Wednesday, July 9, 2014

From kelate With Love


Assalamualaikum...

Berselera penyokong German bersahur pagi tadi yer...haha sabau je lah. Seminggu la Brazil kena bahan ni.

Semalam adik ipar sampai dari kampung. Dia keje kat KL ni tapi selalu travel,kebetulan kena kerja di Jerteh,jadi sebelum balik sini dia balik la kampung dulu. Dah alang alang dia balik,kitorang pun pesan la bawak budu sebab stok budu dah habis. Selalu makan budu cap Ketereh tu. Padahal ada je di pasar borong,tp sebab dia dah balik pesan je lah kan.

Lepas tu dia anya nak durian tak,ada kat rumah sana kan. Hah alang alang mestilah nak. Hehe sedapnyaaaa...dari weekend lagi asal pegi terawih mesti bau pengat durian tu,ingatkan ada la time moreh. Sekali takder pun. Dalam 2,3 malam jugakla duk terbau kan. Rupanya hampa...



Hah tu dia...sekali dia sampai dengan kotak lepas tu plastik lagi. Rupanya ada durian, manggis, rambutan, kuini, ada budu,siap pakej dengan lada burung yang ada kt tepi rumah tuuu. Hehe lengkap. Terus rumah penuh dengan bau kuini. Durian kitorang tak keluarkan lagi dari balutan. Kan jap lagi pening bau bercampur aduk.

Dengan manggis memang hany suka...terus makan dekat 10biji jugak la. Tengok jam dalam kul12. Haha ni bukan moreh dah ni. Ni melantak kedarah dah ni. Huiii sedap, nikmat sungguh rasa. Naseb sedar diri dan berjaya kawal, kalau tak mahu mengadap sampai habis.

Ni moreh kitorang 2,3 malam ni confirm buah ni je lah hehehe...bukan senang nak dapat kan. Macam tahun lepas manggis tak menjadi, tak berbuah...Alhamdulillah tahun ni menjadi tu dapat banyak ni. Untung berbkti pada tanah ni kan, hasilnya memang memuaskan.

**moh le kita pindah balik kampong ;)**

6 comments:

syalinda johari said...

uwaaaaaaaaaaaaa..
sedapnya manggissssssss...
aku boleh abiskan sebaldi manggis tu sekali ngapp..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tak mabuk2 pulak Hany ye?.
MM time pregnant pun suka makan buah2an sampai hampir tiap hari makan buah rambutan. Siap tangkai2 dia MM keringkan jadikan bunga (niat sebenar nak tunjuk kat anak apa yg Mama dia dh mkn masa pregnantkan dia.. tp ilang plak masa pindah randah). Haha..

Tengkubutang said...

Haii.. cakkk..
done follow sini no.599..
jom follow me back.. leh kita saling kunjung-mengungjung pasni kan.. salam kenalan yea.. =)

http://tengkubutang.blogspot.com/
kalau minat kucen meh le follow sini jugak..
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

mekasih.. =)

:: CIKVIVA :: said...

oo..mmg tgh musim buah manggis ke sekarang? haritu balik sempat makan durian..

Rohani Hashim said...

@Linda...
haha gilos ko nak sekali ngappp, aku sedar diri lagi weh. risooo gak kan terngappp sekali harung.



@MM
Waa MM bagusnya siap keringkan tangkai lagi. rajin nya MM. kagum hany...


@Cik Viva
agaknya tengah musim kot. sebab ni banyak bawak ni.

9n0L4 said...

buah fevret jugak ni. permaisuri segala buah. hehehe.

~TQ Dear~

Followers