Poko nipah yang tumbuh disekitar nya…
IMG_4176 Atap…lampu…
Tapi, bila malam memanggg sangat sejuk. yer lah kan, atas air, tepi sungai dinding kayu, atap nipah pun ada, atap bata macam ni pun ada. tidur siap berselubung tak pasang kipas lagik…ekon semulajadi uolllsssss…
IMG_4192 so far lantai nya masih kukuh. hany melompat lompat lagik ;)
Tempat ni nama dia Awie Yellow House. Try la search pasti jumpa. Satu malam RM35-RM40. tapiiii, korang pergi sana try la nego, boleh dapat lagi murah. Tempat ni sangat terkenal di kalangan foreigner. serius, memang foreigner selalu stay tempat ni, Malaysian kureng…kenapa? ntah la, pada pandangan hany foreigner ni (mat salleh especially), dorang suka untuk cuba cara kehidupan kita kan. sebab tu tempat ni jadi pilihan mereka.
hehe, ok sekiannnn hari ini ;)

Friday, November 2, 2012

Minggu yang memenatkan…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sebenarnya bukan minggu yang penat, tapi hany lah yang penat. Mana tak penatnya…alkisahhhh ;)

Minggu lepas kan raya haji, so macam biasalah balik kampung, Ganu dan Kelate. Ahad lepas, Jam 10pagi bertolak dari Kelate ke Pulau Duyong dulu, hantar mak hany. Jam 2petang, kitorang bertolak la dari Pulau Duyong ke Selangor. MZ drive, Singgah Kemasik kejap, lepas tu sambung perjalanan. Dekat Dungun Jem, lepas tu masuk Highway tukar driver, hany drive…

Sekaliiiii…15km sebelum tol karak jemmmm gilerrrrr. siap ada papan macma scoreboard tu bagitahu.aaaahhhh tensi mak nak. time hany drive la dia jem. serius, jemmm gile, sampai kan gerak dia sikit sikit jer, bumper to bumper la. korang bayangkan kete manual, 15km jemmm, secoet secoet bergerak nya. memang menggigil ok!

ELok je lepas bayar tol tuh, hany tanya MZ nak sambung drive tak, dia pun tak larat, dengan mengantuknya lagi. hany memang gigil la, surrender la tak nak sambung, sebab lepas tol jem lagiiiii. kitorang parking tepi jalan, tido dalam kete. ahaha bukan selalu yer nak tido tepi highway ni, time ramai orang camni la berani.

Tak ingat tidur berapa lama, terjaga tu…MZ teruskan perjalanan dia drive. sekali jemmm tak habis lagi, nak menuju tol bentong eh…ahaha sama jugak macam tol karak tuh. secoet secoet…ahaha memang nasib la kan. dah sampai tol bentong, kitorang stop untuk solat SUbuh. walaupun lagi 1jam lebih nak subuh, sanggup berhenti. siap solat subuh, hany lak sambung drive…so far jalan ok, cuma kete banyak la…

Sekaliiii, sampai MRR2, pagi kan…sah sah la orang nak pergi kerja. jemmm lagi disitu ahaha terbaekkk la. kitorang sampai rumaha dalah jam 9 pagi hari isnin. Bertolak Ahad 2petang, sampai Isnin 9pagi. terbaeqqqq. hany dah la kerja kan isnin. tak apply cuti. setelkan basuh baju, jemur…then masuk ofis jam 10.40pagi.

Balik rumah kemas kemas barang lak, sebab selasa nak kena gerak balik Ganu. hany kena station kat Ganu. Selasa, 630pagi dah gerak dah. hany ikut highway baru LPT2, so far memang tak jem lah. dan memang LP2 jimat masa dalam 2jam macam tu la bleh sampai ke Ganu. serius hany tak tidur langsung dari Selangor ke Ganu hari selasa tu, sebab pergi dengan member, jadi takot tak kenal jalan kan. hany drive pun sekejap jer, tapi kagum jugak la, mampu tak tidur tuh. selalunya hany naik kete, nak pulak balik ganu, kompom membuta jer.

Sampai Ganu, sepatutnya kena install server terus, tapi dah jam 4 petang sampai, orang umt cakap esok jer lah kan. serius, memang memenatkan minggu ni. Rasa macam tak ada masa rehat jer, dan yang pasti tak rehat betul betul.

kalau selalu macam ni memang parah laa. Tapi tu lah, dari semua ni, barulah beringat nak jaga diri betul betul, nak kena ada stamina semua kan.

Pagi esok MZ sampai, hehehe rinduuuuu ok!!!

~TQ Dear~

Followers